Isnin, 31 Disember 2012

Terkandas di Lebuhraya PLUS (Rawang)

Bulan November 2012 merupakan satu bulan yang mencabar buat aku kerana terpaksa menjadi weekend husband. Isteri aku berpantang di Ipoh jadi hampir setiap minggu aku akan cuba untuk balik Ipoh. Kebetulan pulak bulan November la pulak banyak meeting di pejabat pada waktu weekend. Sangat mengecewakan bila aku baru-baru ni dapat tahu yang segala usaha penat lelah datang weekend untuk projek bernilai jutaan ringgit tu akhirnya terbantut disebabkan masalah oleh jabatan lain. Apa pun, rekod aku pergi balik Ipoh paling singkat pernah aku buat pada hari Sabtu 24/11/2012, naik bas jam 4 petang sampai Ipoh jam 7 petang, tidur satu malam, pagi esoknya 7 pagi dah naik bas semula dan terus masuk ke mesyuarat jam 10.30am.

Hampir kesemua bas ke Ipoh yang aku naik adalah Bas Transnasional, kebetulan pulak hari 8/12/2012 tu ada pulak meeting projek pada sebelah pagi, terpaksa tunda nak balik Ipoh hari jumaat kepada hari Sabtu 8/12/2012. Minggu tu minggu terakhir sebelum aku membawa pulang isteriku dan anak aku ke KL (kereta tinggal kat Ipoh). Aku pun berusaha la naik Komuter daripada rumah aku turun kat Salak Selatan (Naik Komuter ni tersangat la menguji kesabaran, keluar rumah jam 7.45am sampai Bandar Tasik Permaisuri jam 10am), jalan kaki dari stesen Komuter ke ofis aku sejauh 1.7km. Habis jer mesyuarat jam 1.00pm, makan nasi dulu lepas tu jalan kaki ke stesen LRT pulak untuk kejar bas ekspres Transnasional jam 3.30pm (Sebenarnya beli tiket jam 4.30pm tapi tukar kat kaunter ambik yang awal sedikit). Bila masuk dalam bas, ahhhh..lega betul. Terus tido. Sekali tu...

Bas berhenti tepi lebuh raya

Semua orang nak turun pergi mana ni?

Bas Transnasional Tersadai
Waktu ni pukul 4.30pm. Katanya punca bas ni tersadai adalah sebab ada kebocoran. Memang ada dengar bunyi benda bocor tapi bas masih lagi boleh berjalan. Tapi pemandu bas tu tak nak tanggung sebarang risiko jadinya dia berhenti kat tepi highway ni.

Berjalan menuju ke bas gantian

Bas SKS KL ni rupanya adik beradik Transnasional bawah syarikat KTB
Bila aku dah naik bas tu, penuh pulak. Ada la 2 seat kosong lagi sebelah Aci yang suka hati dia jer letak barang-barang. Tapi akhirnya aku kasi chance kat aweks la sebab aku konon-kononnya 'gentleman'..hahaha..

Selamat tinggal bas gantian
Jadinya, tinggal la aku dan juga sorang pakcik ni bersidai tepi highway di Rawang ni.

Pakcik tu tengah baca Muqaddam..respek betul..

Aku pulak berposing di tepi highway
Kereta Honda City kat belakang aku ni waktu ni tetiba jer berhenti, bukannya apa pun dia suruh anak perempuan dia pancut kencing kat rumput tepi tu. Ntah hapa-hapa, padahal depan berapa km jer boleh masuk R&R Rawang.

Nampak tak pemandu bas belakang aku tu?
Aku ingin berterima kasih kepada pemandu bas ekspres Transnasional ni sebab berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan semua penumpang dia.

Aku akhirnya naik bas Transional yang trip seterusnya yang aku rasa trip 4.30pm (Tiket asal aku sebenarnya 4.30pm) yang tiba di lokasi pada jam 5.30pm. Aku tiba di Ipoh lebih kurang jam 7pm. Sememangnya pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Power Bank Dari China Yang Murah

Bulan Oktober lepas, memandangkan handphone smartphone Sony Xperia Mini Android aku ni cepat betul bateri dia habis lagi-lagi bila online guna 3G. Aku pun bercadanglah nak beli PowerBank yang orang semua duk sibuk-sibuk beli. Rata-rata harga semuanya mahal (istilah mahal aku RM50 ke atas). Sekali tu, bila aku search eBay ada yang murah dan menarik pulak tu, tengok ni:

Power Bank @ eBay
Harga kat atas yang terkini punya, waktu aku beli dulu harganya cuma 4.59 pound atau bersamaan dengan RM23.41. Murah kan? Rasa diorang dah naik harga la bila benda dah laku, normal la tu kan? Tapi still bawah RM50 lagi kan?
Resit pembayaran
Bayaran dibuat pada 24/10/2012, notis penghantaran keluar 25/10/2012. Barang sampai rumah 5/11/2012 bermaksud 11 hari tempoh penghantaran daripada China ke Malaysia.

Pakej PowerBank warna biru

Kapasiti dan spesifikasi PowerBank

PowerBank berfungsi
Memang berguna PowerBank ni sebab bila keadaan terdesak waktu handphone dah nak kong, pasang benda ni so boleh extend nyawa handphone smartphone yang kuat makan bateri tu. Dah macam-macam benda aku beli dari China melalui eBay ni, so jangan la takut untuk mencuba beli barang online ye? Adios!!


Rabu, 26 Disember 2012

Review Meja Laptop Murah (Table Mate II)

Meja laptop kalau yang berkualiti, lebih baik beli kat Ikea sebab memang kualiti dia mantop tapi harga dia hampir kepada RM100 la. Ni aku tunjuk gambar sikit:

Nama meja ni Dave
Aku dah ada dah satu meja ni kat rumah, tapi memandangkan isteri aku pun ada jugak laptop kena ada satu lagi la meja laptop macam ni. Malangnya aku kekurangan modal sikit, kebetulan pulak aku dapat email daripada MilkADeal tentang satu meja ni nama dia TableMate:

TableMate
Harga sebenar dia RM89, dengan MilkADeal hari tu cuma RM45 jer. Aku pun taram jer la beli. Aku buat bayaran 19/9, 10/10 baru dapat confirmation penghantaran.3/11 baru meja ni sampai, punya la lama sebulan lebih baru sampai. Ntah hapa-hapa. Aku dah sampai hampir lupa sebenarnya aku beli meja ni.

TableMateII

Gambar belakang kotak TableMateII

Gambar TableMateII dah siap pasang
Keluarkan daripada kotak meja ni, satu perasaan yang tak best muncul. Dalam hati "Apa benda yang aku beli ni????". Besi dia ringan gila lepas tu tempat letak barang atas tu macam lembut jer. Aku rasa kalau anak aku besar nanti lepas tu dia buat main meja ni, memang jahanam terus meja ni. Tengok video Youtube kemain lagi macam SmartShop punya video nak jual barang. Memang marketing power tapi barang kualiti tak berapa best. Apa pun, barang pun dah bayar, dah guna dah pun, nak komplen pun tak guna, jadi guna jer la...

Jumaat, 21 Disember 2012

GBS Marketing Branded Toys Warehouse Sale November 2012

Punya la lambat entri aku pasal warehouse sale ni, dah sebulan lebih baru nak taruk. Orang lain kalau nak cari info pasal event ke barang best ke biasanya akan search blog sebab nak tahu keadaan yang sebenar yang takde keluar dalam TV atau mana-mana berita. Malangnya aku ni bukan pemberita, aku tulis blog ni pun waktu ada masa lapang dan kalau tetiba rasa nak tulis blog. Blog aku ni pun bukannya famous mana pun, just mengisi kekosongan yang ada kat internet pun..hahaha..

Apa pun awal bulan November yang lepas, aku saja la search pasal GBS Marketing (teringat nama ni waktu pergi BabyExpo kat KLCC hari tu) sebab nak survey-survey stroller untuk anak aku. Sekali tu ternampak ni:

Iklan di FB GBS Marketing
Bila bagitahu kat bini aku, terus jadi teruja dan apa lagi, jadi satu kewajiban la untuk pergi. Tempat ofis GBS ni agak tersorok jugak kat belakang-belakang kawasan kilang walhal kalau tengok dalam Google Map tepi Federal Highway jer. Sampai-sampai jer kat depan gudang diorang, ternampak deretan stroller-stroller ni:

Stroller murah-murah
Tak expect pun ada stroller ada banyak dan yang lagi tak expect harga dia memang murah gila.

Stroller paling murah - RM50!!
Patutnya aku angkut jer stroller RM50 kat atas ni buat emergency ke tak pun simpan untuk anak no. 2 ke no. 3 ke hehehe...

Playpen Graco - RM250!!
Playpen ni tak beli sebab dah ada dah kat rumah kakak ipar aku kasi. Tapi anak aku dah nak masuk 3 bulan dah sekarang ni tapi tak guna sangat pun playpen ni, mungkin lain bulan kut.

Mainan budak-budak

Lagi-lagi mainan
Method bayaran kat GBS Marketing tu boleh bayar guna kad so tak payah bawak cash pun takper. Memandangkan waktu kat IBEX 2012 hari tu memang dah plan dah pun nak beli stroller jenis Graco yang ada sekali dengan Car Seat, aku dan isteri akhirnya membuat keputusan untuk membeli stroller ni:

Stroller Graco Display Unit - RM500!!
Stroller ni memang beli angkut macam ni jer, kotak semua dah takde dah. Ada la kesan calar sikit-sikit lepas tu head rest baby untuk dalam stroller dah takde tapi yang lain-lain semua okay lagi. Dah jimat la berapa ratus untuk stroller baby je.

Buat masa ni memang puas hati pakai stroller ni, cuma bila dah lipat stroller ni baru sedar yang kereta Viva punya bonet tak muat nak masukkan stroller ni, kena letak kat seat belakang dan makan ruang sorang penumpang dah. Kena tukar kereta yang lagi besar la kalau nak bawak banyak barang baby yang lain..huhu..

Khamis, 13 Disember 2012

KTM X-Bow? Apa Tu?

Keesokan harinya selepas sampai ke kampung mak aku di Kedah, tibalah masanya untuk balik ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu singgah dulu di Ipoh. So, bermulalah perjalanan ke Ipoh pada 27/10 yang lalu. Hari tu pulak hari Sabtu, Ahad esoknya hari last day bercuti sempena Hari Raya Haji. Memang jalan agak sesak la dengan kereta. Tapi biasalah aku, drive kereta slow and study, kereta pun kereta lama, Proton Wira tahun 1999, nak bawak laju mana pun. Setibanya di persimpangan nak ke Jambatan Pulau Pinang, aku terperasan satu kereta sport kat cermin sisi aku. Aku suruh adik aku yang duduk kat belakang snap kan gambar:

Nampak tak kereta takde bumbung tu?

Tu dia..driver dia siap pakai suit fullface lagi tu..plet kereta PGE1

Gambar kereta daripada belakang

Aku tak tahu pun kereta ni jenis apa sampai la kawan aku dalam Facebook bagitahu yang kereta ni sebenarnya kereta KTM X-Bow, boleh tengok website dia kat sini. KTM ni bukannya Keretapi Tanah Melayu tau, dia sebuah syarikat antarabangsa daripada Austria yang buat motosikal motorcross macam Kawasaki tu. 

Gua respek betul kat driver kereta ni sebab dalam bahang kepanasan pukul 3pm dengan jalan jem tapi steady jer bawak kereta siap dengan full gear bagai. Kira okay lagi la, kalau hujan lagi susah.

Apa pun, perjalanan hari itu mengambil masa dekat 10 jam nak sampai ke Ipoh. Itu pun dah potong ikut jalan lama. Memang sekarang ni kalau musim perayaan, bersesak-sesak di jalanraya dalam jem adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan.

Rabu, 12 Disember 2012

Mencuba Radix Fried Chicken Alor Setar

Pada 27/10 iaitu hari ke-2 Hari Raya AidilAdha, aku perlu ke Alor Setar untuk membawa pulang mak dan 2 orang adikku yang dihantar balik kampung kat Kedah minggu sebelum tu. Memandangkan kereta Wira aku ada di sana, aku seperti biasa menaiki kenderaan awam yang sangat best iaitu Bas Ekspres. Asalnya aku nak beli tiket Transnasional, tapi takde pukul 5.30pm jadinya aku pun beli jer la Cepat Ekspres.

Tiket bas ekspres Cepat Ekspres

Bas Cepat Ekspres
Pukul 5.30pm lebih je bas dah bertolak, seat tak penuh sangat pun tapi ramai la jugak penumpang. Rupanya bas ni dia singgah Butterworth dulu lepas tu dia singgah Sungai Petani kemudian baru ke Alor Setar. Ramai penumpang turun kat Butterworth dan Sungai Petani jadinya dapat disimpulkan, diorang poolkan penumpang dari Ipoh jalan sekali.

Tiba di Medan Bas Shahab Perdana
Kali terakhir aku sampai kat Shahab Perdana ni kalau tak silap aku tahun 2009 kut. Kat jalan nak masuk ke Shahab Perdana ni dah boleh nampak la Radix Fried Chicken. Memandangkan aku pun dah lapar sebab sampai pun dah dekat pukul 9.15pm.

Kaunter Radix Fried Chicken

Set makan Radix Fried Chicken berharga lebih kurang RM10
Aku ada check-in kat dalam Foursquare kat Radix Fried Chicken ni lepas tu link sekali dengan Twitter. Boleh pulak Radix Fried Chicken re-tweet tweet aku tu. Kira okaylah, at least diorang mengikuti perkembangan marketing diorang. Senang cerita, RFC ni memang tak setanding dengan KFC tapi kalau dah cuba, baru tahu. Itu jer la yang aku dapat simpulkan sebab aku tak nak bagi komen panjang-panjang.

Jumaat, 7 Disember 2012

Menjejakkan Kaki ke Pengerang Johor

Boleh pulak aku teringat nak menulis sebelum tidur ni. Ni semua gara-gara kali ni aku ditugaskan untuk menyiapkan satu proposal untuk satu tender ni. Punya la banyak benda aku nak kena taip dan fikirkan, closing tender pulak hari Selasa minggu depan. Pulak tu ada lagi satu proposal lagi untuk client aku nak kena siapkan. Tu yang idea menulis membuak-buak ni walaupun sebenarnya aku dah ngantuk. Takperlah, janji ada benda untuk dikongsikan.

3 hari selepas aku balik daripada Sabah, aku terpaksa ikut trip syarikat ke Johor pulak. Kali ni ke satu tempat yang aku tak pernah sampai pun lagi, nama tempat tu Pengerang atau spesifiknya Tanjung Pengelih. Kalau tengok kat dalam peta Google Maps, tempat tu terletak kat hujung Semenanjung Malaysia dan kalau berenang ke Singapore dah boleh sampai kat Changi Airport Singapura dah. Sebenarnya terdapat sedikit salah faham waktu nak bertolak ke Johor tu, waktu tu aku kat Ipoh nak hantar mak aku balik Kedah. Sekali tu dapat info pukul 11 pagi kata pukul 6pm nak bertolak dari KL, mujur aku belum bertolak lagi ke Kedah. Terpaksalah aku mintak tolong kat adik ipar aku jadi driver untuk hantarkan mak aku balik Kedah untuk Hari Raya Haji. Aku pulak petang sikit bertolak balik KL. 

Bertolak selepas maghrib, sampai kat JB pukul 11.30pm. Macam biasa, gambar snapshot sudah semestinya diambil:

Rose Cottage Cawangan Senai
Hotel ni cawangan Rose Cottage, yang aku biasa duduk dulu Rose Cottage Taman Universiti Skudai. Satu malam RM70 jer rate dia.

Memandangkan meeting pukul 9am, pagi-pagi pukul 7am dah bertolak ke Pengerang.

Aku duduk kat belakang tengok ada jambatan yang design pelik
Dulu diorang cerita kata nak ke kawasan Pengerang ni takde highway, jadinya macam takut nak lalu jalan ni. Lepas tu highway dah siap lagi cepat dan lagi baguslah. Cumanya highway kat sini pelik sikit sebab mula2 ada lorong highway 4 lane, sekali tu lama-lama dia jadi macam jalan kampung 2 lane pergi balik. Dah la kena bayar tol tapi jalan dia tetiba jadi sempit. Kelakar pulak aku tengok.

Majlis Daerah Kota Tinggi Johor

Sempat lagi bersarapan roti canai

Hotel Tai Hoe di Pekan Sungai Rengit

Pejabat Kastam Sungai Rengit

Kolej Diraja Sultan Ismail
Ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku tak boleh nak tunjuk sebab ianya melibatkan client syarikat jadinya ianya PnC. Apa pun, trip ni menarik sebab banyak benda aku dapat belajar dan lihat sendiri apa yang aku cuma selama ini baca jer dalam dokumen-dokumen.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...