Isnin, 26 Disember 2011

Servis Kereta Wira Aku Yang Ke-3 Tahun ni

Beberapa bulan yang lepas, hampir 2 bulan kereta aku berehat di rumah sebab kebetulan aku dan isteri pergi kerja sekali. Tapi tu semua sementara jer sebab akhirnya isteri aku dapat kerja di sebuah agensi kerajaan terletak di tengah-tengah bandaraya KL yang ada hutan-hutan sikit. Kira okaylah tu kan? So, aku kini kembali menggunakan kereta Proton Wira aku. Memandangkan sehari aku bergerak hampir 100km, makin cepat la kereta ni kena servis minyak hitam.

Baru-baru ni, ada dengar pulak bunyi pelik macam bearing dah rosak. Dia macam ada bunyi besi bergesel sikit di kipas radiator. Hari tu dah water pump kereta Proton Wira aku bunyi macam tu, kali ni radiator pulak? Aiyooo.... Aku pun hantar la kereta ke bengkel kegemaran aku yang terletak tak jauh daripada rumah aku:

Kereta aku masuk bengkel lagi da..
Mekanik kat bengkel tu pun periksalah kereta aku, dia check-check pastu cakap aku punya radiator motor dah nak rosak. Aku sebelum ni dah ada pengalaman dengan kipas radiator ni, dah 3 biji kereta aku sebelum ni alami overheat ni. Jadinya aku tak nak ambik risiko lagi bila sampai bab-bab cooling system kereta ni. Susah woo kalau kereta terpaksa bersidai di tepi jalan bila kereta overheat ni, lagi-lagi la kalau kat tengah-tengah jalan jem, macam-macam dugaan akan muncul daripada tonto sampai la ke maki hamun orang. Aku tak sanggup nak hadapi semua tu lagi jadinya baik la aku habiskan sedikit duit baiki benda yang dah ada tanda-tanda nak rosak daripada rosak tengah jalan yang lagi banyak duit aku yang akan terkorban.

Mekanik bengkel menyiasat kerosakan
Bila dah bukak hos radiator, coolant pun terpaksa dikeluarkan sikit. Kena la isi coolant lain. Baru jer aku ganti coolant waktu tukar water pump, dah kena tukar lagi sekali. Tapi takperlah, demi kesejahteraan.

Rupa radiator fan bila dikeluarkan (Proton Wira 1.5l Engine Compartment)
Rupanya bila mekanik tu check-check lagi, ada pulak lagi benda lain yang dah rosak. Belt water pump aku terkena batu kecik pastu terbelah dua. Boleh nampak ada line terbelah tu kat belt tu. Kena tukar pulak.

Belt water pump yang terkena batu kecil dan terbelah
Bila kereta dah lama ni, macam-macam benda nak rosak. Macam orang la jugak kan? Bila dah makin tua, sakit sana-sini. Tak pun kalau sihat je memanjang, akan sampai satu masa bila sakit pulak memanjang. Itu la cabaran kehidupan.

Motor radiator fan gantian
Kalau nak beli alat ganti ni, tak boleh main beli jer kat kedai alat ganti tu. Kena tengok jugak spesifikasi dia. Kalau main beli pastuh tak boleh ngam nak masuk, dah nak kena pergi balik kedai alat ganti tu tukar, jadinya leceh la. Ada baiknya suruh jer bengkel tu yang tukarkan. Dulu aku rajin la beli alat ganti dulu pastuh bayar jer upah mekanik pasang. Tapi sejak aku pernah beli barang dulu pastu mekanik tu check, benda lain pulak yang rosak dan aku dah malas nak pergi tukar, aku dah lama tak amalkan amalan tu lagi dah. Kononnya nak jimatkan duit la sikit, tapi letih nak berkejar sana sini carik barang pastuh dengan duit minyak motor lagi (time tu ada guna motor, sekarang dah jual dah motor tu). Pengajarannya di sini, berjimat tu boleh tapi bergantung kepada keadaan.

Rupa radiator fan kena cabut
Hampir 2 jam jugak la aku melepak kat bengkel ni menengok semua kerja-kerja repair. Akhirnya, kereta aku dah siap:

Radiator fan motor aku yang baru
Tengok, bersinar jer motor radiator fan aku yang baru. Nak bawak keluar kereta daripada bengkel, kena lah bayar dulu kos repair. Berdebar rasanya bila kerani dalam ofis tu tengah tekan kalkulator nak keluarkan bil:

No. Item Harga (RM)
1  Engine Oil (NASA VR 12)  55.00
2  Oil Filter Bosch  12.00
3  Coolant (Proton Genuine)  28.00
4  Spark Plug (Proton Genuine)  25.00
5  Water Pump Belt  25.00
6  Labour Charges  10.00
7  Fan Motor & Labour Charges  180.00

 Jumlah  335.00

Aduh..RM300 lebih kau!

Kalau pukul rata untuk cover last servis sepanjang 5 bulan lepas, dalam RM67 sebulan kira okaylah tu. Tapi dalam kegawatan ekonomi syarikat tempat aku kerja dengan projek yang baru nak nak masuk dan gaji pun dicatu, sakit jugak la poket aku ni. Tapi itulah kegunaan kad plastik keluaran bank. Mujur jugaklah aku ni dalam kategori boleh kawal perbelanjaan aku sekarang ni, kalau tak mesti dah maksimum aku kerjakan kad plastik tu.

Okaylah, kena sambung buat kerja nak bayar hutang-hutang tertunggak..adehh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...