Jumaat, 18 Mac 2011

Berkunjung ke Bandar Maharani Muar Johor

Pada awal bulan Februari yang lalu, aku telah berkesempatan untuk pergi ke Muar. Dah 18 tahun aku tak pernah pergi Muar ni. Last sekali aku pergi masa aku umur 12 tahun. Waktu tu aku pergi dengan famili la, masih dalam ingatan aku lempuk durian dan durian aku makan time tu. Memang best, tapi rasanya tu durian Melaka kut.

Apa pun, pengalaman pergi ke Muar hari tu agak menakutkan disebabkan salah planning dan jugak satu insiden bergesel dengan mat rempit yang gila. Time tu pukul 1 pagi, habis bercalar bucu bumper belakang kereta kitorang. Aku dah bagi signal, dah kasi brek lampu belakang, tapi dia boleh tak nampak? Bodoh punya Mat Rempit. Pastu dah dia buat salah dengan tak pakai helmetnya, dia rempit lari la. Pusing habis satu Muar, semua hotel penuh. Last-last kitorang tidur dalam kereta jer kat stesen minyak.

Setakat pengalaman aku, tak pernah lagi kat tempat lain aku terpaksa bawak laju atau asyik ke tepi disebabkan asyik kena 'cucuk angin' dari belakang (dengan orang plet Johor) selain daripada Muar. Polis kat Muar pun bawak motor macam raja, sesuka hati jer arahkan orang masuk tepi sebab dia nak lalu padahal dia bawak motor jer pun.

Antara gambar-gambar sempat dirakamkan ketika di Muar
Apa pun, pengalaman paling best adalah makan Mi Bandung Muar Fuad. Memang servis dia tip-top. Baru jer duduk order makanan, tup-tup dah sampai dah makanan dia. Teruja aku sekejap waktu tu. Lepas tu time nak balik order la 3 bungkus nak bawak balik KL, tak sampai seminit, order bungkus tu dah sampai. Ajaib betul..

Aku mungkin dah tak nak pergi ke Muar kecuali kalau terpaksa. Tengok air laut dia pun keruh semacam jer macam teh tarik. Tapi yang menariknya, orang-orang Singapore suka pulak duk melepak jalan-jalan kat tepi pantai yang bau macam longkang tu.

Ada banyak lagi cerita lain tapi yang ni jer la aku sempat tulis kat sini. Nanti kita bersambung kembali dengan aksi-aksi lain pula.

1 ulasan:

  1. nasib aku bukan org muar. meh dtg batu pahat meh

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...