Ahad, 10 Jun 2012

Pendaftaran Pelajar Baru UiTM Pulau Pinang June 2012

Entri kali ni aku rasa paling banyak gambar aku letak so bersedia la untuk skrol mouse tu lebih sikit ye? Awal bulan ni, adik lelaki aku telah dipanggil untuk mendaftar di Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang. Kursus yang ditawarkan adalah Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Aku sebenarnya tak faham macam mana adik aku yang sepanjang dia duduk melepak kat rumah selepas SPM asyik, mengadap PC tengok Youtube, komik dan game boleh berminat dalam teknologi makmal perubatan. Kalau berminat dengan IT ke game ke aku boleh percaya jugak. Tengok jer la nanti.

Untuk trip ke Pulau Pinang ni, aku dan isteri telah 'trade' kereta kecik dan comel Viva kami kepada kereta Honda Stream milik kakak ipar dan abang ipar aku. Bagusnya kereta Honda Stream yang kitorang pinjam tu ada kotak letak barang THULE kat atas MPV ni. Mungkin nanti kalau keluarga aku dah semakin ramai, aku ingat nak pasang jugak la kut untuk Perodua Viva kitorang. Tapi macam kelakarlah pulak kereta kecik ada kotak kat atas. Agak-agak kalau corner lipat boleh tergolek tak?

Okaylah, masa untuk tunjuk gambar-gambar pulak:


Kereta Honda Stream pinjam yang dah siap letak barang-barang semua
Perjalanan bermula jam 8.30am, memandangkan lebuhraya utara selatan daripada Tol Jelapang dah jem, kami lari ikut jalan lama. Terasa jauh betul sebab kena pusing jauh. Masuk balik lebuhraya kat Changkat Jering. 3 jam kemudian, jam 11.30am kami sampai kat UiTM Pulau Pinang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Ni pertama kali aku sampai ke UiTM Penang ni.

Pintu besar masuk ke UiTM Penang

Bangunan utama UiTM Penang

Laluan ke kolej asrama pelajar

Parking kereta di kawasan lapang depan kolej. Masjid terletak 100m kat depan.

Depan kawasan lapang ni rupanya perpustakaan.

Bapa mertua, mak aku dan adik aku bertanyakan pegawai kadet polis yang bertugas

Kolej sebelah Kolej Zamrud

Kolej Zamrud

Kolej Zamrud punya papan tanda

Adik aku pergi amik kunci bilik

Barang-barang keperluan yg dijual waktu pendaftaran pelajar

Pemandangan (kiri) dari bilik kolej Zamrud di tingkat 2

Pemandangan (kanan) dari bilik kolej Zamrud di tingkat 2

Senior MDS memberikan briefing kepada ibu bapa dan pelajar baru

Tempat mandi di tingkat 2 Kolej Zamrud

Tempat mandi shower di tingkat 2 Kolej Zamrud

Tempat gosok gigi di tingkat 2 Kolej Zamrud

Tempat sidai kain baju di tingkat 2 Kolej Zamrud

Pemandangan dalam bilik di Kolej Zamrud

Lif di Kolej Zamrud

Koperasi Kolej Zamrud

Dobi syilling

Kawasan lapang depan kolej
Urusan selesai sejam kemudian, kami keluar sekejap daripada UiTM Penang ni untuk makan tengahari sebab tiada juadah makan tengah hari. Habis jer makan tengah hari, kami masuk balik ke UiTM Penang ni hantar pelajar baru kita masuk balik. Rupanya kawasan UiTM Penang ni dekat jer Seberang Jaya kalau ikut jalan belakang.

Kawasan lapang depan masjid yang ditukarkan menjadi tapak ekspo
Sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah, kami singgah dulu di masjid tu untuk sembahyang. Ayah mertua aku mulanya pergi dulu sementara aku tunggu di kereta, waktu dia balik semula ke kereta dia pun bagitahu pasal ada satu kipas siling yang besar macam helikopter kat dalam masjid tu. Aku sebelum ni pernah nampak kipas siling tu dalam gambar-gambar UiTM Penang ni tapi aku ingatkan benda tu cuma perhiasan. Rupa-rupanya kipas tu memang berpusing. Aku pun pergi jugaklah tengok kipas siling tu untuk mengesahkan kewujudan kipas ni. Memang kipas siling gergasi ni wujud:

2 kipas siling gergasi di masjid UiTM Pulau Pinang

Di tengah-tengah kipas tu tertulis nama syarikat Empayar Harmoni Sdn Bhd

Rupa-rupanya memang ada kontrak pembekalan kipas siling gergasi ni. Butirannya boleh dibaca di SINI. Bukan budak-budak yang datang jer teruja tengok kipas siling gergasi ni, aku pun teruja jugak. Ada lagi ke masjid atau tempat-tempat lain yang pasang kipas gergasi ni?

3 ulasan:

  1. Adik u junior I. Tapi I dah final year sekarang nie..

    BalasPadam
  2. K x stdy kat cni..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko tanya aku mmg ok jer study UiTM mana2 pun..UiTM Dihatiku...

      Padam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...