Sabtu, 27 Oktober 2012

Kos Melahirkan Anak di PPUM Secara LSCS

Menjadi seorang ibu atau bapa bukannya perkara mudah. Antara daya ketahanan demi menjadi pasangan ibu bapa adalah daya ketahanan kewangan. Sebenarnya tak semestinya bil perlu dibayar oleh diri sendiri, kadang-kadang kita boleh salurkan cara pembayaran dibuat oleh orang lain. Itu satu skill yang tidak diajar waktu zaman persekolahan dulu.

Kali ni aku nak share berapa sebenarnya kos yang perlu ditanggung sekiranya melahirkan anak secara pembedahan di PPUM. Kos ni sebenarnya lain orang lain dia punya cas tapi sekurang-kurangnya boleh kasi anggaran kasar sekiranya pembaca blog aku berminat untuk bersalin di PPUM.

Setelah 4 hari berada di tingkat 6 wad bersalin PPUM, akhirnya doktor benarkan isteri aku dan anak aku discaj daripada hospital. Anak aku sebenarnya ada kena sikit penyakit kuning, aku sebenarnya tak mengkaji sangat pun pasal penyakit kuning ni. Mak aku duk citer pasal aku dulu kecik-kecik dekat seminggu duduk kat hospital sebab kena penyakit kuning tapi aku tak berapa kisah sangat pun sampai la anak aku sendiri kena, baru la aku start baca-baca pasal penyakit kuning ni. Baru aku faham kenapa kebanyakan bayi kena penyakit kuning ni. Yang tu aku citer dalam blog post lain la ok?

Slip Discaj PPUM untuk dapatkan ubat

Bil Bersalin secara Caesarean di PPUM
Kalau tengok kat senarai item bil di atas. Apa itu LSCS? Yang tu cas yang paling mahal sekali. LSCS tu adalah singkatan kepada "Lower Segment Caesarean Section". Secara ringkasnya Czer la senang nak sebut. Kalau nak tahu pasal Czer ni, try la Google, gerenti boleh tahu punya. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar selama 4 hari di PPUM adalah RM1,060. Tu sebenarnya kos 4 hari jer, kalau ikutkan kos check-up, ambik darah, scan ultrasound dan macam-macam lagi sebelum ni rasanya banyak lagi. Teringat lagi dulu-dulu sebelum kahwin ingatkan nak kahwin jer susah sebab nak kena belanja tunang, kahwin semua bagai, bila nak dapat anak pun kena ada fulus jugak.

Ni pun mujur jugak PPUM ni dikira sebagai Hospital Kerajaan walaupun sebenarnya dia bukan di bawah Kementerian Kesihatan. PPUM ni kalau ikutkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sebab carta organisasi dia berada di dalam Universiti Malaya. Kalau ikutkan kos di PPUM lebih mahal harganya kalau dibandingkan kat Hospital Kerajaan yang lain. Kalau korang nak jugak bersalin di Hospital Swasta, pandai-pandai koranglah nak tengok bil tu camner ok?

Oleh yang demikian, tips yang aku dapat berikan di sini:

  1. Kalau tak boleh nak menabung, bersedialah untuk membeli insurans yang boleh menebus kembali kos perubatan
  2. Kalau bekerja di sektor, pastikan majikan boleh cover kos perubatan sekurang-kurang dapat ringankan tanggungan.
  3. Paling bagus adalah bekerja di sektor awam sebab hampir kesemua kos boleh ditanggung oleh kerajaan
  4. Kalau tips di atas tak relevan untuk anda, sila rujuk di klinik kerajaan yang berdekatan dan bersedialah untuk mematuhi segala proses kerja dan sila simpan segala komplen anda

Menyambut Kelahiran Anak (Caesarean) di PPUM

Selepas discaj daripada PPUM pada hari Jumaat 21/9, sempat la jugak isteri aku bedal Nasi Arab Jalan TAR dan makanan-makanan lain sebelum puasa untuk pembedahan Caesarean. Nurse bagitahu kata suruh check-in balik kat wad pukul 10am hari Ahad 23/9. Kitorang selambe jer dekat pukul 11am sampai, bila dah sampai nurse kata apasal datang awal sangat? Kitorang pelik la kan, pastu nurse kata biasa patient akan datang petang dalam pukul 4pm macam tu. Dah sampai dah pun, takkan nak patah balik pulak. Nak pergi jalan pun isteri aku bukannya larat sangat dah perut dah besar kan? So lepak jer la terus kat PPUM tu.

Nurse tengah nak pasang alat untuk baby heartbeat monitor

Alat baby heartbeat monitor 

Heartbeat monitor display
Satu perkara tak diduga berlaku, waktu tu dah tengah hari jadinya ada la tukang hantar makanan (perempuan) hantar juadah makan tengahari. Waktu dia hantar tu, isteri aku tengah dipasang alat yang korang nampak kat atas ni. Hampir sejam jugak alat ni dipasang, sekali tu tukang hantar makanan ni datang nak ambik balik tray dengan bekas makanan yang dia hantar tadi tu. Bila dia tengok makanan tak makan lagi lepas tu kitorang kata tak makan lagi, boleh ambik kemudian tak? Dia terus pusing sambil buat muka macam tak puas hati. Kejadian tu disaksikan oleh isteri aku dan kawan baik dia yang kebetulan datang melawat. Dah la benda macam ni pernah berlaku waktu isteri aku terkena urine infection dulu. Kejadian yang lebih kurang sama, cuma waktu tu Bangla lelaki yang datang nak ambik balik tray dan bekas makanan, dia boleh mencarut cakap 'sh*t' depan-depan kitorang termasuk kawan baik isteri aku yang kebetulan waktu tu datang melawat. Macam-macam hal.

Keesokan harinya 24/9, aku datang awal ke PPUM untuk jumpa dengan isteri aku sebelum dipersiapkan untuk masuk dewan bedah. Sempat la snap gambar kenang-kenangan dulu:

Gambar sebelum isteri aku masuk wad pembedahan
Pembedahan bermula jam 8.30am camtu so aku bajet dalam 2 jam lebih la kut. Doktor hari tu cerita kata kalau pembedahan caesarean ni sekejap dalam setengah jam jer dah setel tak macam proses kelahiran biasa. Memandangkan PPUM mengamalkan konsep 'Husband Unfriendly', maka aku pun terpaksa la menunggu di lobi Kompleks Wanita dan Kanak-kanak. Ramai lagi husband-husband dan kaum keluarga yang lain pun sama-sama menunggu berita. Kadang-kadang ada la terdengar suara pembesar suara announcement panggil suami naik ke atas. Aku pun menunggu dengan hati yang tabah. Ditemani aku adalah bapa dan mak mertua aku.

Pukul 11.20am, ada sorang makcik ni yang duduk berdekatan dengan aku sembang dengan mak mertua aku. Dia bagitahu kata kadang-kadang nurse kat PPUM ni diorang tak panggil pun suami atau keluarga terdekat, kena amik inisiatif sendiri untuk naik ke atas dan tanya. Aku pun naik la ke tingkat 3 kat wad bersalin dan pembedahan, tanya kat nurse di kaunter rupanya isteri aku baru je selesai dan dah dihantar ke wad di tingkat 6. Aku pun naik ke atas dan cari isteri aku dan sempat la jugak tengok anak aku sekejap. Aku tengok waktu tu ramai nurse duk tengah buat kerja dengan bisingnya lagi jadinya aku tak jadilah azankan anak aku dan turun ke bawah balik untuk tunggu waktu melawat pukul 12pm.

Pintu masuk wad bersalin PPUM tingkat 6
Sebelum pukul 12pm, aku dan mak ayah mertua aku dah bersiap sedia untuk masuk ke wad. Tapi pintu diorang kunci pulak. Menariknya, takde guard jaga pun, tak macam kat HKL dulu aku pergi. Pukul 12pm, baru la pintu dibuka, tu pun lepas ada orang bising dari luar suruh bukak pintu. Tak paham aku macam mana diorang uruskan akses sekuriti kat PPUM ni.

Pada mulanya aku nak azankan anak aku ni, tapi ayah mertua aku offer diri untuk azankan. Aku pun izinkan jer la kan?

Ayah mertua aku azankan anak aku

Slip kelahiran anak aku - 2.93kg

Bergambar kenangan pertama kali menjadi seorang bapa
Aku ada komen dalam FB, "Arwah walid sambut kelahiran aku pada umur 24 tahun..aku pula sambut anak sulung pada umur 31 tahun..apa pun syukur alhamdulillah".

Ramai lagi sebenarnya kat luar sana yang dah bertahun kahwin tak dikurniakan anak. Walaupun umur aku dah terlajak ke 3-Series baru nak dapat anak sulung, namun aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi seorang bapa. Kehidupan selepas menjadi seorang bapa ni sememangnya telah mengubah banyak persepsi dan pandangan aku terhadap kehidupan masa kini.

Isnin, 15 Oktober 2012

Check-In Masuk Wad Pre-Natal PPUM

Ini merupakan sambungan cerita Prosedur ECV di PPUM, dah habis prosedur ECV tu doktor kasi tarikh 21/9 untuk masuk wad. Aku boleh tak teringat 21/9 tu hari Jumaat, doktor mana kerja hari Sabtu dan Ahad kecuali kes emergency je. Tapi lecehlah pulak nak tukar-tukar tarikh ni, nak kena jumpa balik doktor semua bagai, tunggu lagi, so ikut jer la. So 21/9 pagi kitorang sampai sampai awal siap bawak beg semua bagai. Sampai je kat PPUM kitorang ingat boleh daftar masuk terus jer, naik jer la terus tingkat 5 wad pre-natal. Sekali tu, nurse yang jaga kaunter kata kena pergi jumpa doktor check-up itu ini dulu baru nurse dari bawah akan bawak naik atas. So kitorang pun turun bawah balik dengan mengangkut semua barang bagai.

Kat Klinik Ibu Mengandung bawah, tunggu pulak sampai nama kena panggil. Sampai kat hospital jam 8am lebih, pukul 1015am baru dapat naik atas. Daripada sini, dah boleh nampak dah perangai nurse yang berbagai fe'el ni. Apa pun, gambar tetap snap:

Waktu Melawat di PPUM Wad Bersalin - 12pm - 2pm, 5pm - 8pm (Termasuk Sabtu Ahad)

Inilah gambar katil di wad pre-natal tingkat 5

Sebelum aku tinggalkan isteri untuk ke ofis, ambik dulu gambar bersama.
Aku pun pergi la ofis cam biasa. Petang tu, isteri aku kol kata boleh balik. Katanya prosedur pembedahan Isnin pagi baru diorang akan buat jadinya Ahad kena masuk balik. Pekejadahnya aku nak biarkan isteri aku sangap Sabtu Ahad kat PPUM tu, mujur jugak doktor discharge. Aku pun petang tu jugak bergegas ke PPUM bawak balik isteri aku. Isteri aku komplen pasal doktor cucuk tangan dia jarum tak berapa masuk kat urat so kena cucuk kali ke-2 kat tempat lain. Aku pernah alami jarum cucuk kat tangan tu so aku faham la. Kalau boleh memang aku pun tak nak kena cucuk, mana taknya aku setiap kali kena cucuk boleh kata setiap kali lepas tu jer mesti aku pitam. Aku kalau boleh tak nak la pitam tapi kepala aku yang nak pitam sendiri, aku nak buat camner? Tu pasal aku tak berani nak derma darah sampai ke hari ni walaupun niat nak derma darah tu ada.

Dah ke mana cerita aku ni pergi. Ceritanya bersambung lagi bila isteri aku admit kat wad bersalin sekali lagi..

Sabtu, 13 Oktober 2012

Nasi Arab Restaurant Suria Jalan TAR KL

Nasi Arab merupakan antara favourite makanan yang aku dan isteri suka makan sekali sekala. Waktu aku bekerja di Seri Kembangan dulu pun memang kalau dapat gaji jer mesti celebrate makan nasi arab sebab ada satu restoran nasi arab kat sana. Ada jugak restoran nasi arab muncul sekejap lepas tu hilang tapi rasanya ada sedikit kelainan.

Kat KL pulak, aku selalu pergi ke Lorong Haji Taib belakang Jalan TAR di Chow Kit sana. Ehh..aku pergi Lorong Haji Taib tu beli bahan-bahan buat kek la, ada satu supplier kat situ barang dia murah-murah la sebab borong bukannya pergi tengok pondan kat situ. Siang-siang pun sebenarnya pondan bersepah kat situ tapi siang memang la orang tahu dia pondan dah terang-terang boleh nampak, sebab tu orang pergi waktu malam sebab walaupun pondan, kesamaran malam tu....amender aku boleh melalut citer pondan pulak ni, aku nak citer pasal nasi arab..haiyaa...

Diperkenalkan oleh isteri aku yang diperkenalkan oleh kawan-kawan seofisnya, rupanya ada satu kedai nasi arab kat Jalan TAR tu. Meh sini aku tunjuk gambar sebab kalau citer jer tak menarik. Lokasinya di Jalan TAR berhadapan Shell kalau tak salah aku:

Restoran Suria-Makanan Timur Tengah di Jalan TAR

Tempat makan-selang satu kedai dari tempat penyediaan makanan

Menu di Restoran Suria

Nasi Arab Daging Kambing dengan Air Barbican perisa Strawberi - RM12 jer!!

Biasanya  kalau aku makan nasi arab ni di Seri Kembangan, harga paling cikai la aku bayar RM16 termasuk air Barbican ni. Itu Nasi Arab Ayam Mandy tau, kalau kambing lagi mahal, dekat RM20 kena sediakan. Ini kat Jalan TAR, RM12 jer untuk daging kambing lagi. Ada peluang aku ke Jalan TAR nanti memang aku akan tapau lagi nasi arab ni.

Memang terbaekk!!

Aku Kini Bergelar Mahasiswa IPTS

Susulan daripada blog entri aku berkenaan Mendaftarkan Diri di OUM. Pendaftaran untuk tawaran belajar di OUM telah pun tiba. Aku bersyukur kini dengan jawatan dan kerjaya baru aku, segala perancangan berjalan seperti yang telah ditetapkan. Cumanya mungkin selepas ini, aku akan cuba untuk mendapatkan bantuan kewangan PTPTN kut untuk membiayai pengajian aku. Modal yang ada masih belum mencukupi rupanya.

Kaunter Pendaftaran OUM Kampus PJ

Kaunter Modul

Buku-buku dan Audio CD pembelajaran

Pakej Semester 1 berserta beg yang disediakan oleh OUM
Ada rakan-rakan yang bertanya kepada aku, kenapa pilih OUM? Kenapa tak pilih IPTA contoh macam UTM SPACE ataupun e-PJJ UiTM. Jawapan aku, OUM pada aku mempunyai kaedah 'online learning' di antara yang terbaik, kemudian kelas face-to-face hanya ada pada hari Sabtu (2 kali sebulan). Adik aku dah sem 2 atau sem 3 kut di UTM SPACE dan Abg Ipar aku pun kat UTM SPACE jugak. Aku tengok diorang kelas Sabtu Ahad lepas tu boleh dikatakan setiap minggu ada kelas. Susah jugak nak buat perancangan keluarga kalau dah setiap Sabtu dan Ahad nak kena korban. Lagi satu, OUM punya syarat tak menetapkan MUET sebagai pra-syarat kemasukan. Nampak tak?

Tapi apa pun, pastikan kursus ataupun IPT yang dipilih diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia, Ok?

Prosedur ECV di PPUM

Sebelum Hari Raya hari tu isteri aku dah masuk minggu ke 34 pregnancy. Aku akan bercerita daripada perspektif sang suami sebab bukan aku yang mengandung pun. Tapi aku harap ada la benda yang aku boleh kongsikan.

Ultrasound Scan di PPUM
Bila doktor dah scan, rupanya kedudukan bayi dalam perut belum lagi berada dalam kedudukan kepala ke bawah. Bayi berada di dalam kedudukan melintang atau dalam bahasa doktor 'Breech'. Kalau baca artikel kat internet, 97% bayi akan berada di posisi kepala ke bawah. Hanya 3% sahaja yang akan mengalami kedudukan yang melintang, songsang atau berpusing bukan di tempat yang sepatutnya. Doktor kata ada masa lagi untuk bayi tu pusing.

Minggu ke-36, pergi check-up sekali lagi di PPUM. Doktor tak scan pun, dia cuma pegang jer perut, terus doktor kata bayi memang tak berpusing di tempat yang sepatutnya untuk keluar dengan cara kelahiran biasa. So doktor cadangkan prosedur External Cephalic Version (ECV). Tapi sebelum tu doktor kasi masa lagi 2 minggu datang check balik tengok dah pusing belum. Balik jer jumpa doktor tu, macam-macam ikhtiar la cuba cari nak kasi bayi tu pusing. Beli air bacaan al-quran, solat hajat, baca yasin semua.

Minggu ke-38, doktor check lagi sekali. Confirm bayi masih lagi tak pusing ke jalan yang betul. Doktor set appointment untuk prosedur ECV. Doktor kata prosedur ni selamat dan tak sakit tapi peluang berpusing tu 50-50. Cuba carik dalam YouTube procedure ni, pertama kali aku tengok video tu aku macam, Woooo..cam ngeri jugak (maksud ngeri yang sebenar aku nak bagitahu, orang Utara panggil Seriau). Apointment dah set untuk prosedur ECV pada minggu ke-39. Waktu ECV tu memang dah ready dah just in case kalau nak kena emergency bersalin caeser.

Wad Bersalin Tingkat 3 PPUM
Aku mula ingat prosedur ECV ni suami boleh join sekali tengok. Rupanya PPUM tak kasi suami temankan isteri bila dalam wad bersalin ni. Kalau bersalin Caeser sememangnya kebanyakan tempat kecuali hospital swasta tak kasi suami masuk tengok, ini bersalin normal kat PPUM pun suami tak boleh masuk tengok. Tunggu kat depan kaunter Stesen Jururawat pun tak boleh, so kena la halau pergi tunggu kat lobi kat tingkat bawah. Memang ramai sang suami duk lepak kat lobi tu termasuk aku. Isteri aku masuk wad pukul 8.15am, pukul 1.30pm baru keluar. Keputusan ECV-
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TIDAK BERJAYA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Daripada kedudukan melintang kepala sebelah kiri, kali ni dia berubah ke sebelah kanan pulak. Pilihan terakhir sekarang ni bersalin cara pembedahan Caeser pada minggu hadapannya.

Bersambung...

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...