Ahad, 6 Mei 2012

Pengalaman Naik Bas 2 Tingkat JB-KL

Bila dah lama tak berblogging ni, terus lenyap dia punya momentum nak menulis. Pastu nak catch-up balik semua benda yang nak tulis dah menggelabah dah. Dua minggu selepas kejadian kereta rosak tu, aku kembali semula ke UTM JB. Dah habis training semua, daripada 3 orang yang datang 2 orang balik KL awal sehari. Memandangkan yang sorang tu nak kena guna kereta untuk bergerak dari hotel ke kampus, 2 orang yang kena balik tu termasuk aku terpaksalah balik naik bas. Tapi okaylah kan, daripada nak kena drive sendiri, best lagi naik bas, boleh rileks.

Kaunter beli tiket bas di Skudai
Tiket bas JB-KL
Pandangan luar daripada tingkat atas bas
Takde orang sangat pun dalam bas ni
Bas tiba di plaza tol Highway PLUS Skudai
JPO..
Nampak tak ada satu kepala kat tiang tu, dia tengah tembak speed trap.
Time ni dekat nak sampai Simpang Renggam. Jaga-jaga!!
Laju jugak bas ni, bertolak 5.45pm daripada Skudai. Sampai kat Petronas persimpangan Bukit Jalil jam 8.55pm. 3 jam lebih jer perjalanan termasuk dengan berhenti kencing sekejap. Perghh..tapi apa pun, bukannya aku boleh tido sangat pun dalam bas tu. Citer pasal Skudai ni banyak lagi ni..nanti aku update lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...