Khamis, 8 November 2012

Proses Mendaftarkan Nama Bayi

2 hari selepas kelahiran anak aku, aku dan isteri masih belum dapat nama yang sesuai untuk anak aku yang baru lahir hari tu. Akhir pada hari ke-3, aku dan isteri aku telah pun mendapat kata putus untuk memberikan nama. Memandangkan aku dapat cuti ihsan daripada syarikat tempat aku kerja minggu tu, aku terus nak setelkan daftar nama anak aku di Jabatan Pendaftaran Negara. Kalau ikutkan JPN bagi masa 2 minggu kalau tak nak bayar denda pendaftaran lewat. Kalau tak salah aku RM1 sehari selepas hari ke-14 selepas kelahiran denda JPN.

Ditemani oleh bapa mertua aku, aku pun pergi la drive ke JPN tempat aku buat IC baru aku waktu aku tukar alamat IC aku di Maju Junction. Malangnya bila sampai sana, ofis JPN kat Maju Junction dah tutup. Dah la takde sebarang notis pun diletakkan kat bekas ofis JPN yang dah kosong tu. Aku tanya kat ada sorang mamat jaga mesin bayar parking kat Maju Junction tu, dia kata JPN dah lama dah pindah tapi dia pun tak tahu ke mana diorang pindah. Katanya dah setahun lebih. Terpaksa aku mintak tolong kat isteri aku untuk cari kat mana tempat baru JPN KL pindah. Jumpa je alamat, aku terus gerak ke tempat tu. Mujur jumpa jugak.

Lokasi baru JPN KL adalah di Jalan Duta berhadapan dengan Solaris Dutamas. Parking free dan banyak tempat baru ni so okaylah.

Kompleks Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta

Bahagian Kelahiran Kematian dan Anak Angkat JPN WP KL

Waktu urusan di JPN WP KL:
Isnin - Jumaat : 7.30am - 5.30pm
Sabtu - Ahad : 8.00am - 1.00pm

Kaunter JPN Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
Menariknya kat tempat baru ni, kawasan dia luas dan lapang lepas tu dia ada bahagian-bahagian dia yang tersendiri contoh macam tempat pendaftaran perkahwinan non-muslim kat kaunter ataupun bahagian lain, tempat buat IC kat tempat lain dan banyak lagi lah. Kat bangunan ni jugak rupanya tempat imegresen, aku punya passport antarabangsa dah nak tamat bulan Mac 2013 ni, nanti aku akan datang tempat ni lagi la untuk renew aku punya passport. Paling bestnya, ofis JPN ni bukak Sabtu dan Ahad. Bagi aku best la sebab aku tak payah la nak amik cuti half day bagai nak datang kat ofis JPN WP KL ni. Cuma aku tak tengok pulak tempat renew pasport bukak ke tak hari sabtu ahad.


Borang Pengesahan Kelahiran
Borang kat atas ni adalah borang yang paling penting sekali. Takde borang ni tak boleh nak register kelahiran wooo. Nurse kat hospital pesan suruh jaga baik-baik borang ni sebab kalau dapat kat tangan orang lain memang habislah diorang boleh buat IC untuk anak-anak diorang atau buat identiti baru orang yang tak wujud dan macam-macam lagilah. Kalau tengok citer James Bond ke CSI ke citer pasal identiti palsu semua tu ada la diorang tunjuk sikit macam mana kecurian identiti ni boleh dibuat.

Tapi ada satu benda je aku tertinggal waktu aku pergi buat pendaftaran tu, sijil nikah. Aku ingatkan sijil nikah tak perlu sebab aku dah ada dah kad nikah daripada Negeri Perak. Rupanya JPN tak terima kad nikah, dia nak jugak sijil nikah sebab katanya kad nikah takde maklumat yang diorang nak. Jadinya aku terpaksalah datang lagi sekali untuk serahkan salinan sijil nikah aku sebelum sijil kelahiran dan MyKid anak aku boleh diproses. Kat JPN ni 4 jam jer sijil kelahiran dan MyKid disiapkan sekali. Cepat jugak, dulu IC baru aku seminggu dua baru siap.

At least tempat JPN WP KL yang baru ni dekat sikit dengan rumah aku dan parking pun senang jadinya bagi aku takde masalah la nak datang lagi. Sabtu Ahad pun boleh datang jugak. Begitulah citer pendaftaran nama anak aku pada bulan September yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...