Rabu, 23 Mei 2012

Kereta Proton Wira Aku Di Sondol Kat Tempat Parking

Blog post kali ini adalah rentetan daripada blog HanyBunny tetapi daripada perspektif aku pulak. Kisah ni dah lama la, awal bulan 4 tapi aku tengah nak catch up semua gambar-gambar yang ada dalam phone aku. So pagi tu merupakan hari yang basah, sepanjang aku drive daripada rumah sampai la ke ofis sejauh 35km memang hujan. Mulanya aku ingat aku dah lewat dah sebab biasanya kalau hujan-hujan jalan selalunya akan jem, tapi ntah kenapa aku tersampai awal pulak. Sampai jer depan ofis, aku terus masuk ke petak parking yang aku selalu park, waktu tu memang takde orang lagi park kat situ, hanya kereta aku jer yang ada.

Memandangkan awal lagi, aku lepak jer la dalam kereta sambil mendengar Hitz.fm Gotcha Call. Sekali tu aku terasa macam kereta aku terhenjut ke depan. Aku pandang belakang tengok ada sebiji Gen-2 nak masuk parking sebelah aku dah tercium pulak bumper kereta aku. Aku jerit kat minah tu "Apa ko buat ni??". Tapi Gotcha Call aku belum habis lagi jadi aku malas nak turun tengok apa jadi kat kereta aku. Hujan duk masih renyai-renyai lagi, aku pun masuk ofis dulu.

Dah pukul 9 lebih, aku keluar nak beli makanan sebab lapar kebetulan pulak hujan dah berhenti, aku pun pergi la tengok kat kereta aku apa sudah jadi:

Calar hasil perlanggaran dengan Gen-2

Angle jauh sikit kasi tengok
Aku duk ingat setakat calar sikit jer, rupanya dia terkemek sikit ke dalam nampak undercoat cat kereta aku. Member HanyBunny tadi dah siap bagitahu kata nak bayar gantirugi semua, tapi aku pun paham la keadaan dan situasi tengah kering waktu tu. Lagipun aku malas nak hantar kereta aku ke bengkel. Nanti-nantilah bikin kemek ni. Jadinya aku pun cadang dia bayarkan aku beli pen magic penghilang calar. Nanti lain aku citer la apa jadi bila guna pen tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...