Selasa, 27 September 2011

Jalan-jalan Raya 2011 di Penang

Sejak Syawal muncul, memang malas pulak aku nak update blog ni. Asyik ada open house sana-sini. Apa pun, aku update jugaklah blog ni. Tahun ni aku beraya kat Ipoh, kat rumah mertua aku. Sama macam tahun lepas jugak, aku mesti akan balik kampung mak aku di Kedah. On the way ke sana, mesti akan lalu Pulau Pinang. Dah alang-alang sampai sana, mesti la nak singgah dulu jalan-jalan tengok pemandangan. 2 tahun aku duduk kat Penang dulu sekolah. Okaylah, citer banyak pun tara gua, mari tengok gambar-gambar:

Ecotel Hotel
Mulanya aku ingat tak nak duduk hotel, nak gerak dari pagi la konon. Pastu pikir balik, mana mau nyer nak keluar pagi-pagi, mesti tersangkut dulu nak sarapan lah, nak bersiaplah semua. Kalau bujang takper, dah kahwin ni memang ada jer delay nyer. So pada hari raya ke-2, aku pun book la hotel kat Butterworth ni.

Bilik katil queen saiz di Ecotel Butterworth
Boleh nampak bangunan Komtar daripada tingkap belakang hotel
Macam last year, aku dah siap booking kat Tune Hotel kat Georgetown, murah time tu sebab book awal 3 minggu, dapatlah RM70 satu malam. Tapi tahun ni last minit punya keputusan, terpaksa carik tempat lain. Kalau tak aku nak book kat island sana, tapi semua cam susah nak parking pastuh mahal. Kat Butterworth ni, parking pun kosong, hotel pun okay, ada TV, Aircond semua, sarapan ada kupon RM5, pastuh boleh check out pukul 12pm. Tune Hotel, TV takde, aircond takde, kena check out pukul 10am, sarapan pun takde harap katil jer la yang best. Harga kat Ecotel, RM98 satu malam.

Ecotel ni dekat jer dengan stesen feri, so beraturlah sekejap untuk naik feri:

Kereta beratur nak naik feri
Giler sesak..
Viva La George Town
Dah kat atas feri Penang
Pemandangan dari atas feri
Kereta yang chomel kepunyaan biniku
Kereta-kereta di atas feri
Posing dalam kereta
GPS Garmin aku yang display dah pudar
Serius aku cakap, kalau takde GPS ni, memang aku boleh sesat kat jalan Penang ni. Tak kisahlah GPS ni dah lama tak update, janji boleh guna.

Sampai sudey..
Memandangkan aku drive, jadinya aku tak sempat lah nak amik-amik gambar-gambar sekeliling Georgetown. Sampai pulak dah tengah hari, jadinya memang lapar giler. Terus menuju ke Sunshine Square nak cari Nazir Cafeteria nak try Nasi Ayam yang katanya sedap. Malangnya kedai pulak tutup sempena raya. Makanya, teruslah ke Kompleks Bukit Jambul. Terserempak dengan kedai nasi ayam Restoran Nasi Ayam Misai. Hentam jer lah, lapar giler time tu:

Restoran Nasi Ayam Misai
Menu Restoran Nasi Ayam Misai
Boleh tahan jugak la nasi ayam misai ni. Janji kenyang jer la, banyak tempat nak pergi tengok lagi ni. Habis jer makan, terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Balik Pulau, tempat di mana aku bersekolah selama 2 tahun pada tahun 1997 dan 1998.

JayHemSem di depan MRSM Balik Pulau
Setelah 11 tahun meninggalkan zaman persekolahan, akhirnya aku kembali jua ke MRSM Balik Pulau ni. Memang dah banyak berubahlah tempat ni. Aku tak sempat nak masuk ke dalam sebab nak kejar masa untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kedah. Tapi sebelum tu, singgah dulu ke satu tempat yang ramai orang duk kata laksanya sedap:

Laksa Janggus
Tutup la pulak Laksa Janggus ni
Malangnya sempena hari raya, diorang pun tutup jugak. Kempunan la isteri aku yang merupakan peminat laksa nombor satu untuk merasai laksa yang dikatakan 'da best' ni. 
Pekan Kongsi Balik Pulau
Untuk ke Balik Pulau ni, ada 2 jalan yang aku biasa guna, pertamanya jalan Teluk Kumbar dan keduanya Jalan Paya Terubung. Jalan pertama bengkang bengkok. Jalan kedua pulak lurus tapi curam. Dua-dua aku lalu.

Meneruskan perjalanan, baru perasan rupanya satu tayar belakang kereta dah kempis la pulak. Pergi la isi angin kat stesen minyak pastuh carik kedai tayar. Rupa-rupanya:

Tayar Perodua Viva koyak
Bawak turun check tayar tengok, rupanya tayar dah terkoyak la pulak. Tak tahu apa sebabnya. Mujur jugak tak pancit terus kat mana-mana dan mujur jugak ada kedai tayar yang bukak time-time raya hari tu. Tukar la sebiji tayar 2nd hand pada harga RM50. Itu jer la cenderahati yang berjaya dibeli sepanjang trip ke Penang hari tu. Tak best betul kan? Kalau ada rezeki lagi tahun depan aku nak pergi area Batu Ferenggi pulak lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...