Rabu, 28 November 2012

Outstation ke Kota Kinabalu Sabah (Day Trip) di Hari Lahir Aku

18 Oktober merupakan tarikh hari lahir aku. Kebetulan pulak pada 18/10/2012, aku telah pun ditugaskan untuk mengikuti rombongan ke Kota Kinabalu, Sabah atas urusan mesyuarat bisnes kat sana. Satu tiket pergi balik jer dah RM800 kut sorang, pergi balik hari pulak tu, kalau guna duit sendiri jangan haraplah. Peluang untuk naik kapal terbang ni untuk aku memang susah nak dapat, kalau kerja kat syarikat aku yang sebelum ni memang tersangat jarang la aku nak dapat (memang tak pernah pun sebenarnya), tapi kali ni disebabkan syarikat sangat berkemampuan, 4 orang dihantarnya sekaligus cuma untuk hadir pada satu mesyuarat pengenalan dengan prospek. Tugas aku mudah jer, cuma catat nota mesyuarat jer...haha..

Jadinya bermulalah episod perjalanan sehari ke negeri di bawah bayu. Pagi-pagi aku dah sampai depan ofis, malangnya partner keje aku dekat sejam lewat. Aku sampai ofis pukul 6.40am, mamat tu sampai 7.30am. Nak kena check-in kat LCCT pukul 8.30am. Aku pulak bukan jenis pecut punya orang, aku bawak ikut had laju la, naik pulak tu kereta aku sendiri lagi la tak laju. Buat apa aku nak susahkan diri aku kena speed trap, aku dah datang awal kan? Orang lain yang lewat. Parking kat LCCT terus sebab sehari baru RM33 jer. Malangnya bila sampai waktu check-in, dah terlewat. Memandangkan aku pegang duit advance syarikat kasi, aku bayar jer la denda lewat check-in untuk 2 orang RM20. Mamat yang lambat tu sempat pulak dia check-in. Aku tak nak la claim kat dia sebab dia adalah orang yang boleh sain macam-macam dan berkepentingan jadinya aku pun pendamkan jer la.

Tapi takperlah, aku cuba lupakan ketidakpuashati aku tu sebab last aku naik kapal terbang dulu adalah waktu aku berhoney moon dengan isteri aku di Phuket. Jadinya excited..excited..

Bergambar sebelum berlepas

Pass tiket aku yang aku kena bayar RM10..Ggrrrr.....

9.10am: Tangga nak naik kapal terbang

Kapal terbang AirAsia yang lain kat sebelah

Kabin dalam kapal terbang Airbus AirAsia

Landasan LCCT

Lama jugak nak tunggu kapal terbang ni terbang, ada la dalam 30 minit jugak.

Pramugari comel muka garang tengah buat demo pakai life safety jacket

Pandangan bawah

Putrajaya!!

Menu makanan dalam flight AirAsia. Kena bawak banyak duit kalau nak makan dalam flight ni.

Yea! Memang perut aku pun dah lapar sebab tak sarapan pagi tadi.
Kalau aku tahu mamat tu nak datang lambat, baik aku sarapan kat mamak dulu..(tak habis-habis lagi tak puas hati aku..akaka
Pak Nasser's Nasi Lemak

Ahhh..baunya menusuk lubang hidung..
Rupanya nasi lemak ni diorang hangatkan balik guna microwave. Punya la panas waktu aku dapat nasi lemak ni. Tapi lapar punya pasal, hentam sampai licin.


Muka lega kekenyangan..haha..

2 jam kemudian...perairan Sabah..

12.20pm..mendarat di Kota Kinabalu Sabah

Ketibaan Domestik

Check-in
Kat Sabah ni, untuk warganegara Malaysia daripada Semenanjung, diorang akan isu satu slip yang mana kita kena simpan baik-baik slip tu. Kalau hilang slip tu, susah la nak menjawab bila nak balik karang.

Singgah makan tengah hari kat satu kedai ni nama dia Sala Thai Restaurant, memang sedap lauk-pauk dia. Teruja aku makan nasi campur kat situ. Pulak tu bos bayar, lagi la seronok..haha..


Kompleks Karamunsing-Tempat pertama yang dituju

Dalam Kompleks Karamunsing-Macam-macam kedai ada

Sabah Electricity depan Kompleks Karamunsing

Kedai Sabah Electricity
Habis jer mesyuarat dengan prospek, staf syarikat yang memang ditugaskan kat Sabah ni bawak la kitorang ke satu tempat membeli belah ni.

Persatuan Penjual Ikan Masin Bandaraya Kota Kinabalu
Kat sini aku tapau satu kilo ikan bilis. Harga aku dapat RM18 jer! Murah tak hingat! Tapi brader yang bawak kitorang kat sini la yang tolong kautim kan.

T-shirt Sabah
Satu perkara yang aku suka buat bila pergi melancong, beli t-shirt kenang-kenangan. Aku beli sepasang untuk aku dan isteri yang tercinta. Oh, aku beli jugak fridge magnet. Jumlah kos RM35. Jumlah semua termasuk ikan bilis RM53. Jadi la tengah-tengah bulan lagipun aku ada dapat duit advance sikit untuk outstation ni.

Fridge magnet, mutiara dan hadiah kenang-kenangan
Memandangkan masih awal lagi untuk tunggu flight pukul 9.30pm, lepak la kitorang kat satu tempat kedai minum ni. Yang aku terkilannya, geng aku ni diorang agaknya diet kut. Boleh makan pizza jer tu pun petang pastuh makan malam tak. Bos yang payung makan tengah hari pulak amik flight awal jadinya tak sempat nak pow dia makan malam. Jadinya, duduk jer la kat meja tu sambil ngadap coke lagi segelas yang kena bayar sendiri.

Pukul 8.47pm, satu SMS masuk kat fon aku kata flight delay ke 11.35pm. Tapi kena jugak check-in sebelum jam 9.30pm. Aku sebenarnya dah duk risau diorang ni boleh rileks2 jer nak pergi airport. Sampai kat Terminal 2 Kota Kinabalu tu, terus ke kiosk check-in 5 minit sebelum 9.30pm. Ada pulak makcik depan kitorang ni terkial-kial duk tekan sana-sini nak check-in jugak. Bila sampai turn, dah terlebih 2 minit, terus tak boleh check-in lagi dah. Terpaksa check-in manual, kena denda lagi sorang RM10. Jumlahnya RM30, aku yang kena bukak dompet aku hokehh! Alasannya, aku pegang duit advance..Hellooo..itu advance untuk aku sorang ye, bukan untuk satu team..aku dah mula berbulu dengan mamat yang 'lambat' ni. Tapi aku simpan 'perasaan' aku tu sebab aku ada agenda lain. Dah la perut tengah lapar tak dapat nasi..Gggrrr...


Kaunter Check-in nak balik

Tunggu flight delay
Pukul 11.35pm: flight yang selepas 10.30pm sampai dulu, flight pukul 9.30pm tak sampai lagi.

Kedai Made in Sabah pun dah tutup dah
Pukul 11.47: Baru dapat naik flight balik KL.

Ni jer gambar kenangan yang sempat amik kat Kota Kinabalu
Untuk trip yang seterusnya, aku tarik diri daripada pergi. Bagi peluang kat orang lain pulak. Tapi kalau ada peluang melancong ke sana, memang aku akan pergi lagi ke Kota Kinabalu ni. Aku sampai rumah pukul 4.30am sebab hantar geng-geng aku ni balik dulu. Esoknya masuk ofis balik tengah hari.

Jumaat, 23 November 2012

Menukar Tayar Lama Proton Wira Kepada Yang Baru

Aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa yang menarik tapi tak kisah la kan? Pada bulan Oktober yang lalu, sedar tak sedar dah setahun 6 bulan dah aku menggunakan kereta Proton Wira ni. Setakat ni memang kereta ni belum pernah lagi mengalami kerosakan yang menyebabkan tersadai di tepi jalan raya. Cumanya aku risau sebab tayar yang aku gunakan, walaupun nampak dari mata kasar bunga tebal lagi dan nampak okay, tapi sebenarnya tayar kereta aku ni dah ada bengkak sikit. Lepas tu, tayar ni pulak dikeluarkan tahun 2007 kalau ikutkan kod pada tayar. 2007? Tu dah 5 tahun dah. Tayar sepatutnya boleh guna antara 2-4 tahun jer. Aku ingat lagi tayar kereta Proton Iswara aku waktu aku jual dulu aku beli baru empat-empat tayar waktu tahun pertama aku guna dan bertahan sampai ke hari aku jual.

Tujuan sebenarnya nak ganti tayar baru ni sebab nak balik kampung Hari Raya Aidiladha ke Kedah. Mak aku nak balik sana sebab Hari Raya Aidilfitri hari tu dia tak dapat balik sana.Apa pun, sememangnya tayar ni kena ganti dah pun untuk langkah-langkah keselamatan. Aku memang guna tayar standard jer sebab aku tak berapa minat nak berbelanja lebih tukar sport rim lepas tu tayar sport rim low profile tu semua mesti la lagi mahal daripada spec standard.


Tayar Goodyear lama keluaran tahun 2007

Kereta aku masuk workshop
Kat area ofis aku ada banyak kedai servis tayar. Aku dah survey hampir kesemua kedai servis tayar kat area ni akhirnya aku jumpa jugak yang paling murah. RM118 untuk satu tayar jenamanya Falken. Bagi aku kira murah tu sebab dulu aku tanya kedai tayar waktu aku tukar tayar Perodua Viva isteri aku, dia kata dalam RM150 paling murah. Aku tanya kedai lain pun memang takde yang kurang daripada RM150 seketul. Jadinya memandangkan dah jumpa yang murah dan jenama pun pada aku okay, aku pun terus la angkat empat-empat tayar sekaligus memandangkan budget dah ada.


Brek lining pulak ada sedikit makan dalam..tapi tak repair pun, janji boleh guna lagi

Nat support arm punya getah dah keras, ganti 2 ketul RM80

Tayar baru Falken 175/70R13 dah pasang siap kasi wax kilat lagi

Rasa syok dapat kasut kereta baru ni..huhu..

Dah tukar tayar, mesti kasi alignment sekali
Waktu alignment tayar ni, mekanik yang buat alignment tu tunjuk la kat aku pasal tayar aku camber dah lari sikit. Dia tanya aku kereta aku ni takde camber nut ke? Aku jawab memang takde pun camber nut, dah beli pun second hand. Aku sebenarnya dulu dah tahu dah camber kereta ni lari sikit, tapi aku buat tak tahu jer sebab adjust camber jer sebelah tayar paling murah RM20 wooo..Mekanik tu duk pujuk aku suruh pasang camber nut sebab kalau ada camber nut tu jer boleh adjust camber ni kasi betul. Kereta aku yang dulu memang ada camber nut ni sebab dah kena Chong dengan mekanik kedai tayar, kali ni aku bertegas cakap tak nak pasang sebab kalau fikir logik pun, ko dah langgar lubang, camber ko lari sikit kira cam dah makan tepi dalam atau luar tayar ko. Lepas tu ko pergi pasang camber nut, camber nut ni pulak ko boleh adjust kat bahagian absorber depan tayar ko tu ke depan ke belakang. Dia agak2 dah betul angle kan, dia ketatkan pakai power tool dia. Ko langgar lubang lagi, gerenti la camber tu akan bergerak dah ko nak kena adjust lagi kalau ko check alignment la. So pada aku, camber nut ni sebenarnya satu penipuan kedai tayar nak carik untung lebih, aku pernah baca kat dalam forum kereta yang kalau ko beli camber nut tu kat kedai spare part, harga dia RM10 jer. Diorang kat kedai tayar ni cas RM40 seketul lepas tu takleh tukar seketul, kena 2 ketul katanya nak kasi balance. Hampeh kan? Aku cakap kat kedai ni, aku tak nak tukar camber nut, biarkan aje guna nut standard, lagi original. Diorang pun menurutlah perintah the customer is always right.


Alignment tayar sedang dibuat
So, total aku kena bayar untuk 4 biji tayar Falken 175/70R13 (RM118 x 4), alignment tayar dan ganti nat support totalnya adalah RM600.

Khamis, 8 November 2012

Proses Mendaftarkan Nama Bayi

2 hari selepas kelahiran anak aku, aku dan isteri masih belum dapat nama yang sesuai untuk anak aku yang baru lahir hari tu. Akhir pada hari ke-3, aku dan isteri aku telah pun mendapat kata putus untuk memberikan nama. Memandangkan aku dapat cuti ihsan daripada syarikat tempat aku kerja minggu tu, aku terus nak setelkan daftar nama anak aku di Jabatan Pendaftaran Negara. Kalau ikutkan JPN bagi masa 2 minggu kalau tak nak bayar denda pendaftaran lewat. Kalau tak salah aku RM1 sehari selepas hari ke-14 selepas kelahiran denda JPN.

Ditemani oleh bapa mertua aku, aku pun pergi la drive ke JPN tempat aku buat IC baru aku waktu aku tukar alamat IC aku di Maju Junction. Malangnya bila sampai sana, ofis JPN kat Maju Junction dah tutup. Dah la takde sebarang notis pun diletakkan kat bekas ofis JPN yang dah kosong tu. Aku tanya kat ada sorang mamat jaga mesin bayar parking kat Maju Junction tu, dia kata JPN dah lama dah pindah tapi dia pun tak tahu ke mana diorang pindah. Katanya dah setahun lebih. Terpaksa aku mintak tolong kat isteri aku untuk cari kat mana tempat baru JPN KL pindah. Jumpa je alamat, aku terus gerak ke tempat tu. Mujur jumpa jugak.

Lokasi baru JPN KL adalah di Jalan Duta berhadapan dengan Solaris Dutamas. Parking free dan banyak tempat baru ni so okaylah.

Kompleks Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta

Bahagian Kelahiran Kematian dan Anak Angkat JPN WP KL

Waktu urusan di JPN WP KL:
Isnin - Jumaat : 7.30am - 5.30pm
Sabtu - Ahad : 8.00am - 1.00pm

Kaunter JPN Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
Menariknya kat tempat baru ni, kawasan dia luas dan lapang lepas tu dia ada bahagian-bahagian dia yang tersendiri contoh macam tempat pendaftaran perkahwinan non-muslim kat kaunter ataupun bahagian lain, tempat buat IC kat tempat lain dan banyak lagi lah. Kat bangunan ni jugak rupanya tempat imegresen, aku punya passport antarabangsa dah nak tamat bulan Mac 2013 ni, nanti aku akan datang tempat ni lagi la untuk renew aku punya passport. Paling bestnya, ofis JPN ni bukak Sabtu dan Ahad. Bagi aku best la sebab aku tak payah la nak amik cuti half day bagai nak datang kat ofis JPN WP KL ni. Cuma aku tak tengok pulak tempat renew pasport bukak ke tak hari sabtu ahad.


Borang Pengesahan Kelahiran
Borang kat atas ni adalah borang yang paling penting sekali. Takde borang ni tak boleh nak register kelahiran wooo. Nurse kat hospital pesan suruh jaga baik-baik borang ni sebab kalau dapat kat tangan orang lain memang habislah diorang boleh buat IC untuk anak-anak diorang atau buat identiti baru orang yang tak wujud dan macam-macam lagilah. Kalau tengok citer James Bond ke CSI ke citer pasal identiti palsu semua tu ada la diorang tunjuk sikit macam mana kecurian identiti ni boleh dibuat.

Tapi ada satu benda je aku tertinggal waktu aku pergi buat pendaftaran tu, sijil nikah. Aku ingatkan sijil nikah tak perlu sebab aku dah ada dah kad nikah daripada Negeri Perak. Rupanya JPN tak terima kad nikah, dia nak jugak sijil nikah sebab katanya kad nikah takde maklumat yang diorang nak. Jadinya aku terpaksalah datang lagi sekali untuk serahkan salinan sijil nikah aku sebelum sijil kelahiran dan MyKid anak aku boleh diproses. Kat JPN ni 4 jam jer sijil kelahiran dan MyKid disiapkan sekali. Cepat jugak, dulu IC baru aku seminggu dua baru siap.

At least tempat JPN WP KL yang baru ni dekat sikit dengan rumah aku dan parking pun senang jadinya bagi aku takde masalah la nak datang lagi. Sabtu Ahad pun boleh datang jugak. Begitulah citer pendaftaran nama anak aku pada bulan September yang lalu.

Sabtu, 3 November 2012

Produk Pati Ikan Haruan

Dulu waktu aku jalani pembedahan leher aku, macam biasa la orang-orang tua akan rekomen untuk makan ikan haruan bagi mempercepatkan proses sembuh. Aku makan jer la dah orang hidang. Kalau mengikut kajian saintifik pada tahun 2003 yang bernilai RM232,000 yang telah dibuat oleh sekumpulan saintis UPM, kajian awal mendapati ikan haruan mempunyai unsur antiradang ataupun mengurangkan kesakitan otot. Aku tak pasti apa jadi pada kajian RM232k ni sebab bila aku search dengan lebih lanjut, tak jumpa dah. Artikel tahun 2008 kat Utusan Malaysia ni mungkin sambungannya kut tapi aku tak pasti la, aku main teka jer. Apa pun, macam-macam la produk daripada ikan haruan ni.

Aku tak pernah try pun produk ikan haruan ni, tapi dulu aku pernah minum Pati Ayam Bestari, sebotol jer aku minum lepas tu taubat tak nak minum dah. Dia punya bau yang menusuk hidung tu, bila masuk dalam tekak lagi la berdengung, memang nak termuntah aku. Konon-konon dulu bila minum pati-pati ni, otak akan jadi lebih cerdas, boleh ingat lagi informasi untuk bawak masuk dalam exam tapi bila masuk dewan exam, hampehh..jawab apa yang terlintas kat fikiran jer pun. Tak score sangat pun. Kalau dah otak tu boleh simpan tak banyak maklumat, tak payah la berangan nak jadi genius fotografik memori bagai. Kan?

Apa pun, isteri aku jenis yang tak makan pati ikan haruan ni. Tapi dah orang rekomen suruh tengok-tengok, aku pun tengok la apa ada kat farmasi:

Pati Ikan Haruan Harwany: Ada Imam Muda Asyraf pulak jadi Duta Produk

Pati Ikan Haruan Polleney: Yg ni yang orang rekomen kat aku suruh isteri aku minum

Harga di Guardian Farmasi: RM35.90 sekotak, ada 6 botol

Aku tak beli pun dah isteri aku bukan jenis makan ubat sangat. Aku pun bukannya jenis makan ubat jugak. Dalam peti ais belambak-lambak ubat just simpan buat perkasam. Bila dah sakit karang baru terhegeh nak carik pastuh tengok ubat zaman bila punya ntah dah expired ke tak. Patut la industri ubat ni kaya-raya, kerajaan bayar subsidi ubat ni untuk rakyat atau pesakit tak berkira dalam beli ubat, tapi cuba tengok dalam peti ais korang, ada tak lebihan ubat yang tak makan atau tak pernah sentuh atau tahu pun ubat tu wujud?

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...