Check-In Masuk Wad Pre-Natal PPUM

Ini merupakan sambungan cerita Prosedur ECV di PPUM, dah habis prosedur ECV tu doktor kasi tarikh 21/9 untuk masuk wad. Aku boleh tak teringat 21/9 tu hari Jumaat, doktor mana kerja hari Sabtu dan Ahad kecuali kes emergency je. Tapi lecehlah pulak nak tukar-tukar tarikh ni, nak kena jumpa balik doktor semua bagai, tunggu lagi, so ikut jer la. So 21/9 pagi kitorang sampai sampai awal siap bawak beg semua bagai. Sampai je kat PPUM kitorang ingat boleh daftar masuk terus jer, naik jer la terus tingkat 5 wad pre-natal. Sekali tu, nurse yang jaga kaunter kata kena pergi jumpa doktor check-up itu ini dulu baru nurse dari bawah akan bawak naik atas. So kitorang pun turun bawah balik dengan mengangkut semua barang bagai.

Kat Klinik Ibu Mengandung bawah, tunggu pulak sampai nama kena panggil. Sampai kat hospital jam 8am lebih, pukul 1015am baru dapat naik atas. Daripada sini, dah boleh nampak dah perangai nurse yang berbagai fe'el ni. Apa pun, gambar tetap snap:

Waktu Melawat di PPUM Wad Bersalin - 12pm - 2pm, 5pm - 8pm (Termasuk Sabtu Ahad)

Inilah gambar katil di wad pre-natal tingkat 5

Sebelum aku tinggalkan isteri untuk ke ofis, ambik dulu gambar bersama.
Aku pun pergi la ofis cam biasa. Petang tu, isteri aku kol kata boleh balik. Katanya prosedur pembedahan Isnin pagi baru diorang akan buat jadinya Ahad kena masuk balik. Pekejadahnya aku nak biarkan isteri aku sangap Sabtu Ahad kat PPUM tu, mujur jugak doktor discharge. Aku pun petang tu jugak bergegas ke PPUM bawak balik isteri aku. Isteri aku komplen pasal doktor cucuk tangan dia jarum tak berapa masuk kat urat so kena cucuk kali ke-2 kat tempat lain. Aku pernah alami jarum cucuk kat tangan tu so aku faham la. Kalau boleh memang aku pun tak nak kena cucuk, mana taknya aku setiap kali kena cucuk boleh kata setiap kali lepas tu jer mesti aku pitam. Aku kalau boleh tak nak la pitam tapi kepala aku yang nak pitam sendiri, aku nak buat camner? Tu pasal aku tak berani nak derma darah sampai ke hari ni walaupun niat nak derma darah tu ada.

Dah ke mana cerita aku ni pergi. Ceritanya bersambung lagi bila isteri aku admit kat wad bersalin sekali lagi..

You Might Also Like

1 komen