Rabu, 14 Mac 2012

Balik KL Naik Lori Tunda

Macam-macam hal berlaku, dah la malam sebelum tu hotel kena rush, esoknya nak balik KL, kereta pulak breakdown. Nasib baiklah kereta syarikat, kalau kereta sendiri, rabak habis dompet. Biar aku tunjuk sikit gambar kereta syarikat ni besar mana:

Kia Sorento
Abaikan 2 orang mamat yang berposing kat belakang tu. Sebenarnya malam sebelum tu waktu aku nak balik hotel, aku dah rasa dah kereta tu macam ada problem. Aku tekan pedal minyak, takde respon apa-apa. Dah lama lepas tu baru rasa minyak masuk baru rasa ada pick-up. Sekejap jer benda ni berlaku lepas tu dah okay. Esok paginya pergi meeting macam biasa, tengah hari tu dah boleh balik. So dengan pantasnya kitorang bergerak balik lepas makan tengahari.

Kat highway PLUS baru jer nak lepas persimpangan Machap, tiba-tiba kereta loss power. Kura-kura pun boleh kalahkan kereta Sorento ni. Kitorang pun lepak jap kat tepi rumput tepi highway sambil membuat panggilan ke ibu pejabat. Ibu pejabat kata, lepak dulu, pertolongan akan tiba. Tapi ibu pejabat kat KL sana, nak sampai pun amik masa kurang-kurang 4 jam. So kitorang pun keluarlah daripada highway tu dengan power enjin kereta yang ada pastu park kat sebelah tandas kat Plaza Tol Machap.

Kat plaza tol tu, kol bantuan duk masih lagi berterusan. Akhirnya bos buat keputusan untuk tarik kereta balik KL daripada mencuba nasib repair kat bengkel sekitar Machap ni. Kebetulan pulak waktu tu hujan, enjin kereta pulak jadi gila running kat RPM merah so tak boleh la nak lepak dalam air-cond. Terpaksalah lepak kat surau plaza tol tu dah kedai makan apa pun takde. So kitorang pun tunggulah trak tunda.

Ada pulak drama disebalik nak kol trak tunda ni. Bos dah gerak dari KL nak rescue kitorang, half way sampai kat Ayer Keroh Melaka, orang trak tunda kol bos kata tak payah sebab jarak diorang lagi dekat, sejam je dari JB. Bos pun patah balik KL. Kitorang pun tunggu. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Daripada pukul 4 petang sampai jam 7.40pm dah gelap dah baru trak tu sampai. Dah la memula kol tauke kedai tu nama dia Appu, dia sub kat cina mana ntah, cina tu sub lagi kat dia punya pekerja pastuh sub lagi kat dia punya driver. Punya la banyak sub, tu yang lambat tu. Kitorang memang time tu dah lapar giler.

Lori tunda baru nak sampai
Kereta tengah bawak naik atas lori
Angle lain sikit tengok camner Sorento MPV ni kena angkut naik atas lori
Kereta Sorento dah settle ikat, dah ready nak berlepas
Meh aku tunjuk video sikit kat bawah ni:


Laju jugak lori tunda tu bawak. Dah ler dengan hujannya semua. Driver lori tu memang stamina tinggi betul, tak berhenti langsung daripada Machap ke KL. Akhirnya selamat jugaklah sampai kat Serdang hantar kereta tu terus depan Kia punya workshop.
Naza Kia Motors Seri Kembangan
Kia Sorento diturunkan daripada trak tunda
Kematu buntut aku duduk atas lori tu, langsung tak boleh nak tido aku time tu. Mujur bos datang amik kitorang kat depan bengkel kereta tu, belanja makan semua. Aku sampai rumah malam tu pukul 1 pagi hari tu.

Memang penat siuttt!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...