Honeymoon di Sun Beach Resort Pulau Tioman

Sedar tak sedar, dah dekat 3 bulan dah rupanya aku balik daripada honeymoon aku. Aku takde tulis pun lagi citer pengalaman aku honeymoon. Aku start jer la ek? Bulan Februari yang lalu setelah 66 hari aku bernikah, aku dan bini aku pergi la honeymoon. Pada mulanya tak pasti jugak nak pergi honeymoon kat mana, tapi memandangkan aku memang dah lama teringin nak pergi ke tempat yang jauh sikit, kami pun membuat keputusan untuk ke Pulau Tioman.

Planningnya dibuat tak sampai 2 minggu. Aku start search internet untuk pakej yang best kat Pulau Tioman, akhirnya aku jumpa la pakej Sun Beach Resort Pulau Tioman kat website pengiklanan 88db.com. Time tu pulak baru dapat duit main kutu, memang sesuai sangatlah berbelanja sebab dah lepas kahwin memang tak sempat nak ke mana-mana sebab terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan untuk arwah bapa aku.




So perjalanan trip aku bermula dengan menaiki bas Transnasional dari Puduraya ke Mersing. Perjalanan amik masa lebih kurang 6 jam. Bas bertolak hampir pukul 12 malam dan tiba di bandar Mersing jam 6 pagi. Bandar Mersing tu memang pagi-pagi takde orang. Kedai mamak carik pun takde. Ada la 2-3 couple lagi yang naik bas sekali dgn kitorang pun berjalan jugak, memandangkan masih terlalu awal kitorang pun pergi la berjalan kaki daripada stesen bas Mersing ke Jeti. 15 minit jugaklah berjalan, berpeluh ketiak pagi-pagi buta tu. Sampai kat Jeti, kosong takde orang. Yang ada pun pelancong Mat Salleh dah start lepak situ. Kitorang cam malas la nak lepak situ sebab bukannya boleh buat apa pun, jalanlah balik ke tengah Bandar takde orang Mersing tu carik hotel murah yang kitorang boleh lepak. Akhirnya jumpalah satu hotel "Mersing Hotel".



Okay jugak la hotel ni, RM55 satu malam. Walaupun kitorang lepak daripada pukul 6.30am sampai 1pm tak sampai 7 jam pun, bayar RM55 jugak. Kalau kat KL, ada hotel yang 4 jam day use pun dah RM60.


Time ni dah lepas jalan kaki dalam 5 minit daripada pekan Mersing Hotel tadi. Setakat 5 minit jalan jer pun, nak ambik teksi pun tak guna. Macam la dah tua sangat..haha..



Memandangkan kitorang amik pakej, jadinya kena la pergi register dulu. Tapi servis Sun Beach Resort ni sangat friendly dan mesra alam.


Dah lepas register amik tiket semua, kena tunggu bot pulak. Memula takde la ramai sangat.


Makin lama makin ramai orang datang. Hamek ko..Dah rasa macam bukan kat Malaysia pulak. Penuh dengan Mat Salleh yang datang dari negara yang tak cakap Bahasa Melayu.


Tunggu bot ferry sikit punya lama. Diorang kata pukul 1pm feri datang. Dekat pukul 2.30pm baru bot muncul.  Ada Mat Salleh yang 2-3 kali pergi tanya guard kat Jeti tu bila feri nak datang. Tak sabar betul diorang. So bila feri muncul jer, berduyun-duyun orang menyerbu pintu gate feri tu termasuklah aku.


Ni la keadaannya dalam Feri nak pergi ke Pulau Tioman. Kerusi dia tinggi sangat la, nak tengok cerita kat TV tu pun tak nampak.Pasang pulak cerita Van Damme bertomoi kat Siam. Memula aku tengok layan jugak, lepas tu kepala orang depan pulak block aku punya view. Huhh..malas aku nak teleng-teleng kepala pulak nak tengok TV punya pasal.


Tingkap pun tinggi jugak. Jenuh melangut aku nak tengok luar tingkap. Mat Salleh takperlah diorang dah memang tinggi. Last-last aku tido jer dalam feri tu.


Orang bawak GPS time nak bawak kereta. Aku pergi bawak time naik Feri..haha..tapi best jugak tengok kereta bergerak atas air. Tapi kelajuan maksimum feri cuma 30km/h je. Time berlepas daripada pelabuhan lagi la slow 11km/h. Mujur jugak aku tak mabuk laut. Tapi syok gak tido dalam feri.


Setelah 2 jam bergoyang di atas feri, akhirnya sampailah aku di perhentian pertama bot feri aku. Baru aku tahu, rupanya ada banyak lagi perhentian yang bot ni kena pergi. Mat-mat salleh yang ramai-ramai tu semuanya nak pergi perhentian last, kalau tak salah aku nama tempat tu Kampung Salang. Perhentian pertama ni nama dia Kampung Genting. Teringat kat Genting Highland pulak..haha..


Posing sikit depan Kampung Genting ni. Tengok la air laut kat bawah tu, bukan senang nak tengok air laut sejernih tu. Biasa aku pergi PD jer, airnya  keruh semacam jer.


Mari kita pergi tengok Sun Beach Resort..


Sebelah kanan tu la bilik kitorang honeymoon. Mari kita tengok apa ada kat dalam.


Dinding kayu jer dengan lantai simen. Macam rumah kampung pun ada kan? Tapi katil dia la yang aku tak berapa berkenan, bila baring atas katil tu terasa dia punya spring, bunyi pulak tu. Haiyaa..BTW, dalam bilik ni TV pun takde, lampu pun lampu mentol kuning. Tapi apa boleh buat, bajet punya pakej.


Yg bilik kat hujung tu la pakej bilik honeymoon. Tapi kalau aku nak amik yang tu, aku kena tambah lagi RM700, pakej 3 hari 2 malam dia RM1,400++. Mungkin bila aku dah mampu nanti la aku try bilik tu, ada semua benda, Astro TV, katil empuk dengan view laut daripada balkoni.


Persetankan semua itu dulu. Mari kita minum dulu air oren free daripada penyambut tetamu Sun Beach Resort. Penat woo naik bot feri tu. Terasa lapar la pulak.


Sun Beach takde kasi makanan, so terpaksa la carik sendiri. Nasib baik ada kedai dekat jer dengan area resort tu. Order la nasi goreng. Pedas giler, aku makan separuh jer. Dah ler banyak lalat kat kedai tu.


Aku order la teh O ais, pekat semacam. Sekali tu satu perkara tidak terduga berlaku. Aku sedut la air teh o ais tu, sekali tu time nak telan aku terasa sesuatu kat lidah aku. Aku pun ludah la. Sekali tu, seekor lalat tergelimpang kat atas meja. Iyeekkkkk!!!!!!


TIDAKK!!! Aku minum air lalat ke?? Lalat tu boleh siap terbangun dari tido pastuh terbang balik. Terus aku dah tak minum dan ban terus kedai makan ni. Tak nak aku jejak kaki kat situ lagi dah. Bayar dulu pastu balik bilik nak rehat jap.



Tapi sebelum balik rehat, pergi sewa dulu life jaket dgn mask untuk aktiviti snorkeling esoknya. Dah naik harga la pulak, dulu aku dengar RM12 jer untuk sewa dua benda ni. Sekarang dah RM15 dah. Bayar lagi..Nak tahu satu benda tak, betul-betul kat depan kedai tu ada kubur tau. Ntah kubur sapa ntah, tanya kat minah kaunter tu dia kata area situ memang dulu tempat perkuburan. Hah sudah!! Camner nak tido malam karang??Kang terdengar bunyi apa-apa karang..tapi syukurlah takde apa2 pun berlaku..huhu..


Terlajak tido pulak aku petang tu, dah dekat pukul 7pm lebih baru nak keluar mandi laut. Kalau orang tua-tua kata time dekat nak maghrib tak elok main kat luar. Tapi orang tua takde, selamberia jer la..haha..Aku pun saja la testing la life jacket dgn mask snorkeling, lari pastuh terus terjun laut depan bilik aku. Dalam jugak laut kat depan tu walaupun baru berapa meter masuk.


Sempat jugak la berposing dulu dengan bini sebelum masuk bilik solat maghrib pastuh bersedia nak pergi makan malam pulak. Korang perasan tak papan tanda Sun Beach Resort dah takde kat atap yang kat tepi laut tu? Agaknya dah kena curik kut. Tak pun dah kena bedal dengan ombak kuat habis pecah. Lupa pulak aku nak tanya si Syam manager resort tu.


Makan malam kat restoran atas bukit sikit. Kena bukak kasut dulu baru naik. Lantai dia lantai kayu tuh, jalan sikit dah gegar satu tempat makan tu. Makan memang best la, 2 orang jer tapi lauk ada 3-4 jenis. Ada TV 32 inci flat skrin dengan Channel Astro. Kalau ada Astro kat dalam bilik kan lagi best.

Waktu kitorang datang ke Sun Beach ni, ada lebih kurang 4 couple datang. Semuanya ada inai lagi la kat tangan kaki semua. Inai aku dah pudar sikit la tapi nampak la jugak. Boleh pulak ada sorang minah ni datang holiday sengsorang. Katanya nak habiskan annual leave.

Malas aku nak sibuk-sibuk hal minah tuh. Layan bini lagi best. Habis makan jer terus balik bilik unpack barang semua pastuh bersenam sikit sebelum tido..hehe..

Letih la pulak aku menaip ni. Biar aku tunjuk gambar-gambar jerlah:

Gambar Panorama pemandangan diambil menggunakan kamerafon

Sun Beach Resort
Begitulah serba sedikit pengalaman honeymoon aku di Pulau Tioman ni. Adios..

You Might Also Like

5 komen

  1. aku rasa.. bln june nnt baru lar kuar part 2 pulau tioman ko nih.. hahaha! xpe.. aku penyabar orgnyer ;p

    ReplyDelete
  2. hahaha betol tuh kak d...hahaha

    ReplyDelete
  3. oy apekah dua komen baru nie?kesian aku komen laa..

    no komen.

    ;-P jiran dpn kau..hahah..

    ReplyDelete
  4. gambar pemandangan tu dr kamera jenis aper kau amik eh?sgt lawar laa..ke kau amik tepek dari mana2 mags..pasal part muka kau ajer gelap semcm..

    ;-P jiran dpn kau laa!

    ReplyDelete
  5. Baru kahwin, kamera chokia jer la..Yg gambar pemandangan tu guna kamerafon je, 3 kali amik baru jadi camtu tapi dia tempek dia tak berapa tak betul la..hampeh..tapi janji ada..haha..

    ReplyDelete