Jumaat, 25 Mei 2012

Bermalam di Unit Kecemasan PPUM

Waktu aku di JB, isteri aku sebenarnya duk demam kat KL. Dah jumpa doktor dah hari Ahadnya tapi doktor cuma kasi ubat panadol jer. Mujurlah rumah mak aku dekat jer, jadinya bolehlah mak aku tengok-tengok kan waktu aku pergi JB. Sekembalinya aku daripada Johor, awalnya demam isteri aku dah macam kebah sikit, aku ingat okaylah kut, kalau nak pergi hospital pun esok pagi lah. Aku sampai rumah daripada JB dah dekat pukul 12am, pukul 2am isteri aku kejut aku mengadu sakit belakang dan demam pun macam dah kembali semula. Malam tu jugak aku kata kat isteri aku, takperlah kita pergi ke PPUM jam tu jugak.

Mulanya pergi kat Klinik Bersalin, lepas tu nurse cakap kandungan bawah 20 minggu kena pergi ke Unit Kecemasan untuk doktor check dulu. Pergi la pulak carik kat mana Unit Kecemasan tu, rupanya kat depan-depan jalan besar sana.

Jadual bayaran kalau masuk ke Unit Kecemasan PPUM

Kawasan menunggu  Unit Kecemasan PPUM
Register masuk pukul 3am lebih, dekat pukul 5 baru dapat masuk jumpa doktor. Kena ambik darah dengan air kencing untuk pemeriksaan dulu.

Ni Doktor nya, bukan warga negara Malaysia tapi boleh cakap Melayu
Habis jer jumpa doktor, kena tunggu result ujian darah dengan air kencing pulak. Tunggu 2 jam jugaklah.

Doktor bacakan keputusan
Dah pukul 7 pagi baru la doktor panggil dan kata isteri aku kena Urine Infection. Mulanya dia nak masukkan kat wad, tapi doktor gynae yang dia kol kata tak perlu so dia issue ubat jer dan suruh balik rehat.

Tunggu  untuk ambil ubat pulak

Daripada ramai orang, sampai lengang dah pun bila matahari terbit.
Aku terus EL hari tu, giler penat woo..Zzzzz...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...