Khamis, 31 Mei 2012

Menghadiri Temuduga Terbuka Yang Ke-2: Datacom Walk-In Interview May 2012

Akhirnya aku berjaya juga mengemaskinikan blog aku sehingga ke kisah pengalaman aku yang paling terkini. Minggu ni merupakan minggu ke-5 di bulan Mei dan minggu terakhir di bulan ini. Syarikat tempat aku berkhidmat sudah lewat memberikan pendapatan bulanan semua staf di syarikat. Sorang demi sorang staf di syarikat mula menghilangkan diri sejak beberapa minggu lalu. Aku pada mulanya masih boleh bertahan lagi akhirnya terpaksa menjadi pemandu kepada isteri aku. Aku kini tidak lagi ke pejabat dan hanya menghantar dan menjemput isteri aku. Sebenarnya keadaan aku takde la seteruk mana lagi kalau nak dibandingkan dengan rakan sepejabat yang lain. Rasanya nasib bos di syarikat tempat aku kerja jauh lebih teruk sebab terpaksa menanggung hutang dan saman. Tapi kini imej aku sebagai seorang 'Jay' sudah tercalar kerana terpaksa dibiayai oleh isteri aku sendiri.

Minggu ni jugak minggu dah masuk minggu ke-3 masih tiada lagi mana-mana syarikat yang aku dah buat permohonan kerja kat beberapa laman web portal kerja (Jobstreet, JobsDB, JenJobs, Monster dan agensi pekerjaan dsb) kol untuk sesi interview. Ini tak boleh jadi, memandangkan aku kini tidak lagi beroperasi di pejabat tetapi beroperasi di rumah, aku terjumpa satu lagi iklan Walk-In Interview di Jobstreet:

Iklan Walk-In Interview Datacom SouthEast Asia

Pada mulanya aku agak gementar jugak sebab nampak macam syarikat besar, kelayakan aku ni kecik jer, harapkan pengalaman jer pun. Aku beranikan diri jugaklah redah.

1 Tech Park di Bandar Utama

Tempat parking visitor 1 Tech Park Bandar Utama
Punya la susah nak carik parking kat tempat ni. Memang penuh kat tempat parking berbayar yang tak perlu bayar lagi. Tekan-tekan tiket tak keluar-keluar. Aku sampai kat sini jam 2.30pm.

Senarai syarikat di 1 Tech park Bandar Utama: Banyak Company IT rupanya kat sini.

Patutlah company IT, MSC Status punya tempat rupanya

Pejabat Datacom SouthEast Asia Tingkat 4

Papan Wall of Fame
Aku sampai-sampai jer kat receptionist, aku cakap la aku datang untuk walk-in interview. Receptionist tu boleh tanya aku balik ada appointment dengan siapa. Aku jawab balik kata aku tak tahu, aku datang ni main  datang jer sebab nak walk-in interview. Baru la dia kol person in charge, dia mintak aku turun tingkat 2. Aku pun turunlah ke tingkat 2. Tunggu sekejap, person in charge mintak aku masuk dalam bilik interview tanya-tanya sikit dan cerita sikit pasal apa kerja sebenarnya nak kena buat. Rupanya diorang tengah cari orang untuk buat support kepada P1. Aku pun okaykan aje lah. Person in charge tu pergi, datang orang lain pulak, dia kata dia dah tengok resume aku dan dia nak propose aku buat support untuk Microsoft. Dia boleh tanya aku pernah dengar tak nama Microsoft. Macam buat lawak pulak.

Posing di Datacom..aku ni jarang pakai tie sebenarnya

English Test
Person in-charge tu mintak aku isi borang dan jawab soalan English ni. Terasa macam nak masuk kolej pulak ambik exam English ni. Ada dekat setengah jam jugak kut aku jawab, ada 35 soalan semuanya. Aku harap aku score la test ni..haha..

Dah habis test English, aku ingatkan dah habis dah. Rupanya ada lagi satu test yang lagi mencabar minda. 

Test Support Microsoft
Soalan dia mula-mula nampak macam senang, sekali tu dia jadi makin susah pulak. Aku dah ler biasa guna Windows XP jer. Keluarnya soalan-soalan Windows Vista dengan Windows 7. Aku hentam jer la jawab apa yang aku tahu. Sistem test tu kasi masa 2 jam setengah, tapi kalau aku fikir lama-lama pun tak guna jugak. Aku habiskan dalam masa dalam 40 minit jer kut untuk test ni.


Test Tamat..fuhh lega..
Selesai test Microsoft support, ada lagi satu test pulak yang aku pun tak sangka.


Typing Test: Software Typing Master

Test Result Typing Test Aku
Hasil latihan bertahun-tahun dalam chatting, aku berjaya jugak menjadi expert level typist 49 Word Per Minute (WPM). Ni jer la test yang aku tahu keputusan dia. Kira okaylah tu kan?

Aku ingatkan dah habis dah sesi, rupanya ada lagi satu sesi interview dengan interviewer yang sebenar. Ni gambar dia curi daripada Facebook Datacom Malaysia:


Banyak jugak soalan dia tanya, macam apa jangka masa panjang aku, apa aku akan buat kalau customer marah lah dan lain-lain lagi. Tapi interviewer ni orang Australia jadinya kenalah cakap English. Habis jer interview, dia kata nanti dia akan kasi jawapan sama ada aku diterima kerja atau tak dalam masa sehari dua lagi. Waktu aku tulis blog ni dah hari ke-2 dah pun, masih belum dapat jawapan lagi jadinya aku tak pasti la sama ada aku berjaya atau tak. Tengoklah kalau esok diorang kol aku. Aku habis interview jam 5.15pm.

Sementara tu, aku masih lagi memburu lagi kerja lain kat luar sana. Jalan terakhir aku buat masa ni adalah dengan terjah agensi pekerjaan tapi itu pun kalau dah terdesak sangatlah. Apa pun, doakan aku dalam pencarian kerjaya baru aku. Sekian..

Rabu, 30 Mei 2012

Melawat PostGradAsia 2012 di KLCC Convention Centre

Antara benda kegemaran yang daripada dulu aku suka adalah pergi event. Aku suka pergi event-event lagi-lagi kalau event tu kat tempat ekslusif contoh macam kat hotel atau convention centre. Aku suka pergi event-event ni sebab aku boleh tengok macam-macam benda baru dan kutip barang-barang free. Tapi aku tak suka sangat kalau aku kena jaga booth sebab agak bosan dan rasa tak berapa produktif. Aku boleh jer nak jadi seorang promoter, tapi rasa macam tak kena dengan jiwa aku.

Lepas pergi tengok Hush Puppies punya jualan gudang, aku dan isteri terus ke KLCC Convention Centre untuk tengok PostGradAsia 2012 punya exhibition. Kalau ikutkan, lagi syiok kalau pergi PC Expo kat MidValley, tapi hari Sabtu dah memang confirm jem kat MidValley tu. Tu pun nak carik parking lagi. Lagipun aku memang dah lama bercita-cita nak sambung pengajian aku ke peringkat Ijazah. Sejak aku mula carik kerja lain, barulah aku sedar betapa pentingnya segulung ijazah kat tangan. Walaupun pengalaman kerja bertahun, tapi kalau takde ijazah, seolah-olah macam dah masuk taman tema tapi keluar kejap nak ambil barang dalam kereta pastu dah tak boleh masuk balik sebab tiket sebenarnya takde. Mungkin analogi tu agak teruk tapi macam tu la apa yang aku rasa. Aku ni mungkin bukan salah satu contoh terbaiklah kalau nak cerita kat budak sekolah, ada ramai lagi orang lain yang lebih hebat pencapaian mereka.


Bergambar di banner PostGradAsia 2012 KLCC Convention Centre

Laluan di KLCC Convention Centre

Kain rentang PostGradAsia 2012

Pendaftaran PostGradAsia; sekarang ni semua pendaftaran guna online jer

Pemandangan waktu masuk ke PostGradAsia 2012

Booth-booth universiti tempatan

Booth-boot universiti antarabangsa

Booth-booth universiti Swasta tempatan

Bergambar di PostGradAsia Floor Plan

Dah melawat PostGradAsia ni, rupanya aku datang salah event. Aku sepatutnya datang ke Education Fair untuk undergraduate student dan bukan post-graduate. Nampak gayanya aku kena cuba sambung belajar semula la kalau aku betul-betul nak panjat tangga korporat kat luar sana. Apa pun, aku dah dapat semua info yang aku nak waktu PostGradAsia ni, tak rugi jugak aku datang rupanya.



Jualan Gudang Hush Puppies di Bandar Kinrara

26 Mei 2012 yang lalu, isteri aku telah mengajak aku pergi ke satu jualan gudang bertempat di Bandar Kinrara, Puchong. Rupanya tempat ni dekat dengan laluan aku balik kerja. Walaupun aku takde duit tapi aku pergi jugaklah:

Jualan Gudang Hush Puppies

Pengedar Fesyen Pakaian Shoe Connection Sdn Bhd

Ramainya orang..

T-shirt polo harga RM49

Beg-beg untuk pergi travel

Sepender pun ada jugak

Tempat jual kasut..takde yang menarik pun..

Warga Malaysia yang datang bershopping

Malangnya aku dan isteri aku tak beli apa-apa pun. Isteri aku sebenarnya nak beli kasut, tapi design2 dia langsung yang takde berkenan di hati isteri aku. Ada la satu t-shirt untuk aku isteri aku kononnya nak belikan, sekali bila tengok kat logo depan t-shirt tu terpampang gambar anjing Hush Puppies terjelir lidah. Terus tak jadi nak ambil..Kalau aku berduit waktu ni, bolehlah aku rembat barang-barang murah kat situ. Apa kan daya...

Selasa, 29 Mei 2012

Pengalaman Pertama Menghadiri Temuduga Terbuka: Technip Walk-In Interview May 2012

2 minggu selepas balik daripada Johor, syarikat tempat aku berkhidmat dilanda masalah. Sebenarnya masalah ni dah berlanjutan sejak tahun lalu lagi tapi aku masih lagi berharapan sampailah ke satu tahap yang mana pada aku tidak dapat dibendung lagi. Disebabkan krisis ini, aku memulakan langkah mencari alternatif bagi menangani isu yang semakin meruncing ni. Website paling popular untuk mencari kerja Jobstreet jadi tumpuan utama, sekali tu aku terjumpa iklan kat bawah ni:

Walk-In Interview Technip May 2012

Dah sekian lama aku dah tak pergi interview (hampir 5 tahun ada kut) macam-macam perasaan ada (takut, risau, gelabah dsb). Tapi apa pun, kalau tak mulakan langkah kita takkan tahu, ditemani isteri aku, aku keluar awal pagi daripada rumah dan sampai kat Berjaya Times Square jam 9 pagi.

Technip banner kat  Level 14, West Wing
Tempat ni rupanya aku pernah datang dulu tahun 2010, time tu aku bukak booth promosi syarikat. Boleh baca program tu di LINK INI.

Queue pendaftaran yang panjang

Bergambar di queue walk-in interview Technip: Belum 9.30am lagi tapi aku dapat nombor 104.

Makin dekat queue..

Dan makin dekat lagi..

Setel pendaftaran, alamak tempat duduk dah penuh..

Ada video presentation pasal Technip: Memang menarik

Dapat jugak tempat duduk, depan sekali depan rostrum

Technip Presentation dimulakan

HR Manager Technip memberikan sepatah dua kata

Cerita pasal apa sebenarnya bisnes Technip

Dalam briefing ni, HR Manager ni bagitahu yang Technip sedang mencari 500 orang untuk memenuhi jawatan kosong dalam Technip. Kat Malaysia jer, ada lebih kurang 1,500 orang yang berkhidmat dengan Technip. Technip katanya ada backlog 10 juta Euro sebab tu dia perlukan lebih ramai pekerja bagi mencapai target kewangan diorang. Jawatan-jawatan ni perlu diisi dengan segera. Katanya proses pengambilan staf akan mengambil 4-6 minggu jadinya walk-in ni cuma temuduga permulaan.

Akhirnya, nombor aku dipanggil setelah 2 jam menunggu (11.30am)..cuba tengok punya ramai manusia..

Disebabkan terlalu ramai orang yang datang walk-in interview ni, staf Technip terpaksa buat ambil group by group pastuh interview sorang-sorang. Nombor pulak dia tak ikut turutan, dia pecah-pecahkan ikut department berdasarkan resume yang semua orang dah submit. Aku time tu dapat dengan bos kepada HR Manager yang kasi briefing awal tadi, nama dia Kasuma Satria. Orangnya memang sempoi jer. Waktu interview dengan En. Kasuma ni, dia terus tengok resume aku dan terus dia tanya sama ada aku berminat nak masuk Engineering atau BD (Business Development), dia tak tengok pun aku cuma ada Diploma. Aku pun jawablah aku minat BD. Pastu dia tanya, sama ada aku sanggup tak ditempatkan di Pasir Gudang. Aku jawab aku kena fikirkan dulu. Dia pun citerlah kata sekarang ni diorang ada plant baru kat Pasir Gudang jadinya peluang lebih tinggi kalau aku cuba engineering. Kalau BD memang di KL tetapi buat masa ni tak banyak tempat. 

Takperlah, aku cuba nasib tengok macam mana. Apa pun, memandangkan sambutan luarbiasa (mau ada lebih 1000 orang yang datang walk-in interview ni) dalam sesi temuduga terbuka ni, aku rasa mesti ada orang lain lagi yang lebih berkelayakan, berpengalaman, berkaliber dan mempunyai kemahiran lagi dahsyat daripada aku jadinya aku tak menaruh sebarang harapan yang tinggi sangat untuk dapat jawatan dalam syarikat Technip ni. Kalau dapat tu, mungkin aku bertuah dan bernasib baiklah kut.

Suasana selepas aku dah habis interview jam 11.30am

Pemandangan daripada lif waktu aku nak turun balik

Apa pun, seronok jugak sertai temuduga terbuka ni, macam nak try audition untuk Malaysian Idol atau Mentor la pulak. Kalau ada apa-apa update nanti aku citer la ok? 

Isnin, 28 Mei 2012

Trip Ke Johor Lagi Untuk Perasmian LIMS

Sehari selepas isteri aku discharged daripada PPUM, pada 1/5/2012 ataupun pada Hari Buruh, aku telah pun mengajak isteriku menemani aku ke JB memandangkan tiada rakan seofis yang boleh turut bersama dalam trip kali ni. Macam biasa, aku bertolak tengahari dan sampai di Skudai petangnya. Malam tu terus ke Medan Steamboat Luton Van terletak di sebelah Padang Dataran Bandaraya Johor Bahru. Aku makan mi goreng kerang, sedap jugak.

Majidee Steamboat: Isteri aku tengah buat pilihan

Gerai-gerai yang lain
Tak mahal pun makan kat Medan Steamboat ni. First time aku dengar Luton Van ni, macam kelakar pulak sebab aku tak pernah tahu pun Luton Van tu apa, rupanya van yang diubahsuai jadi tempat letak barang.


Esok paginya pukul 7 lebih, keluar sarapan roti jala kat Restoran Ubi Kayu. Pukul 8 lebih aku sampai kat UTM, carik pulak DSI kat mana. Aku baru tahu DSI tu Dewan Sri Iskandar kat sebelah pejabat Vice Chancellor.


Dewan Sri Iskandar: UTM JB

Perhimpunan bulanan staf UTM

Vice Chancellor UTM sedang memberikan taklimat Blue Ocean Strategy

Blue Ocean Strategy untuk UTM: Kamera phone aku bila zoom dia terus blur
Punya la panjang lebar VC UTM ni kasi ucapan, tapi okaylah jugak bagi aku. Banyak benda aku belajar terutamanya dari segi pengurusan. Pukul 9 lebih baru la perasmian LIMS dijalankan. Habis jer perasmian tu, tiba-tiba semua orang diminta untuk berdiri menyanyikan lagu. Aku pun diri jugaklah:





Sebenarnya aku tak berapa faham kenapa aku datang ke perhimpunan ni. Setakat menyaksikan je ke perasmian LIMS ni. Takde pulak dia cakap nama company yang membina sistem tu. Musykil..Lepas habis perasmian tu, aku terus dapat kol daripada pegawai eksekutif PHB yang in charge untuk projek VRMS ajak jumpa kat bilik dia. Aku pun memang takde apa-apa dalam jadual pagi tu, aku setuju jerlah. Tapi sebelum tu aku ada 2 tugasan kena buat. 1st aku kena tolong ambilkan jubah Ajak, mujur jugak aku kol kawan sekelas aku yang terjumpa aku dalam meeting hari tu, dia tolong tunjukkan aku tempat kat mana nak ambil jubah sambil-sambil bersembang sebab dah lama tak jumpa. Ke-2, jumpa pegawai tadbir kat CICT mintak sain untuk permohonan pinjaman syarikat.

Jubah Ajak: Saiz paling besar punya

Habis semua urusan tu, barulah aku ke Unit Kenderaan PHB untuk meeting. Waktu tu belum pukul 11am lagi.

Pejabat PHB: Unit Kenderaan
Tengah-tengah meeting untuk sistem VRMS, tiba-tiba dapat satu SMS. Ada meeting pulak untuk sistem LIMS. Aku macam, biar betul diorang ni, last minit tiba-tiba jer nak jumpa buat meeting bagai. Aku duk plan tengahari tu nak gerak balik KL, dah kena tangguhkan pulak. Tapi tengahari tu sempat la aku maakn tengahari dengan geng kelas aku (sorang Doktor fakulti Sains yang aku jumpa tadi waktu ambik jubah, sorang Eksekutif Pengambilan pelajar kat UTM SPACE). Macam mini reunion la pulak.

Pejabat Timbalan Naib Chancellor: Pejabat UPMU kat dalam ni

Ruang menunggu Pejabat Timbalan Naib Chancellor

Meeting bermula dekat jam 3pm. Aku tak expect pun meeting tu rupanya nak highlight benda-benda yang nak kena ubah dalam sistem LIMS tu. Aku tak berapa tahu sangat teknikal programming semua, jadinya aku ambik nota jer la apa yang diorang dah utarakan dan pertahankan apa yang telah dibina mewakili syarikat. Agak stress jugaklah sebab aku tak terlibat daripada awal dalam projek LIMS ni dan banyak benda aku tak tahu, tahu-tahu jer terpaksa mengambil alih tugasan daripada orang lain yang dah hampir setahun berkecimpung. At least VRMS aku memang terlibat secara langsung dalam proses perbincangan dan pembinaan sistem. Meeting habis lebih kurang 4.30pm. 

Akibat daripada stress selepas meeting tadi tu, aku buat keputusan untuk lepak satu malam lagi memandangkan aku dah tak larat nak drive balik KL petang tu. Enjoy dulu satu malam kat Hotel Rose Cottage. Esok paginya terus check out dan makan makanan kegemaran aku dan isteri di Restoran Ubi Kayu, Roti Jala!! Memang roti jala terbaik dengan kari ayam dia..perghh!! Hilang semua stress..haha!!


Roti Jala di Restoran Ubi Kayu, Taman U, Skudai JB

Bertolak pagi daripada JB, aku tiba di ofis jam 2.30pm. Sempat lagi aku buat keje sikit kat ofis sementara isteri aku tunggu dalam kereta. Asalnya diorang kat ofis tak kasi balik lagi, tapi aku dah letih drive semua aku buat selambe jer balik. Giler berani mati kan..haha..

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...