Membuat Pilihan Antara 2 Tawaran Kerja

Usaha tangga kejayaan, itulah falsafah yang seringkali kita dengar dalam kehidupan kita seharian. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Setelah kita berjaya, kita seharusnya sentiasa bersyukur di atas pemberian ilahi. Namun begitu terdapat juga ujian yang dilontarkan kepada kita. Dalam contoh aku, aku telah pun mendaftarkan diri di tempat kerja baru aku pada 2 haribulan yang lalu. Hari pertama kerja, banyak kerja-kerja HR yang perlu diselesaikan dulu macam pendaftaran fail pekerja, bukak akaun untuk penerimaan gaji dan macam-macam lagi. Di samping tu ada juga sedikit briefing oleh manager dan mungkin sedikit training berkenaan syarikat dan produk.

Dalam kesibukan di hari pertama tersebut, aku telah pun mendapat satu panggilan telefon daripada salah sebuah syarikat yang aku telah hadir ke temuduga sebelum ni dan aku telah pun berjaya mendapat tawaran kerja. Sememangnya aku gembira kerana sekali lagi telah pun berjaya mendapatkan tawaran kerja tetapi dalam masa yang sama keliru kerana telah pun membuat keputusan untuk bekerja di tempat yang aku dah pilih tatkala itu.

2 surat tawaran jawatan daripada 2 buah organisasi yang berbeza industri

Pelbagai faktor yang aku terpaksa ambil kira dalam membuat keputusan sama ada hendak kekal di tempat yang telah aku laporkan diri atau berhijrah sekali lagi ke satu tempat baru:

Faktor Syarikat A (SME) Syarikat B (MNC)
Gaji Gaji memuaskan Gaji agak tinggi dan menarik
Jawatan Business Development Executive -
Skop kerja yang aku dah biasa buat
Account Management Executive -
Skop kerja baru yang perlu aku pelajari
Lokasi 20km daripada rumah tanpa tol -
Hanya 20-30 min ke ofis
30km daripada rumah; RM5.20 tol sehari -
hampir sejam ke ofis dengan trafik jem di pelbagai lokasi
Terma Kerja tetap Kontrak setahun
Faedah Cuti 18 hari setahun
Faedah perubatan meliputi famili terdekat, terhad kepada RM800 setahun
Cuti 14 hari setahun
Faedah perubatan meliputi diri sendiri sahaja, terhad kepada RM500 setahun

Daripada tawaran di atas, ada satu perkara yang aku telah buktikan yang telah pun menyangkal sangkaan aku sendiri. Pengalaman kerja adalah antara perkara yang lebih penting dititikberatkan oleh majikan (swasta terutamanya) berbanding dengan kelulusan akademik. Aku hanya mempunyai diploma sahaja, tu pun dalam bidang yang tidak ada hubungkait pun dengan kerja aku sekarang. Rupanya tanpa ijazah pun tiada apa pun yang mustahil.

Walaubagaimanapun, keputusan tetap perlu diambil. Malam tu, tak nyenyak tidur aku dibuatnya.

Kalau korang jadi aku, yang mana satu korang akan pilih agaknya?

You Might Also Like

10 komen

  1. aku pilih menganggur...tu the best profession in the world

    ReplyDelete
  2. Kalau aku..Aku pilih A kot...takde la stress harung jam hari2..Lagipon buat benda yang ko dah tau. Gaji masih memuaskan dan mampu buat aku bahagia dari gaji tinggi tapi hati dan jiwa merana..Don't worry pasal gaji tu, kalau ko perform well, baru bape bulan keje pon dah dapat increment..Rezeki tiap orang sape tau kan??muahaha...p/s: mlm ni wat solat istikharah ye ;)

    ReplyDelete
  3. Syabas dulu...aku dulu pun dilema, satu dkerja kerajaan 2+1 tahun kontrak, yg satu lagi Telekom 2 tahun kontrak. Last2 aku ambik kerja kerajaan sebab dlm tempoh 3 tahun aku tak pening pasal nk sambung kontrak. Dan satu lagi aku boleh sambung belajar.
    Alhamdulillah, tamat je kontrak 3 tahun dgn kerajaan..aku dh dapat kerja lain yg tetap dan dapat Master gak.
    Pilihan A macam menarik sebab tak jem, boleh simpan duit tol dan yg plg penting dapat bersama dgn keluarga lbih cepat.Faedah perubatan tu penting bro, dapat lak cover isteri ngan anak2...jimat belanja.
    Pilihan B..yg menarik cuma gaji je yg lebih.Faktor lain..menyakitkan hati je.

    ReplyDelete
  4. business development executive ni apo kojenye??mcm mano?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Business development ni lebih kurang macam salesman jer..tapi bergantung kepada syarikat la jugak. Kadang-kadang nama jer lebih tapi buat kejenya lain...ahaha..

      Delete
  5. nak tanya..saya dpt offer kerja as bussiness development executive. so nak tye mcmmne skop kerja dan weekends kene keje k? banyak travel k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya bergantung pada kampeni apa yang tawarkan jawatan tu. Rasanya job description mesti time interview hari tu dah diterangkan? Ke tak teringat nak tanya? Haha

      Delete
  6. hai.. JHS.. bisness development executive tu keje guane...?? kita ade interview tapi x tahu lagi nak g ke tak.... sbb jauhhhh tempaaat nye.... keje ni dibawah syarikat insurans.. kene cari orang beli insurans ke?? hahahahaha.. tolong jawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Business Development ni kerjanya bawak masuk bisnes ke dalam kampeni. Boleh dikatakan salesman jugak tapi biasanya dalam group ada yang jadi jurucakap, ada yang jadi supporter. Kalau syarikat insurans tengok la apa role yang di bagi, kalau dia ada set target kuota then kena buat la individual sales. Kalau group kuota, kena berusaha la dalam pasukan untuk dapatkan nilai target yg ditetapkan. Camner pun, secara prinsipnya, bisnes development ni tugasnya adalah untuk dapatkan duit masuk ke dalam kampeni...

      Delete