Rabu, 21 Disember 2011

Pengalaman Mengendalikan Program Latihan IT di UTM Skudai JB

Kali terakhir aku ke JB adalah pada bulan Mac lepas. Waktu tu sebab nak hantar tender dokumen. Syarikat tempat aku bekerja ada dapat 2 projek baru tahun ni di UTM, projek ni di bawah seliaan department tempat aku bekerja. Tahun ni merupakan saat sukar jugaklah, banyak halangan dan rintangan terpaksa dilalui oleh semua staf tempat aku bekerja. Namun demikian, kerja tetap kena buat jugak lah walau susah macam mana pun. Itu adalah lumrah kehidupan.

Untuk projek di UTM ni, aku memang tak pernah pernah terlibat pun. Kalau tak disebabkan oleh kekurangan staf di ofis, aku memang takdenya nak turun UTM ni. Tapi apa pun, ianya satu pengalaman yang baru dan sudah semestinya aku sebagai seorang 'Jay' mesti melihat, menimba dan mencuba sesuatu yang belum pernah aku alami sebelum ni. Macam biasa, aku kalau blog takde gambar memang tak syiok nak berblogging ni. Mari kita tengok gambar-gambar yang aku sempat snap:

Aku ber'camwhore' di depan CICT UTM
Aku rasa kat CICT ni tempat yang paling student UTM suka, terutamanya pelajar asing. Aku perasan kat UTM ni, makin ramai pulak pelajar dari Arab, Negro dan orang-orang asing ni. Jarang pulak aku nampak student melayu duk lepak sini. Oh yer, kenapa diorang lepak kat CICT ni? Sebab ada WiFi free untuk student. Aku bukan student jadi internet aku takleh nak akses guna WiFi.

Master programmer (Iwan) aku tengah khusyuk buat kerja di bilik operasi
Kat sini la tempat aku lepak dengan teman sekerja sepanjang aku berada di UTM. Bilik ni memang khas untuk kitorang yang buat sistem untuk kegunaan staf UTM ni. Amik kabel LAN satu, cucuk kat laptop, dapat la akses ke internet. Malangnya, internet di dalam CICT tu kalau waktu pejabat memang terasa dia punya speed sangat lambat. Biasalah tu, internet sharing. Lagi ramai orang guna, lagi sikit la bandwitdh kita dapat. Tapi kalau lepas pukul 5pm, laju jer internet.

Satay Pak Lah
Aku kiranya first time la sampai kat Taman U JB ni, jadinya diorang pun bawak la aku makan kat satu kedai makan ni. Cuba la satay Pak Lah ni, tengok ni:

Satay Pak Lah
Kebetulan pulak, hari pertama tiba di UTM JB ni merupakan hari lahir salah seorang daripada member yang ikut sama ke UTM JB. Jadinya kena lah makan special sikit. Memang sedap satay ni, isinya lembut dan manis jer. Kalau nak compare dengan satay Kajang Haji Samuri, memang saiz dia jauh lebih kecik tapi bagi aku kira okaylah. Jumlah bayaran untuk satay ni jer, RM16.

Aku dan besday girl Dayah
Habis makan, hantar besday girl balik hotel dia. Aku dan Iwan balik la ke rumah sewa bujang. Katanya rumah ni dah lama orang tak duduk, ada la bebudak department lain yang selalu ke JB menginap kat situ tapi dah lama la tak datang. Masuk-masuk dalam rumah tu, bau semacam jer. Pastuh tengok kat depan bilik air, penuh dengan ketulan-ketulan hitam. Iyeekkkkkk..tahi tikus..Aku try bukak air kat tandas, tak keluar pulak. Dah try bukak main pipe kat depan rumah, air kat singki dapur jer keluar. Satu tempat jer air keluar iaitu di shower bilik air master bedroom. Jam time tu dekat pukul 11pm dah, rimas aku tengok tahi tikus bersepah tu. Malam tu jugak aku bersihkan sikit-sikit. Dah la ada 2 bilik air, aku cuci 1 bilik air jer kat master bedroom sebab aku nak mandi. Tak sanggup aku mandi dalam bilik air yang kotor. Master programmer aku duk sibuk buat programming dia. Jadinya aku setel kan semua tu, pastuh tido. Aku dah siap bawak cadar, sarung bantal dengan toto aku sendiri lagi:

Katil tempat tidur aku..layan citer Dexter Season 6 dulu sebelum tido
Keesokan harinya, bermulalah sesi UAT.

Besday girl membuat pembentangan sistem
Tempat training ni terletak di satu tempat yang digelar 'pulau'. Memang jauh ke belakang UTM punya kampus baru la sampai tempat ni. Line telefon Maxis aku pun kejap ada kejap takde. Internet guna telefon aku lagi la tak dapat, ada GPRS jer, nak akses FB pun tak lepas. Nasib baik network LAN berfungsi so sempat la jugak berinternet sambil2 tu.

Kakitangan UTM yang hadir ke sesi UAT
Ada dekat 30 orang yang hadir dalam sesi UAT ni. Daripada apa yang aku difahamkan, sesi UAT ni sepatutnya dah peringkat terakhir dalam pembinaan sistem dan diuji oleh penggunanya. Malangnya, sesi UAT ni dah bertukar menjadi sesi perbincangan pulak. Apa boleh buat, inilah antara cabaran-cabaran membuat sistem aplikasi untuk kegunaan universiti.

Master programmer aku gigih melihat coding PHP..Ada macam cerita The Matrix tak?
UAT ni separuh hari jer, lagi separuh hari habiskan masa di bilik operasi. Memandangkan esoknya ada sesi latihan pulak yang katanya akan dihadiri lebih kurang 150 orang, kitorang bersiap sedia la buat kerja sampai ke malam. Sempat jugaklah aku tengok Tentang Dhia kat lobi CICT tu walaupun takde suara:

Tengok cerita 'Tentang Dhia' di CICT UTM
Keesokan harinya, sesi latihan bermula jam 10am lebih setelah pagi dihabiskan dengan menunggu kedatangan semua staf yang dijemput. Ada pulak lagi masalah teknikal semua, antaranya adalah login ID staf takde lagi dalam sistem.

Salah satu pandangan daripada bilik latihan CICT Tingkat 3
Salah satu pandangan daripada bilik latihan CICT Tingkat 3
Salah satu pandangan daripada bilik latihan CICT Tingkat 3
Salah satu pandangan daripada bilik latihan CICT Tingkat 3
Ada satu masalah utama yang berlaku, server development yang tengah buat training tu boleh 'hang'. Nasib baiklah master programmer aku dengan staf CICT boleh tolong akses server restart balik semua baru jalan. Heran jugak kenapa boleh jadi macam tu, sedangkan nak kata ramai, takde la seramai satu universiti nak pakai sistem tu.

Terima kasih kepada staf CICT dan staf jabatan makmal kerana membantu kami mengawal jumlah staf yang agak ramai ni. Sememangnya satu pengalaman yang kami sendiri jarang hadapi. Sesi latihan diakhiri dengan makan dan minum petang:

Lobi CICT Tingkat 3
Pada aku, boleh tahan la roti jala dengan kari ayam dan nescafe hari tu. Ada lagi baki berapa keping roti jala. Kesian kat besday girl la sebab terpaksa naik turun bilik training sebab ada 2 training berjalan serentak waktu tu. Makan malam tu memang special sikit, tengok ni:

Nan Cheese Ayam Tandoori - Kedai Jalal
Walaupun servis kat Kedai Jalal ni agak lambat, tapi memang nan cheese dia best. Lembut dan kenyal. Ish, terasa  lapar la pulak bila tengok gambar nan cheese kat atas ni. Dah la, aku nak sambung buat kerja lain ni. Aku dah dijadualkan untuk ke UTM JB lagi ni pada 29/12 minggu depan untuk projek yang lagi satu. Yang aku nak pergi ni, aku akan jadi 'kapla' sebab dah aku ganti tempat orang yang dah resign sebelum ni. Doakan yang terbaik untuk aku, wokey?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...