Menghadiri Temuduga di Puncak Semangat Technology (Februari 2013)

Pada bulan lepas (Januari 2013) aku telah pun menghadiri temuduga di 3F Resources. Bulan Februari 2013 pulak, aku menghadiri satu lagi temuduga di Puncak Semangat Technology. Asalnya aku dapat panggilan temuduga ni lebih awal daripada 3F Resources ni, tapi sesi temuduga ni ditunda lebih 3 minggu. Terima kasih kepada agensi pekerjaan FBM Technologies Sdn Bhd yang telah bersusah payah menghubungi aku dan membuat peraturan taikh dan masa temuduga telah pun ditetapkan. Aku pun menghadiri la temuduga ni. Jawatan: Business Consultant.

5 Februari 2013: Pejabat CommerceDotCom di bawah

5 Februari 2013: SynergyCentric, syarikat di bawah naungan Puncak Semangat Technology

5 Februari 2013: Ruang lepak santai dan minum di Puncak Semangat Technology

5 Februari 2013: Pemandangan daripada ruang lepak santai di Puncak Semangat Technology

5 Februari 2013: Personality Assessment Test

Sebelum aku ditemuduga, aku perlu menjawab Personality Assessment Test (PAT) ni dulu. Waktu temudugaa tu, Business Director ketika itu tengok result aku dan memberikan komen yang aku berkemungkinan tak sesuai dengan jawatan yang ditawarkan ketika itu. Dia pun bercerita mengenai apa sebenarnya kerja seorang Business Consultant di syarikat ini, secara ringkas yang aku boleh cerita jawatan ni macam Mini-CEO yang mana semua benda kena buat daripada A-Z cumanya diorang boleh provide platform untuk menjalankan operasi dan ada gaji serta komisyen sekiranya berjaya mendapatkan rundingan bisnes.

Puncak Semangat Technology ni merupakan salah satu daripada syarikat yang telah mendapat award spektrum wireless baru-baru ini seiring dengan nama-nama syarikat besar telekomunikasi seperti DiGi, Celcom dan Maxis. Antara produk kejayaan mereka adalah sistem ePerolehan yang digunapakai oleh pihak Kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat yang ingin menawarkan servis atau produk kepada Kerajaan. Siapa yang tak nak cuba nasib bekerja dengan mereka ni kan?

Dalam sesi temuduga ni aku dapat belajar macam-macam perkara yang sebelum ni aku tak tahu. Sememangnya perjalanan kerjaya aku masih jauh lagi dan masih terlalu banyak yang aku perlu belajar. Namun begitu aku bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan. Sekian..

You Might Also Like

0 komen