Selamat Tinggal Proton Iswara Aeroback 1.3 Merah

Sepatutnya aku tulis entri ni lama dulu, tapi ntah camner aku tetiba jadi malas nak menulis sejak kebelakangan ni. Aku rasa sebab terlalu nak jadi perfect sangat bila menulis tu yang menyebabkan perasaan bertangguh tu bertakhta. Baik kita lepaskan aje perasaan tu dan menulis ikut suka hati..haha..Yerlah, bukannya dapat duit sangat pun kalau berblogging secara sambilan ni.

Pada tahun 2005 iaitu 6 tahun lepas, aku telah membeli sebuah kereta Proton Iswara berwarna merah di sebuah kedai menjual kenderaan terpakai yang menghadap Jalan Kuching, KL. Setelah beberapa lama menggunakan kereta Daihatsu Charade dulu, kena la upgrade sikit, betul tak?

Proton Iswara Aeroback 1.3 Merah Manual Transmission keluaran tahun 1999
Begitulah rupanya kereta Proton Iswara yang aku guna waktu baru-baru beli dulu. Kini semuanya tinggal kenangan. Aku beli daripada kedai tu, aku jual balik pun kat kedai yang sama. Rugi jugak la dalam RM3k sebab kena langsaikan pinjaman bank tapi aku dah tak larat nak menanggung maintenance kereta yang semakin uzur ni. Ni ler rupa keretanya dia time aku hantar nak jual balik kereta ni:

Rupa kereta selepas digunakan 5 tahun kemudian
Tengok ler perbezaan kaler merah time aku beli dan time aku jual. Rupanya cat kaler merah solid ni boleh tahan 2 tahun jer. Buat penat aku polish jer. Aku ni jenis yang tak suka make-up kereta. Jadinya time beli dulu pun standard gaban, time hantar balik pun standard gaban jugak. Antara repair-repair yang aku dah pernah buat:
  1. Baru pakai berapa bulan, bunyi time bawak kereta bising tak ingat. Rupanya bearing tayar belakang dah rosak, so tukar bearing tu.
  2. Air-cond rosak tak sampai setahun kut aku guna kereta ni. Setahun lebih aku tak repair air-cond tu sampai la aku tukar tempat kerja (dapat gaji lebih sikit, gaji aku time dulu tu RM1,000 je sebulan)
  3. Tukar empat-empat tayar waktu aku dapat gaji pertama aku kerja sebagai Web Developer.
  4. Drive shaft sebelah kanan pecah pada tahun 2005 kat tempat parking bawah tanah Amcorp Mall. Terpaksa panggil dan mekanik datang tukar kat dalam tempat parking sebab tow truck tak boleh masuk. Malu siut time tu sebab tengah keluar dating dgn awek yg kini dah jadi bini. Syukur dia masih lagi menerima aku seadanya di dalam keadaan susah dan senang. I luv u darling..chewah..ekeke.
  5. Tukar meter minyak, temperature dgn kelajuan. Semuanya jahanam. Seketul RM180 pulak tuh, ada 3 ketul. Nasib baik meter minyak dgn temperature tempat jual kereta tu dah ganti. Tapi yg bestnya, tempat jual kereta tu time aku jual balik pergi kata kereta tu low mileage. Memang la low nyer, dah meter tu bukan meter asal, kalau yg asal rasanya dah beratus ribu dah.
  6. Sempat jugak la aku servis sendiri kereta ni depan rumah. Kat rumah aku banyak kedai spare part. Harga memang murah sangat la. Mana nak carik minyak enjin 4L harga RM25? Tapi tak tahu ler ori ke idak..
Antara kejadian tak diingini berlaku:

  1. Mat pitt pecah masuk kereta (Rupanya aku terlupa nak kunci pintu belakang sebab central locking pintu belakang sebelah kiri tu dah rosak) dan ambik tray ashtray tempat aku simpan syilling banyak-banyak.
  2. Parking kat tempat letak kereta KTM Komuter Segambut nak pergi kerja, sekali balik kat kereta tengok seat semua dah hilang. Hampeh..sebulan lebih claim insurans baru dapat balik kereta. Tengoklah keadaan kereta aku tu time aku nak bawak balik (gambar di atas, gambar penuh yg lain ada dalam galeri gambar aku dalam Facebook). Camner aku nak bawak kereta walaupun aku pegang kunci. Tara guna betul...Yg peliknya, ada banyak lagi kereta kat tempat parking tu, kenapa kereta aku yang standard gaban kena? Dem!
  3. Tak pasal-pasal sebab seat hilang kereta tu, aku dapat sepina kena pergi court kat Jalan Duta. Dah ler aku datang awal pagi, tunggu punya tunggu sampai pukul 3 ptg baru mula bicara. Rugi cuti aku sehari. Budak yang dituduh mencuri tu pulak bangang pergi mengaku salah. Punyalah bengang dia punya lawyer, siap mak budak laki tu duduk kat belakang tempat aku duduk dalam court tu menangis-nangis mintak lawyer diorang tolong. Pulak tu, budak tu dituduh curi radio jer pun, jenama radio aku tu pulak salah pulak tu. Jenama radio aku Sony, hakim pergi cakap radio Pioneer. Lantak korang ler, janji kereta aku punya seat insurans dah ganti.
  4. Rasanya dah lebih 5 kali kut panggil AAM. Kebanyakannya pasal bateri flat..
Apa lagi cerita yang aku ada pasal kereta ni ye? Rasanya dah takde kut. Kalau ada pun mungkin aku tak teringat nak tulis time aku menulis ni. Apa pun, aku memang tak pernah eksiden la sepanjang aku guna kereta Iswara ni. Kat ofis aku time aku guna kereta ni ada 5 orang guna kereta Iswara dan semuanya standard gaban jugak. Tapi sekarang ni tinggal 3 jer geng Iswara sebab aku dah jual kereta ni, lagi sorang dia pergi trade-in amik Saga baru. Kalau nak tengok berapa kedai jual kereta terpakai tu jual kereta tu, ada kat sini:

Joo Sen Motors Sdn Bhd
Kalau ada sesiapa berminat, bolehlah pergi tengok di tepi Jalan Kuching sebelum roundabout Kepong sebelah DUKE Highway. Korang tengok, cover rim tu pun standard wohhh! 

Sebab apa aku jual kereta ni? 
  1. Aku duk asyik biarkan kereta ni jadi tukun depan rumah aku. Kengkadang 2 minggu sekali baru start enjinnya. 
  2. Dia punya enjin dah leaking. Bayangkan baru jer parking, dah ada setompok minyak hitam dah menitik-nitik kat atas lantai tu. Seminggu sekali nak kena top-up minyak hitam. 
  3. Dia punya brake servo pump dah bocor sikit, minyak brek dah meleleh keluar daripada tempat tu, tunggu masa jer nak jahanam.
  4. Tayar dah masuk tahun ke-3 so dah nak kena ganti sepatutnya.
  5. Kereta memang takde dan tak pernah bubuh tinted, kalau jemur tengah panas, gerenti masak telur kalau tinggal dalam tu.
  6. Kesimpulannya. Aku dah tak larat nak maintain kereta ni, baik aku pergi carik kereta lain atau guna 1 kereta jer dulu laki bini (Bini aku beli Perodua Viva Elite, best wooo!! Tapi maintenance Viva ni boleh tahan jugak..demm..)
Pergh..panjang lebar pulak aku tulis ni. Apa pun, semoga tuan punya kereta WGV9413 yang akan datang ni ada la sedikit informasi tentang sejarah kereta Proton Iswara Aeroback 1.3 Manual ni.

Sekian..

You Might Also Like

2 komen

  1. huhu, tang takde seat yg besh tu weh...

    ReplyDelete
  2. hahahaha. haah. kelako dow tgk kete tak de seat

    ReplyDelete