Rabu, 24 Ogos 2011

Kereta Aku Masuk Workshop Lagi

Baru je bulan lepas aku servis kereta, sekali bulan ni kena masuk workshop lagi sekali pulak. Sejak 2-3 minggu lepas, bunyi enjin kereta aku jadi macam kasar tau. Macam besi tak cukup minyak. Kalau selalunya aku bawak kereta, dalam kereta senyap jer, tapi dah makin bising pulak. Bila keluar daripada kereta, lagilah kuat bunyi tu. Aku ada jugaklah try tengok-tengok kat enjin, tapi tak nampak apa-apa pun.

Tapi sepanjang 2 minggu aku bawak kereta, takde masalah apa-apa. Jadinya aku pada mulanya ingat nak tunggu sampai bulan depanlah sampai tiba waktu nak servis minyak hitam yang seterusnya. Aku dah siap beli WD40 lagi kasi spray kat tempat pulley yg bersambung dengan alternator dengan compressor aircond semua tu. Sama jugak bunyinya. Akhirnya pada 13/8 lepas bersamaan dengan hari Sabtu, aku hantar jugak la kereta aku ke bengkel dekat dengan rumah aku yang aku dah biasa pergi mintak diorang diagnose apa sebab bunyi teruk sangat.

Mekanik aka Tauke kedai menganalisa kereta Proton Wira aku
Kebetulan pulak, mekanik yang juga merangkumi tauke kedai bengkel kereta ni ada. Dia pun kasi tengok, dia ambiknya satu screwdriver besar dan panjang tu dia letak kat area dalam enjin pastu dia letak kat telinga dia. Pastu dia kata, "U punya waterpump sudah rosaklah". Aku bila dengar water pump, aku terkejutlah. Terkejut pertama, "Nasib baiklah tak rosak water pump tu time aku rempuh jem balik kerja. Kalau tak naya jer tersadai dalam jem tu kena sumpah seranah dengan panas semua.". Terkejut kedua pulak "Aduhhhhhhhh!!!! Rabak la dompet aku!!!".

Aku tanya la kat tokey kedai, agak-agak berapa budget repair ni. Dia kata, lebih kurang dalam RM200 la. Aku pun kata proceed jer la. Dia kata kereta kena tinggal kat bengkel, boleh siap dalam lebih kurang 4 jam. Time aku hantar tu dah dekat pukul 2pm. Jadinya sebelum 6pm aku kena datang balik bengkel tu la. So, aku pun jalan kaki balik rumah (lebih kurang 2km jauhnya di bulan puasa).

Petang tu, aku mintak tolong kat bini aku hantar ke bengkel tu untuk ambik kereta. Tauke bengkel tu tengah test drive kereta kejap. So, aku pun tunggu sekejap. Bila time nak bayar, tauke tu tanya aku apasal aku tak angkat fon. Aku tengok fon aku, ada miskol rupanya. Aku lupa nak tengok. Dia kata aku punya 'Timing Belt' dah kena tukar sebab dah ada crack sikit so dia dah tukarkan. Aku dalam hati "Hah? Ada lagi benda kena tukar...Aduhh......". Bil pun muncul:

Bil bayaran repair kereta
 Hamik kau!! RM408!!

Budget asalnya aku duk ingat RM200 lebih jer, tapi ni dah jadi double.Terpaksalah aku mengeluarkan kad kredit aku yang semakin hari semakin berkurangan kreditnya. Ni detail repair:


Water Pump RM180.00
Timing Belt set    RM200.00
Coolant              RM  28.00
Total               RM408.00


Nasib baiklah aku ni kira pelanggan setia kat bengkel ni. Aku dah kenal tauke kedai ni sejak aku guna kereta Daihatsu Charade Aura 10 tahun lepas. Jadinya dia dah absorb la upah pasang semua dalam bil aku.

Rupanya teruk jugak guna kereta terpakai ni. Lagi-lagilah kalau kereta tu usia dia lebih daripada 10 tahun. Apa boleh buat, kena kerja keras lagilah untuk mempertingkatkan lagi pendapatan.

Mareee.....

6 ulasan:

  1. water pump smpai rm180??? mcm mhl sgt2 jer coz aku beli dlu rm48 jer brand GMB.
    nk tkr water pump kene bkk timing belt jd alng2 kene bkk tu aku beli set timing belt suku2 (belt mitsubishi 100k, bearing SKF, oil seal) n semua 3urat belting baru, kos brg smua 1x yg aku tls ni hbs rm214.00 .. upah tkr water pump pomen x ambik coz dia kira upah tkr timing belt jer rm60..
    total semua aku habis x sampai pun rm300

    BalasPadam
  2. pakai motor je jimat..

    BalasPadam
  3. kedai cina ke melayu ke walau kita dah jd pelanggan tetap dia, sembelih tetap sembelih , tak banyak skit2 pun ade... , satu taktik lagi, tokei yg dh kita kenal ni akan blah dulu tak nampk muka kt kedai, dia biarkan budak dia teruskan kerja... , bil dh bgtau siap2.. tokei tanak layan kot2 kita mintak kurangkan harga....

    BalasPadam
  4. bro water pump sampai rm180 tu mmg confirm kelentong. harga waterpump saja dalam rm55-60 tapi kalau masuk upah tukar biasanya dekat rm200 sebab proses nak bukak tu melibatkan bukak timing belt sekali. mcm saya haritu tukar waterpump total brader tempat saya ambik rm150 mcm tu seingat saya

    BalasPadam
  5. waterpump rm55-60 je. masuk upah semua total cost selalunya tak lebih rm200. saya haritu tukar waterpump kena charge rm160 tak silap. harga termasuk waterpump, coolant & upah. next time kena hati-hati. kalau nak dpt info banyak pasal wira boleh layan blog jeff tacra, google je nama tu

    BalasPadam
  6. Baik jalan kaki je...tak perlu isi minyak

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...