Isnin, 31 Disember 2012

Power Bank Dari China Yang Murah

Bulan Oktober lepas, memandangkan handphone smartphone Sony Xperia Mini Android aku ni cepat betul bateri dia habis lagi-lagi bila online guna 3G. Aku pun bercadanglah nak beli PowerBank yang orang semua duk sibuk-sibuk beli. Rata-rata harga semuanya mahal (istilah mahal aku RM50 ke atas). Sekali tu, bila aku search eBay ada yang murah dan menarik pulak tu, tengok ni:

Power Bank @ eBay
Harga kat atas yang terkini punya, waktu aku beli dulu harganya cuma 4.59 pound atau bersamaan dengan RM23.41. Murah kan? Rasa diorang dah naik harga la bila benda dah laku, normal la tu kan? Tapi still bawah RM50 lagi kan?
Resit pembayaran
Bayaran dibuat pada 24/10/2012, notis penghantaran keluar 25/10/2012. Barang sampai rumah 5/11/2012 bermaksud 11 hari tempoh penghantaran daripada China ke Malaysia.

Pakej PowerBank warna biru

Kapasiti dan spesifikasi PowerBank

PowerBank berfungsi
Memang berguna PowerBank ni sebab bila keadaan terdesak waktu handphone dah nak kong, pasang benda ni so boleh extend nyawa handphone smartphone yang kuat makan bateri tu. Dah macam-macam benda aku beli dari China melalui eBay ni, so jangan la takut untuk mencuba beli barang online ye? Adios!!


1 ulasan:

  1. ok This is the best part

    "Memang best Avillion PD ni, kalau aku nak datang sendiri memang tak dapek la, 1 malam jer rate dia berapa ratus. Best tu best jugak, kerja kena jalan jugak, pukul 3 pagi baru tidur menyiapkan presentation slide. ..Perghhh..."

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...