Ahad, 19 Jun 2011

Duchess Place? Kat Mana Tu?

Dah seminggu dah rupanya dah habis 2 minggu cuti sekolah. Waktu tu sememangnya dan semestinya banyak kenduri kahwin dirancang pada waktu itu. Aku tak terkecuali daripada mendapat undangan menghadiri majlis perkahwinan.

So pada 4hb June yang lalu, aku pun pergi la ke satu tempat ni nama dia Duchess Place terletak di Jalan Ampang. Mulanya tak tahu kat mana lokasi dia, pastuh tengok peta kat dalam kad undangan rupanya kat sebelah Bangunan Perkeso, ada construction site kat belakang tempat tu. Ada la Rela jaga tempat parking, kebetulan sampai dapat parking betul2 depan pintu masuk dewan tu. Dewan tu aku tengok dinding dia plastik jer pun. Tapi decoration dia memang nampak ekslusif ler. Oh yer, majlis ni diorang buat waktu malam, sekarang ni banyak pulak trend majlis perkahwinan buat waktu malam. Kalau orang jauh-jauh susah sikit la nak datang pastuh nak balik lagi.

Citer banyak pun tak guna, mari kita tengok gambar-gambar dan video:

Coklat Duchess Place
Sampai hari ni aku tak makan lagi coklat ni. Tengok la bila aku dah muak tengok karang aku makan la..haha

Jom tengok video pengantin sampai:


Pengantin ni kawan bini aku waktu dia belajar Masscom kat UiTM Shah Alam dulu.

Pengantin turun nak makan
Memang "De-Grandis" la majlis perkahwinan ni. Jarang aku dapat join majlis perkahwinan "De-Grandis" macam ni. Makan pun makan beradat bukannya buffet. Kalau lambat sampai tempat pun dah penuh, kena selit la mana-mana yang kosong, itu pun kalau ada.

Sempat lagi ber "camwhore"
Nampak tak kat belakang kitorang tu, ada live band. Dengar cerita diorang ni student IPTA tapi daripada Indonesia. Murah jer katanya pengantin ni bayar kat diorang, RM300 jer kut kalau tak silap. Mari kita dengar persembahan diorang sikit:


Tengok la budak kecik kat depan tu, memang best persembahan diorang ni. Live lagi tu..

Kawan-kawan bini aku tengah makan
Nad, Zul & Shida (Betul kut nama diorg ni)
Memandangkan pengantin ni kawan sekelas diorang dan diorang kamcing giler, dengan aku-aku sekali lepak dan tunggu sampai dah takde orang kat majlis tu sebab nak amik gambar. Tapi aku tak masuk sekali la, bini aku jer la naik atas pelamin tu posing sakan:
Geng Masscom (Advertising) UiTM Shah Alam batch ke berapa tak tahu..
Mungkin wedding ni akan keluar kat rancangan Nona TV3 sebab ada nampak wartawan TV3 pun datang siap interview pengantin lagi. Bila tu aku tak tahu lagilah. Yang pastinya kalau wedding kat tempat "Grandis" macam ni semestinya belasan ataupun puluhan ribu ongkosnya. Apa pun, makanan dia memang ler sodap...

Aku ada 2 wedding lagi aku attend tapi aku takde la nak tunjuk semua kat sini. Memang best hadiri wedding ni, tapi takkan ler datang makan free jer tangan kosong, so kena pikir ler sendiri untuk bawak hadiah atau pun  ang pow. Betul tak?

Ahad, 12 Jun 2011

Apabila Air Cond Kereta Rosak Di Hari Hujan

5 tahun lepas, waktu aku di awal-awal perkenalan dengan isteri aku yang tercinta, ketika itulah air-cond kereta Proton Iswara aku rosak. Waktu tu gaji aku kecik jer jadinya aku takde duit nak repair air-cond kereta tu. Memalukan betul dah ler bawa 'awek' (kini bini), tetiba air-cond kereta pulak rosak. Habis berpeluh satu badan dalam kereta, macam duduk dalam sauna. Mood pun time tu dah tak syiok dah nak berdating. Setahun lebih lamanya aku biarkan air-cond kereta Proton Iswara tu dalam keadaan rosak. Bawak kereta pun bukak tingkap jer, memang selalunya aku akan elak daripada driving waktu tengah hari.

Apa pun, korang pernah tak bawak kereta tengah nak balik kerja pada waktu hujan dengan air-cond yang rosak? Macam ni ler rupanya:

Tersangkut dlm jem di Jalan Istana berdekatan dgn KL Sentral
Satu lagi snap
Last snap lepas dah lap-lap wap air guna tisu
Macam ni ler nasib bila dah tersangkut dalam jem di tengah-tengah KL dalam hujan dengan air-cond kereta yang rosak. Tapi biarlah air-cond rosak, jangan kereta rosak tengah-tengah jem tu. Kalau kereta rosak, lagi parah..kena sumpah seranah..hati pun punah ranah..asyik rasa nak marah..poket pun koyak rabak..haha..

Tapi kereta ni dah ok dah air-cond dia, sejuk tak hingat ler pulak. Pasang kat minimum pun aku dah tak tahan sejuk. Bila dah panas, nak sejuk, dah sejuk, nak panas pulak..Macam-macam hidup di dunia ini kan? Okaylah, saja jer nak hapdate blog ni nak kasi lawan sama itu Aku Seorang Ajak. Poyo jer lebih mamat tu, cuba kasi tambah sikit gambar kat blog tu kaluu...Hahaha..

Adios..

Khamis, 9 Jun 2011

Berkunjung ke ASWARA

Kepada sesiapa yang belum pernah dengar pasal ASWARA ni, ianya merupakan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan terletak di Jalan Tun Ismail (belakang Ibu Pejabat JKR Malaysia). Sebelum ni aku pun tak pernah tahu pasal ASWARA ni kalau tak pasal isteri aku yang tersayang duk cerita. Walaupun aku dulu belajar dalam jurusan kejuruteraan dan sekarang ni kerja pulak dalam bidang IT dan tak pernah belajar langsung pasal seni kebudayaan secara formal, aku memang minat tengok orang menari. Kalau aku menari tak payah citer la, main hentam jer. Aku pernah masuk kelas tarian Linda Jasmine dulu korang percaya tak? Hah? Tak percaya cakap aku? Meh sini aku tunjuk kad keahlian seumur hidup aku kat Linda Jasmine Performing Arts Studio:

Keahlian Linda Jasmine Performing Arts Studio
Aku tak belajar directly dengan Linda Jasmine, tapi aku belajar dengan anak murid dia iaitu Pamela Chong. Pamela ni Adik Vince Chong AF1 yang pada waktu itu belum masuk The Amazing Race Asia. Time aku pergi kelas tu dia baru bagitahu yang dia akan berhenti mengajar sebab dia ada join satu projek yang dia tak boleh nak bagitahu. Aku ingat lagi time tu, semua ni gara-gara kawan aku yang sorang ni la ajak aku pergi join kelas ni. Aku dulu-dulu time menganggur dulu dengan mamat ni la pergi cari semua seminar-seminar free kat KL pergi register pastu join dengar, time tu memang Personal Development beb. Muda-muda la katakan.

Okay, balik pada kelas tarian tadi, Cikgu Pamela Chong ni memang superb dia punya tarian. Aku sebagai seorang lelaki memang terpaku la tengok lenggang lenggok tarian dia yang dahsyat..meleleh siut..pulak tu dikelilingi oleh 90% gadis-gadis jelita lagi ayu dalam kelas tu. Pernah dengar lagu 'The Time of My Life" tak? Memang saat-saat indah lah..tapi tak lama, bila kelas dah start, aku la orang paling bodoh menari dengan kaki  dan tangan kerasnya. Cikgu Pamela pun ajar la benda paling basic dalam tarian iaitu gerakkan kaki jer, depan belakang, kiri, kanan pastuh switch kaki. Itu pun aku fail!! Memang bakat takde siut...Memalukan ajer. Cikgu Pamela siap marah-marah aku lagi, tapi lelama dia macam dah malas nak layan aku sangat sebab bebal dalam menari. Aku pun bedal jer la mana boleh..haha..Aku datang kelas 2 kali jer, pastuh aku terus quit. Sebenarnya aku cuba jugak berusaha untuk tidak mengalah, nak try jugak sampai berjaya tapi aku dapat rasakan yang menari ni bukan benda yang aku boleh buat, aku boleh tengok jer...

Dah panjang pulak cerita pasal sejarah aku. Kita kembali ke ASWARA. So bulan lepas pada 29/5/2011 bersamaan dengan hari Ahad, bini aku ajak aku pergi tengok Penilaian Tahun Akhir atau PeTA. Aku pun jom ajer lah..
PeTA 2011 di ASWARA
Aku yang tak tahu apa-apa ni pun ikut jer la. Pergi la kat Panggung Eksperimen. Masuk-masuk tengok dah penuh sebab kitorang sampai lambat. Duduk ler mencanguk kat tepi tangga. Ni antara gambar-gambar dan video-video yang sempat aku curi-curi ambik:

Tarian Orang Sarawak


Yang ni pulak kalau tak salah aku tarian Mak Yong kut. Dia ada aksi amik duit guna mulut sambil lipat badan. Kalau aku buat macam ni, mau tak bangun dah aku..haha


Aku tak pernah tahu pulak ada wujudnya tarian pinggan. Ni 1st time aku tengok. Siap ada pinggan jatuh pecah lagi. Kesian kat budak laki yang pinggan jatuh tu, mesti markah tahun akhir dia kena potong. Silap-silap satu group pun kena:


Tapi yang paling dahsyat aku tengok tarian lompat-lompat terbang-terbang Tarian Mongolia ni la.


Memang dahsyat kan? Meh aku tunjuk gambar la pulak:
Tarian Mongolia
Tarian Mongolia lagi
Yang ni pulak macam drama yang ada tarian. Menganga jer aku tengok sebab aku tak paham satu benda pun mesej yang cuba nak disampaikan. Tiba-tiba ada kelambu kat tengah-tengah, penyapu lidi pastuh pompuan sorang dalam kelambu duk menari-nari pastuh ada jantan masuk dlm kelambu tu buat aksi tarian jugak. Kalau ada jantan dengan pompuan dalam kelambu tu aku paham la maksudnya, tapi keseluruhan aksi persembahan ni aku langsung takde idea.

Kelambu di tengah-tengah
Gadis menari-nari sambil hayun penyapu lidi
Gadis menari terkangkang..hahaha..
Yang ni pulak, ada orang duk tabur beras jadi macam satu sempadan pastuh orang yang menari duk langkah-langkah. Ni pun pompuan sorang jugak:
Tarik kain dan tabur beras
Yang ni okay sikit la, dia macam rama-rama la baju putih pastuh mengepak pusing-pusing:


Diorang semua pakai baju warna putih. Tapi tak basah la..korang ni punya otak..ish3..ni seni ma..Haha..

Acara tamat
Acara tamat pada jam 10.45pm so semua pelajar line up kat atas pentas macam Akademi Fantasia. 

Overall, memang ni satu pengalaman baru la tengok tarian-tarian yang aku tak pernah tahu wujud. Syok jugak walaupun ada yang aku tengok tak paham pun apa motifnya. Tak kisahlah kan, kita buka minda kita tengok apa yang ada kat dunia ni. 

Okaylah, dah tengah malam dah ni. Ngantuk..Tido dulu yer..Zzzzzz....

Sabtu, 4 Jun 2011

Mencari dan Membeli Kereta Terpakai

Bulan lepas, isteri aku yang tercinta akhirnya telah berjaya mendapatkan pekerjaan. Lokasinya di tengah-tengah Bandaraya sesak Kuala Lumpur berdekatan dengan Chow Kit. Atas sebab-sebab logistik, aku terpaksa membuat keputusan untuk membeli kereta kedua. Kalau dulu boleh la berkongsi kereta, tapi kini dah tak boleh lagi. Terasa rugi pulak tahun lepas aku pergi jual kereta Iswara aku tu. Tapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan. Setelah 2 minggu bertafakur, berfikir dan melihat apa pilihan yang ada. Berikut adalah spesifikasi dan kriteria yang sesuai untuk aku.

Budget RM10 - 15k
Ciri-Ciri
  1. Mesti dalam budget di atas
  2. Mesti senang untuk repair spare part senang di cari
  3. Mesti jimat minyak
  4. Mesti kereta standard
  5. Mesti ada ruang tempat letak barang yg okay
  6. Mesti transmisi automatik
Kereta yang dikenalpasti
  1. Perodua Kenari
  2. Honda City lama (tahun 1997)
  3. Proton Wira
  4. Kia Sephia

Akhirnya setelah membuat analisis secara mendalam, aku akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan sebuah Proton Wira Sedan 1.5 GLi (A) tahun 1999. Sebenarnya kalau boleh aku nak amik dan try kereta Honda tapi bila pikirkan spare part dengan maintenance kereta lama ni, better go for yang paling bersepah spare part nya.

Aku hanya sempat pergi tengok kat kedai menjual kereta terpakai kat Puncak Jalil dengan Selayang Auto City jer. Kedai kat Puncak Jalil janji nak kol balik nak tunjuk Kereta Proton Wira Sedan 1.6 Auto, tapi tak kol-kol pun. Kat Selayang pulak jumpa la dengan sorang apek salesman jual kereta yang petah berkata-kata. Tapi dia pandai cakap jer, kata-kata manis dikeluarkan bagi memikat hati aku tapi aku malas nak layan sangat sebab kereta kat Selayang Auto tu mahal harga dia. Jauh beza harga kat Selayang dengan harga tengok dalam Mudah. Selebihnya aku just tengok kat Mudah.my jer. Banyak jugak aku dah favouritekan kereta dalam Mudah.my tu, tapi last-last aku call tanya kat sorang pakcik yang aku pernah jual kereta Mitsubishi Storm kepunyaan arwah bapak aku dulu. Dia kata dia ada stok satu kereta Proton Wira Sedan yang memang ikut spec yang aku nak. Aku pun buatlah appointment dengan dia untuk pergi tengok kereta tu pada hujung minggu.

Sampai kat kedai tempat Encik Din tu, dia pun tunjuk la kereta Proton Wira Sedan yang ada dalam simpanan dia:

No plet di blur kan atas sebab privacy
Kereta standard mended jer, takde apa yang istimewa pun. Ekzos dia jer la besar so aku mintak Encik Din tukar balik ke standard sebab aku nak jimat minyak..haha..Yang menariknya, nombor plet dia 1 number jer beza dengan plet Perodua Viva Elite bini aku. Tapi aku jadi orang Melaka la pulak dah plet start dengan "M".

Interior dalam Proton Wira 1.5 GLi (Auto)
Stereng sport tu, mulanya aku ingat nak tukar stereng tu jadi standard balik sebab aku tak biasa sangat pakai stereng kecik-kecik ni. Tapi last-last aku biarkan jer la sebab aku tengok harga stereng sport ni cam boleh tahan jugak, lagipun saja la nak merasa sporty-sporty sikit. Aku pun test drive sikit kereta tu pusing-pusing dekat area kedai tu (takde road tax dgn insuran time aku tengok kereta tu jadinya tak boleh jalan jauh-jauh), boleh tahan jugak rasa bawak kereta tu. Jumpa pulak iklan ni dalam kereta tu:


Nego sikit dengan En Din, last-last dapat la harga RM11k siap on the road semua. Seminggu kemudian, setel tukar nama, insuran dengan bayaran semua, bawak la balik kereta ni.

Proton Wira Sedan 1.5 GLi (Auto) Saloon tahun 1999 warna Maroon
First time drive kereta ni, memang terasa perbezaan setelah hampir setahun membawa kereta Perodua Viva. Sebelum tu aku bawak kereta Iswara pun tak sama pengalaman dengan bawa kereta Wira ni. Langgar lubang memang tak terasa sangat berbanding dgn Kenari atau Viva. Kira okaylah kan? Cuma satu jer la, kereta ni walaupun standard memang lowered, lalu bump yang tinggi sikit dah tergeres kat lantai bawah kereta.

Jom kita tengok enjin dia pulak:
Enjin compartment Proton Wira 1.5 GLi (Enjin 4G15)
Kereta ni guna Mitsubishi Orion 12 Valve SOHC, sapa belajar automotive atau yang minat bab kereta ni tahu la serba sedikit pasal benda-benda teknikal ni. Memandangkan aku ada Diploma Automotive daripada UiTM, kalau aku tak tahu tu saja sangat la aku pergi belajar penat-penat. Malangnya aku tak masuk pun dalam bidang Automotive ni, sesat ke industri IT pulak. Tak kisahlah kan, rezeki ada di mana-mana.

Daripada enjin karburettor time Iswara dulu ke enjin Elektronik Fuel Injection EFI ni memang ada perbezaannya. Kalau dulu guna mekanikal jer time nak timing minyak semua, kali ni kena guna komputer pulak nak tuning. Duit pun sudah semestinya kena lebih, kata canggih kan? (Walaupun dah lebih 10 tahun dah kereta ni..sungguh the ketinggalan..haha..). Kononnya nak kereta standard, tapi cuba korang tengok exhaust manifold kat enjin tu, owner lama dah pergi tukar kepada aftermarket punya 4-2-1 punya flow ekzos design. Berdasarkan apa yang aku baca, benda ni boleh increase HP sebanyak 10%. Lantaklah, janji kereta boleh jalan, aku boleh pergi kerja.

Ni gambar enjin daripada angle lain pulak:
Kompartment Enjin Proton Wira
Jom tengok kat dalam tempat pemandu dan penumpang pulaklah:
Dashboard Proton Wira 1.5 GLi (A)
Dashboard dalam kereta ni okay lagi, tapi yang tak tahannya kusyen seat dia la. Kat tempat pemandu dah berlubang-lubang sebab kena bara rokok aku rasa. Owner sebelum ni memang aku rasa perokok tegar sebab kat tempat power window tu belambak-lambak kesan macam kena cucuh dengan rokok. Lagi satu, bau dalaman kereta ni memang tak hingat punya. Dah ler dengan warna kusam pastuh bau semacam, tapi aku rasa boleh tahan lagi kut, lagipun ni bukannya kereta baru. Dah sembur-sembur Febreze pun tak boleh hilang jugak bau tu. Takperlah, kasi testing 2-3 hari dulu.

Dah testing-testing, baru ler tahu ada benda-benda lain yang dah rosak sebenarnya. Benda penting pulak tu, meter temperature dengan meter mileage. Camner aku nak tahu suhu engine kereta, kang ter'over heat' tengah  jalan jem tak pasal-pasal kena overhaul pulak. Meter mileage pulak camner aku nak tahu bila masa aku nak kena servis. Sebulan dah ler mileage aku purata 1,800 - 2,200km. Setiap 5,000km dah nak kena servis minyak hitam. So, aku pun pergi ler tukar:

Meter Dashboard Proton Wira kena bukak
Ganti seketul meter tu jer dekat RM200, ada 2 ketul aku ganti, original pulak tuh. Memula aku terfikir nak carik kat kedai potong jer, tapi bila pikir balik, kedai potong bukannya boleh guarantee barang yang dah dibeli tu boleh berfungsi, lagipun dah bukak dah pun meter dashboard, pulak tu nak kena spend masa pulak lagi kalau nak repair 2-3 kali. Last-last pikir, ganti jer la terus, kereta ni bukannya nak guna sekejap jer, hari-hari mau bawak pulak tu.

Meter Mileage dan meter minyak/temperature baru
Alang-alang tukar meter, tukar sekali dengan mentol lampu signal yang dah terbakar  sebelah kiri dengan tambah siren alarm kereta. Rupanya harap jer alarm kereta siap dengan remote kontrol semua ada dah pasang, tapi sirennya takde.

Dah habis RM450, pergi pulak tuning enjin sebab enjin rasa macam 'hunting'. Hunting ni maksudnya time tak bergerak, meter RPM tu kejap naik kejap turun. Paling ketara adalah RPM kat bawah tanda 1 pastu ada la 2-3 kali enjin mati sebab loading enjin tinggi. Kata kereta Elektronic Fuel Injection (EFI), canggih manggih, so kena la guna komputer nak buat diagnostik untuk kasi adjust:

Mekanik bengkel pasang komputer nak access komputer kat kereta
Aku tak pernah tahu pulak ada soket connection ke ECU kereta bawah tempat nak tarik bukak bonet depan. Aku tak tahu apa yang muncul kat skrin tu, nampak mekanik tekan-tekan apa ntah kat touch skrin komputer tu. Dahsyat jugak design komputer tu, 'rugged':

Komputer tuning enjin Proton Wira GLi Fuel Injection
Sekali cucuk jer soket komputer tu, kena cas RM45. Tengok mekanik tu takde usik apa-apa sangat pun kecuali check kabel-kabel kat depan dalam enjin sana. Dulu aku buat tuning enjin karburettor RM15 jer, dia guna CO Sensor taruk kat belakang ekzos pastu adjust karburettor. Dah kasi tuning baik punya, tukar pulak arm connector dengan enjin mounting 2 ketul. Baru la tak rasa sangat gegaran enjin tu kat dashboard.

Seterusnya, servis pulak wheel alignment dengan balancing:

Alignment dan wheel balancing
Dah siap semua, hamik ko..bil datang RM350!

Ingatkan dah habis drama repair kereta, baru 2-3 hari jalan. Air-cond pulak buat hal. Ada bunyi pelik kat tempat enjin macam ada benda jem pastuh air-cond dah tak sejuk. Hantar pulak repair air-cond kat tempat ganti meter hari tu (kedai tu aku dah kenal tokey dia jadi dia takde la ketuk sangat):

Servis air-cond
Rupanya bearing air-cond jer yang dah jem, nasib baik tak kena tukar compressor. Kalau tak lagi parah. Mekanik kedai check blower air-cond, dia tanya apsal ada bunyi pelik. Aku cakap la kereta baru angkat jadi tak tahu sejarah servis air-cond kereta ni. Dia pun servis la aircond, bukak-bukak jer kat bawah laci dashboard bawah tu, tu dia..sampah pulak ada dalam blower. Siap ada plastik dengan surat khabar dengan daun-daun lagi. Patut ler ada macam bau sikit. Rupanya sampah yang aku duk hidu, (muntah kejap..uwekkk!!!)

Blower box dengan evaporator air cond yang kotor
Heran pulak aku camner boleh sampah yang besar tu boleh masuk dalam aircond. Agaknya kereta ni tenggelam dalam banjir kut. Nak hilangkan bau dalam kereta ni, aku tukar cover seat 'Recaro' cetak rompak dengan tukar karpet kepada PVC Coil mat. Ala, yang macam bulu-bulu tu tapi plastik, warna merah lagi.

Cover seat Recaro tuuu...
Ganti karpet busuk dengan karpet PVC Coil baru
Ada lagi benda nak tukar..radio. Ntah camner radio kereta tu dapat yang Perodua. Tak kisah sangat radio apa pun, janji boleh dengar. Tapi dia punya tempat pulas volume suara pulak jahanam dah. Aku pun beli la sebiji radio kereta USB/SD Card MP3 player jumpa kat Mudah.my pada harga RM160. Pasang kat kedai repair air-cond ni kena lagi RM20 upah pasang siap dengan ganti speaker belakang lagi sebab speaker lama dah reput dah pecah dah pun. Speaker pulak tambah lagi RM130. Tapi bunyi memang best la.

Radio lama jenama Perodua
Radio baru MP3 Player jenama China marii..
Nampak tak coil mat kat gambar atas ni. Sedap jugak, kalau bukak sandal sambil drive pun selesa jer kaki..huhu..

Bil datang..RM815!!! Aiyak!!

Ni total breakdown untuk repair selepas pembelian kereta:


1 Speed Meter 195.00
2 Oil & Temperation Meter 185.00
3 Signal Lamp 20.00
4 Alarm Siren 50.00
Sub-Total RM 450.00

1 EFI Tuning 45.00
2 Wheel Balancing 20.00
3 Alignment (Front&Rear) 35.00
4 Camber Adjustment 25.00
5 Front Engine Mounting 55.00
6 Rear Engine Mounting 45.00
7 Crossmember Engine 95.00
8 Labour Charge 30.00
Sub-Total RM 350.00

1 Car USB MP3 player 160.00

1 Air-Cond Service 45.00
2 Air-Cond Belt 20.00
3 Valve (Japan) 65.00
4 Air-Cond Bearing 45.00
5 Receiver Dryer 55.00
6 Vacuum, Refill Gas & Top Up Compressor Oil 65.00
7 Labour Charge for Installing Car Player 20.00
8 1 Set PVC Coil Mat 150.00
9 Recaro Seat Cover 220.00
10 (6x9) Rear Speaker 130.00
Sub-Total RM 815.00

Repair Grand Total  RM 1,775.00

Repair + Kereta  RM 12,775.00 (kira okay lagi la kan still dalam budget)

Dah la tu, letih tengok costing-costing ni. Jom balik rumah dan rehat:

Sampai pun kat rumah dengan kereta yang dah siap repair
Jom kita lihat berapa sebenarnya harga kereta ni waktu kereta ni masih baru dalam pasaran 11 tahun dulu:

Harga kereta Proton baru tatkala dulu (Versi Auto RM50k tu on the road)
Ni spec engine detail untuk:


PROTON WIRA 1.5 GLi STANDARD SPECIFICATION (ENGINE)

1.5GLi
5-speed MT (F5M21) / 3-speed AT (F3A21)
4G15P SOHC
Multi Point Injection (MPI) Fuel System
Max output : 89 bhp (66 kW; 90 PS) @ 6,000 rpm
Max torque : 126 N·m (93 ft·lbf) @ 3,000 rpm
Max speed : 174 km/h (108 mph) (manual); 165 km/h (103 mph) (automatic)
Fuel Consumption : 10.5km/l – 13km/l


Sebut pasal Fuel Consumption (FC), setakat 3 minggu aku dah guna kereta ni, redah jem, masuk highway, pergi balik kerja minyak full tank dalam RM60, maksimum kilometer boleh pergi sebelum isi minyak full tank balik adalah 415km. Guna kalkulator untuk kiraan penggunaan minyak, 1km lebih kurang RM0.15. Kira okay la tu kan? FC ni tertakluk pada kaki sendiri jugak, kalau kaki jenis suka tekan jer pastu kaw-kaw brake dengan aircond full blast lagi, FC memang tinggi la.

Aku ni jenis yg tekan minyak ala-ala kadar tapi bila laju kat highway maintain momentum dengan air-cond low (letak air-cond low pun dah sejuk kereta Wira ni). Aku tak berapa suka sangat tengok berapa top speed kereta ni sebab bagi aku tu semua tak penting. Yang penting  jimat, selesa dan best! Setakat ni, ketiga-tiga kriteria dah tercapai.

Ni kereta idaman aku:

Toyota Prius (Hybrid Technology)

Kalau guna kereta ni gerenti jimat minyak tak ingat. Dulu time mula-mula kereta ni keluar, semua orang kata kereta ni design buruk. Tapi lelama selepas orang semua dah absorb design ni, diorang kata nampak cantik pulak termasuklah aku. Haha..

Okaylah, cukup la setakat ni aku menulis. Dah panjang berjela pulak aku bercerita pasal pengalaman aku beli kereta terpakai ni. 2 minggu pulak tu baru aku post entri ni. Kalau ada benda aku nak cerita nanti, aku tambah la..Adios!!

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...