Ahad, 20 Februari 2011

Bercuti di Patong Beach Phuket Thailand Part 3

Sekejap betul rasanya masa berlalu bila time cuti. Tengok-tengok, dah hari ketiga dah. Dah nak balik dah rupanya. Malam sebelumnya dan malam 1st day hari tu, kitorang ada terserempak dengan sorang pakcik teksi ni. Dia memang setiap malam park kereta kat area hotel kitorang. Agaknya dia boleh kenal kut dengan orang Malaysia ni, dia cakap la melayu dengan kitorang. Kitorang pun sembang-sembang la dengan dia. Tapi dia takde la fasih cakap Melayu macam orang Malaysia, dia ada pelat-pelat siam sikit la. Ada setengah perkataan yang kitorang guna dia tak paham pun.

So, malam tadi kitorang sembang dengan dia, dia pun tanya" Dah pergi jalan-jalan kat Patong?", kitorang jawab la "Dah ronda-ronda dah tapi luar-luar area Patong tak pergi pun", dia tanya balik "Kenapa tak pergi? Banyak tempat lain lagi boleh pergi". Kitorang cakap, "Takperlah pakcik, jalan-jalan dekat pun dah penat, nak pergi tempat lain lagilah penat, lagipun kitorang dah nak balik dah esok. Pakcik boleh hantarkan kami ke airport tak esok pagi?". Pakcik tu jawab " Boleh, kalau nak pergi jalan-jalan pun sempat lagi pagi esok tapi kena keluar awal pagilah". Kitorang pun setujulah untuk keluar awal pukul 9am.

So sebelum jam 9am, kitorang packing barang semua, bawak turun ke lobi pastu check out la. Aku sempat lagi bergambar dengan awek Phuket jaga kaunter hotel kitorang duduk tu. Aku nak ucapkan terima kasih kat bini aku yang sporting kerana membenarkan aku bergambar dengan Michelle (kalau tak salah aku la nama dia):


Seterusnya, lepas masukkan beg dalam teksi (bukan teksi betul pun, teksi sapu jer sebenarnya, naik kereta biasa jer) kitorang pun dibawa ke satu tempat yang bernama 'The World Largest Jewellery Shop':


Rupanya tempat ni kalau ikut pakej pelancongan, mesti singgah punya. Banyak giler barang kemas kat sini. Murah pulak tu. Nasib baik bini aku tak berapa minat sangat dengan barang kemas kat tempat ni. Kebanyakkannya barang kemas yang letak mutiara. Tapi sebenarnya, takde duit sangat pun dah. Dah nak kering dah budget sebenarnya. Sampai kat airport jer, siap guna duit Malaysia bagi kat pakcik teksi tu. Nasib baik dia terima.

Ada dua tempat lagi la pakcik teksi tu bawak, satu kedai jual barang-barang makanan kering. Aku bedal satu jeruk kering ntah hapa nama dia, memang sedap wa cakap lu. Susah nak carik kalau kat Malaysia.


Pastu satu lagi kedai printing t-shirt kepunyaan orang Melayu Patani. Yang bestnya, dia tengok orang Melayu yang datang kedai dia, siap ada briefing dalam bahasa Melayu Kelantan. T-shirt paling murah boleh dapat dalam RM13. Kitorang pun borong la sikit t-shirt2 ni nak kasi kat adik beradik.


Sebelum sampai airport, kitorang cakap kat pakcik tu mintak dia bawak kitorang makan tempat halal. Dia pun bawak la satu gerai macam RnR kat tepi jalan dah nak sampai airport. Orang gerai tu haram tak tahu cakap Inggeris, dia bantai cakap siam dengan aku. Aku buat muka selambe jer. Aku cakap kat pakcik teksi tu nak makan nasi dengan lauk. Dia pun chong apa ntah kat makcik gerai tu, last-last tom yam jugak la lauknya. 3 hari straight kitorang makan tom yam, dah naik muak ler pulak. Tapi tom yam dia pedas ler pulak. Takperlah, lapar punya pasal, bedal jer dulu. 

Sampai kat airport, check-in beg. Beg kitorang ringan jer. Petang pukul 4pm dah sampai balik Malaysia. Letih aku menaip ni, korang tengok jer la galeri gambar aku ni ek?


Apa pun, pengalaman pergi ke Phuket ni memang satu percutian yang sangat best. Kalau korang ada peluang, baik korang pergi wehh..Tapi aku nasihatkan kalau korang lelaki bujang, kena pandai-pandai jaga diri agar tidak terjebak ke kancah yang tidak sihat. Adios..

Ahad, 13 Februari 2011

Bercuti di Patong Beach Phuket Thailand Part 2

Hari ke-2 aku dan isteri di Patong Beach bermula se-awal pagi pukul 7am. Sebenarnya Phuket punya time lewat sejam berbanding KL. Masalahnya jam tangan aku masih lagi jam di KL. So kalau jam tangan aku pukul 7am, baru pukul 6 sebenarnya. Masalah sikit la kalau nak tahu time nak semayang. Apa pun, malam sebelumnya kitorang dah survey pakej trip nak pergi berjalan. Kat Patong Beach tu, bersepah dia punya travel agent. Baru jalan berapa tapak, dah ada gerai yang offer travel trip. Harga semua lebih kurang jer. Aku punya travel agent orang India jadinya dia punya English boleh tahan la so senang sikit nak paham. Ada macam-macam pakej daripada cabaret (persembahan pondan), trip naik boat, trip cruiser, trip naik gajah, trip naik jetski dan lain-lain. Kitorang pilih pakej yang paling santai sekali iaitu naik boat cruiser sebab malas nak beraction-pack sangat. Harganya 800 baht sorang (dalam RM80 sorang).

Van pelancong pun sampai amik kitorang kat hotel. Perjalanan daripada Patong Beach ke pelabuhan tempat nak naik bot ada la dalam 45 minit. Boleh tahan jugak la jauhnya. Yerlah, daripada hujung sebelah sini ke hujung sebelah sana. Destinasinya adalah ke Phi-phi Island.


From Holiday at Patong Beach Phuket Thailand Jan 2011 (Day 2)

Dari Pa Tong (sebelah kiri) ke Talat Yai sebelah kanan.


From Holiday at Patong Beach Phuket Thailand Jan 2011 (Day 2)


Naik cruiser boat daripada Phuket ke tengah-tengah sana. Phi-phi Island ni jugak tempat pertukaran boat untuk ke Krabi daripada Phuket. Perjalanan daripada Phuket ke Phi-phi Island amik masa lebih kurang 2 jam setengah. Walaupun kitorang berjemur kat atas boat tu, tapi angin laut sejuk pulak. Orang putih memang dah berlenggeng dah kat area tempat kitorang duduk. Kitorang letak sunscreen sikit jer, tengok orang putih letak sunscreen satu botol besar tu penuh satu badan. Kat bawah ni slideshow kalau korang nak tengok perjalanan kitorang secara bergambar. Aku tahu, semua orang suka tengok gambar kan?




Antara perkara-perkara yang menarik untuk diketahui:
  1. Cruiser boat ni walaupun dia kata tak boleh turun boat mula-mula, turun jugak kat Phi-phi Island tu. Tapi sekejap jer la.
  2. Sampai kat Phi-phi Island, sapa nak pergi snorkeling akan tukar boat. Cruiser boat pulak akan ronda pulau yang berdekatan. Ada satu pulau tu tempat penggambaran cerita The Beach lakonan Leonardo Di Caprio.
  3. Makan tengahari dah dimasukkan dalam pakej cruise ni. Makan di Phi Phi Hotel dan di beritahu oleh ejen tiket dan staf hotel Phi Phi tu sendiri yang chef yang masak hidangan adalah Muslim jadi makanan adalah halal. Makanan macam biasalah, Tom Yam Kung dan lauk-pauk Thai. Kat Malaysia dah biasa makan dah so takde masalah la..
  4. Tempoh lepak di Phi Phi Island adalah lebih kurang 2 jam jadi memang sempat kalau nak bermandi-manda di pantai pulau tu sendiri. Air laut dan pantainya memang setanding dengan Pulau Tioman yang aku pergi tahun lepas.
  5. Harga barang-barang di Phi Phi Island lebih kurang je macam kat Phuket. Kalau dah nama tempat pelancongan, standard la harga barang-barang dia. Macam kat Tioman aku pergi dulu pun harga lebih kurang jer.
Kitorang sampai balik ke Phuket dah dekat pukul 5 petang dah. Kiranya pakej ni memang seharian jugaklah. Ejen tempat kitorang beli tiket tu boleh kata separuh hari jer. Sampai jer kat Phuket, terus pergi Kusuma Seafood sekali lagi untuk bedal masakan seafood diorang yang sedap. Habis dekat 900 baht jugak la makan kali ni sebab order macam-macam. Tapi memang puas hati. Balik hotel kitorang sempat pergi urut kaki (250 baht jer sejam..murah jugak la) sekejap sebelum tido. Esoknya dah nak balik dah..

Bersambung ke part 3....

Khamis, 3 Februari 2011

Bercuti di Patong Beach Phuket Thailand Part 1

Pada awal bulan Januari 2011 yang lepas, aku dan isteri telah mendapat satu peluang bercuti ke Phuket Thailand. Dalam tempoh kurang daripada sebulan persiapan dibuat. Aku tanya semua orang yang dekat dengan aku pasal Phuket, malangnya semuanya tak pernah pergi ke Phuket. So, aku pun gunakan la internet dah memang hari-hari aku guna internet pun. Antara blog-blog yang aku jumpa:

http://www.skolblog.com/2008/08/05/phuket-day-1/
http://sawanila.com/v10/tag/makan-makan/
http://adehendra.com/tag/patong-beach/
http://jama.fotopages.com/?entry=1887289
http://mum2two.wordpress.com/category/sawadeekap-08/
http://ahsuez.fotopages.com/?entry=1292556

Banyak jugak la informasi daripada blog-blog yang aku dah baca ni. Ada info yang boleh guna, ada jugak info yang bila dah sampai baru tahu. Aku nak cerita semua, letih jugak aku nak menaip ni. Jadinya aku terangkan dalam bentuk galeri gambar slideshow kat bawah ni:


Memang percutian aku dan isteri ke Patong Beach Phuket ni main terjah jer. Tourist guide takde, hotel pun book last minit (2 minggu). Ada member cakap kitorang berani sebab pergi jalan negara orang berdua jer. Tapi kalau dah ada informasi, tak perlu tourist guide pun boleh. Apa pun, 3 hari 2 malam sememangnya tak cukup untuk melawat tempat-tempat menarik di Phuket ni.

Aku ada jugak amik video pengalaman aku naik Tuk-tuk. Tuk-tuk kat Phuket ni lain rupanya daripada yang ada kat Bangkok. Boleh tahan jugak harga dia, 200 baht atau RM20 ringgit. 5 minit jer pun untuk satu pusingan kat jalan sehala Patong Beach tu.


Gambar-gambar dalam galeri tu baru hari pertama kitorang kat Phuket. Hari ke-2 dan ke-3 belum lagi. Nanti aku updatekan dalam blog post part 2 dan part 3 ok?

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...