Jumaat, 25 Mei 2012

Bersarapan di Restoran Ubi Kayu USJ Subang Jaya

Pada awal bulan 4 yang lalu, di pagi Sabtu, isteri aku mengidam nak makan roti jala Restoran Ubi Kayu. Kali last dia makan waktu turun Skudai dulu, kat Skudai ada satu restoran ni cawangan Ubi Kayu ni. Tapi aku kasi tunjuk gambar terus lah. Kalau nak baca pasal Restoran ni, boleh click kat LINK NI dia ada featured kat blog Jom Makan2-Jalan2.

Restoran Ubi Kayu USJ Subang Jaya

Umat yang datang nak sarapan

Memang penuh semua meja dengan kerusi. Sapa cepat dia dapat.

Tu dia, orang keje pun ramai jugak muncul pagi-pagi Sabtu

Tempat masak roti jala

Roti jala Restoran Ubi Kayu

Bismillahirahmanirahim..Allahummabariklanafimarazaktanawaqinaazabannarr..

Kuih murih pun ada, nasi lemak hijau dia yg menarik aku tengok, takde jual kat Skudai
Memang jauh beza jumlah pelanggan yang datang kat Restoran Ubi Kayu USJ ni dengan Restoran Ubi Kayu kat Skudai. Pukul 9.30 pagi roti jala dah habis dah. Nasib baik aku datang awal sikit, kalau lewat sikit jer memang roti jala habis dah kena sapu. Tapi pakar perasa makanan iaitu isteri aku cakap roti jala kat Skudai lagi best daripada kat USJ ni. Aku pun rasa macam tu jugak lepas dengar komen tu..huhuhu..

Tapi apa pun, memang sarapan kat Restoran Ubi Kayu ni terbaik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...