Akhirnya Rumah Aku Dah Ada UniFi

Pada 15/2/2011 iaitu pada hari cuti, dengan tidak semena-mena muncul 2 orang ejen UniFi datang ke rumah aku. Sorang tomboy, sorang laki, daripada cawangan sebelah Cheras sana tu. Waktu tu petang, pastuh nak hujan pulak tu, aku pun cakaplah "Mana ada UniFi lagi kat taman rumah saya ni, saya baru jer check coverage kat page UniFi", pastuh dia kata dah ada, dia kata orang belakang rumah aku dah pasang sebulan dah, diorang pun offer la kata ni free takde kena bayar dia punya pemasangan semua. Aku pun last2 isi jugak la borang tu dan dia kata nanti TM akan kol aku untuk buat appointment pemasangan.

2 bulan berlalu (April 2011), masih tiada sebarang kol. Aku try kol minah tu balik, dia kata nanti dia check balik. Pastuh senyap, takde cerita apa. 2 bulan kemudian (Jun 2011), aku dapat satu e-mail mengatakan akaun UniFi aku dah activate. Sekali tengok tarikh pemasangan 19/7/2011. Aku pun okaylah..tu pun setelah aku check coverage seminggu yg lepas kata kawasan rumah aku ada liputan UniFi. Sabtu 18/6/2011, aku dapat panggilan daripada ejen pemasangan UniFi kata tarikh pemasangan UniFi aku diawalkan. Aku pun tanya la, Sabtu boleh? Dia kata boleh. So set la date 25/6/2011. Bila tiba hari pemasangan, aku dah siap tunggu dengan penuh semangat ni, tak muncul2 pulak orang nak pasang UniFi. Aku frust..aku kol balik orang yg kol aku, tapi tak dapat. Aku pun hantar la e-mail komplen kat UniFi.

Salam,

Pada 18 Jun 2011, seorang ejen pemasangan Unifi telah menghubungi saya. No. telefon tertera pada telefon bimbit saya adalah +6032246500. Beliau telah memberitahu saya yang tarikh pemasangan Unifi saya telah dipercepatkan daripada tarikh yang sebenar iaitu pada 19/7 kepada 21/6.

Namun demikian saya telah meminta untuk ditukarkan kepada 25/6 pada pukul 2.30pm dan telah diconfirmkan. Kata beliau, seorang ejen akan menelefon saya kembali sehari sebelum tarikh pemasangan, tetapi tiada siapa menelefon saya pada 24/6. Saya kemudian menunggu pada hari tarikh pemasangan yang dicadangkan (25/6) namun tiada siapa muncul. Saya cuba menelefon kembali nombor +6032246500 tapi nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan.

Berikut adalah maklumat asal yang diemailkan kepada saya:
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Appointment :

House Installation Appointment 19/07/2011 09:30 AM - 19/07/2011 02:30 PM

Service Address:

House/Unit/Lot : xx
Floor Number : -
Building Name :
Street Type : JALAN
Street Name : xxxx
Postcode : xxxxx
Section : xxxxxxx
City : KUALA LUMPUR
State : WILAYAH PERSEKUTUAN
Your Information:

Name : Jayhemsem
Primary ID Type : New NRIC
Primary ID Number : xxxxxx-xx-xxxx
Phone Number : xxxxxxxxxx
Email : xxxxxxxxxxxxxxxx
Contact Method : Mobile
Billing Information:

House/Unit/Lot : xx
Floor Number : -
Building Name :
Street Type : xxxxx
Street Name : xxxxx
Postcode : xxxxxx
Section : xxxxxxxxx
City : KUALA LUMPUR
State : WILAYAH PERSEKUTUAN
Partner Info:

PartnerLevel3 Outlet Code: A520 PartnerLevel3 Agent Code: A520B1
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa sebenarnya yang telah berlaku dan bagaimana perkara ini harus diselesaikan?

Esoknya aku dapat reply:

Kepada En. JayHemSem,

Terima kasih kerana menghubungi TM UniFi.

Merujuk kepada e-mel anda bertarikh 27hb Jun 2011 berkenaan permasalahan pemasangan UniFi anda, kami telah memaklumkan kepada pihak berkenaan untuk bantuan selanjutnya. Diharap anda dapat bersabar sehingga masalah ini dapat diselesaikan.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di unifi@tm.com.my .

Kami amat menghargai maklumbalas anda dan akan terus berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kami.


Yang benar,

Redza Roslan
UniFi Email Team
TM UniFi Centre
(Sales) : 1 300 88 1222 Mon-Fri (9am – 9pm) , Sat (10am-6pm)
(Customer Support) : 1 300 88 1221 (24x7)

Kira bagus jugak la diorang ni, aku mulanya ingat kalau guna e-mail ni mesti takde respon. Paling tak pun e-mail aku dikategorikan spam. Rupa-rupanya ada jugak la respon.

2 hari kemudian, dapat la kol untuk set lagi sekali appointment. Appointment pun dibuat pada 2/7/2011. Hari yang ditunggu tiba, dapat kol daripada kontraktor pemasangan UniFi. Diorang datang dengan 2 van tu. Satu van ada 3 orang, satu lagi van ada 2 orang. Rupanya diorang ni kontraktor lain-lain. Satu kontraktor cabling kat luar, satu lagi kat dalam. Rasa macam ramai la pulak orang yg terlibat dalam pemasangan UniFi ni. Meh kita tengok apa diorang buat.

Kontraktor UniFi bawak kabel fiber optik ke tiang yg ada kotak UniFi

Daripada 5 orang kontraktor UniFi yang datang, yang bersungguh-sungguh buat kerja, mamat baju kelabu ni je aku tengok. Daripada kol aku nak carik rumah, drive van sampai la communicate dengan customer iaitu aku, mamat ni sorang jer. Bebudak yang lain semua duk lepak belakang mamat ni.

Tebuk lubang kat dinding
Tebuk lubang kat dinding dapur pulak
Tarik kabel fiber optik
Tampal lubang pecah kat bahagian dapur
Bila dah tebuk kat bahagian depan, yang belakang mesti pecah punya. Jadinya nampak cacat sikit la. Diorang ni pun kasi la tampal guna plaster nak kasi tak nampak. Tapi kalau tengok dekat-dekat nampak jugak.

Kabel fiber optik
Tarik kabel masuk lubang yang dah drill
Hasil lubang drill yang pecah kat bahagian dapur
Equipment untuk pasang UniFi
Testing dan configure UniFi
Nampak tak drill tu? Dia punya mata drill tu punya la panjang. Tapi sepatutnya diorang kena guna yang lagi tajam. Aku tengok tumpul diorang punya ni, tu yang pecah besar kat dapur rumah aku. Total drilling,  pemasangan, tarik kabel semua 5 orang punya kerja, setengah jam jer dah siap. Mak aku hidangkan la air oren sunquick ais kat diorang, habis diorang hemtam. Tapi kira okaylah daripada diorang mintak upah pulak walhal free jer sepatutnya. Tengok diorang pun okay jer semua.

Habis jer diorang pasang, aku pun pergi inspect balik la apa yang diorang buat.

Ni tiang telefon sekali dengan tiang UniFi kat belakang rumah aku
Ni kotak penyambung UniFi luar rumah belakang rumah
Equipment UniFi yang dah siap pasang
Aku ni jenis yang gatal tangan sikit, aku pergi godek-godek pulak ruangan Admin router tu. Memang dem betul, tak boleh tukar password rupanya router TM ni. Aku tak tahu la jenama apa router diorang ni kasi tapi dia tulis TM Research & Development punya. Pastuh satu masalah besar pulak muncul, laptop aku sorang jer takleh nak connect dengan WiFi yang dah pasang. 2 hari aku godek router tu nak kasi laptop aku boleh connect. Last-last aku give up, aku disablekan wireless punya function kat router ni pastuh aku pasang balik wireless router aku yang dulu connect dengan router TM ni. Baru la aku boleh online semula. Ntah apa hal ntah. Malas aku nak godek-godek lagi dah sebab 2 hari masa aku terbuang duk carik solution WiFi tu.

Satu lagi masalah UniFi ni, dia kasi nombor baru. Aku dah try tanya TM Point boleh ke nak transfer nombor lama ke akaun UniFi nombor baru? Diorang kata tak boleh sebab UniFi ni sistem lain, jadinya kena jugak guna nombor baru. So, lepas ni aku terpaksa la tamatkan nombor telefon rumah aku yang dah guna selama lebih 10 tahun tu. Ada lagi satu masalah, aku dah submit borang untuk cancelkan akaun TM Net Streamyx, sekali tu bil TM Net Streamyx datang lagi. Nak kena buat complaint ni kat TM Point bawak borang cancellation yang diorang dah terima hari tu. Macam mana diorang ni buat kerja ntah.Oh yer, aku baru jer dapat bil UniFi 16/7/2011 lepas, pakai tak sampai sebulan pun bil dah sampai. Pulak tu dia suruh bayar untuk bulan depan punya sekali. Syarikat besar-besar ni memang kalau bab cas memang dari sekecil-kecil cas pun dia kira sekali. Tengok la kat bawah ni, siap pro-rate dengan siap mention kontrak period lagi.


Item
Start Date
End Date
Gross (RM)
VIP5 (24 Months Contract) Monthly Fee
02/07/2011
15/07/2011 69.53
VIP5 (24 Months Contract) Monthly Fee
16/07/2011
15/08/2011 149.00
Total 218.53

Tu semua tadi tu masalah. Aku citer pasal benda best pulaklah. Selain daripada internet, ada HyppTV yang mana siaran TV memang clear punya. Tak payah pasang aerial lagi dah. Tapi rumah aku dah ada Astro la pulak. Tapi tak kisah lah, yang penting internetnya. Setakat yang aku guna, memang internet dia laju daripada TM Net Streamyx. Tapi aku tak sure la, sejak dua menjak ni macam slow pulak. Mungkin sebab TM tengah buat "UPGRADING OF TM INFRASTRUCTURE (IPCORE NETWORK UPGRADING ACTIVITY)" kut. Katanya sampai bulan 10. Tapi YouTube punya video memang laju. Tak payah tunggu buffering pun. Yang aku dengar buat masa ni quota punya enforcement belum start lagi jadinya boleh download sesuka hati berapa banyak Gig pun. Tapi setakat yang aku dah rekod, penggunaan aku sendiri pun lebih kurang 20GB jer sebulan, quota aku 60GB. Even kalau sharing dgn orang lain pun tak sampai kut 60GB. Lantaklah..janji internet lancar dan tak sangkut-sangkut, tu yang lebih penting.

Banyak pulak aku merepek. Okaylah, Nanti aku nak kena bayar bil UniFi pulak ni due date aku 15/8/2011 karang. Nak kena start berdagang online pulak la dah ada internet laju dah sekarang ni. Asyik duk melagha jer..haha..Adioss..

You Might Also Like

14 komen

  1. hi en.Jayhemsem ahaha siottt jer

    ReplyDelete
  2. rauter hitam tm ni cepat panas tgh guna tiba2 DC. aku dah mita tm tukar router dlink, kalau nak tukar password kena config semula, so skrg aku dah pakai dlink senang sikit. tak penah DC masa guna. pasal wireless tu kau kena tgk kat seting router guna 20/20 tu ape yg aku baca kat forum.

    ReplyDelete
  3. untung la da pakai unifi..masyukk

    ReplyDelete
  4. Of course..infact, I use another TV connected wirelessly to watch HyppTV in the kitchen..

    ReplyDelete
  5. dulu kite ada astro+streamyx, pastu unifi muncul, stop 2-2 tu amek unifi. ye la, haribiasa, takde sape kat rumah, mlm baru semua adik2+parents ada kt rumah. no telefon lama nak tamatkan riwayat rasa sayang, payah nak update kat sedara semua kalau pakai no baru.so bayar sewa sebulan rm15 untuk call masuk je. so, ada 2 no.telefon rumah skang.

    ReplyDelete
  6. tahniah bro sebab dah ada unifi

    aku pun baru pasang dengan aku sendiri...ahaha

    :)

    ReplyDelete
  7. Great info.. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. Untunglah.. saya ni berpuluh2 kali buat demand list, banyak kali ulang alik Tm point..masih lagi x dpt coverage Unifi. padahal umah KL kot. malang betol..dah give up rasenye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat demand list tu dpt x sekarang unifi? Ke masih xdpt?

      Delete
  9. Dah nak masuk 2018 dah. Kawasan rumah aku still tak dak coverage. fuck

    ReplyDelete
  10. kos pemasangan berapa ya technician cas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemasangan standard percuma. Kalau ada customized barulah ada cas contohnya perlukan kabel panjang, tarik kabel ke atas atau sebagainya.

      https://topupniaga.com/pendaftaran-unifi-home-dan-business/

      Delete