Jumaat, 26 Jun 2009

Kerja Oh Kerja

Eh, dah nak akhir bulan dah rupanya. Tak sempat betul aku nak update blog, sebenarnya bukan tak sempat, malas sebenarnya..haha..online sehari lebih 8 jam tapi duk buat keje apa ntah. Aku baru lepas baca Blog Ajak ni, tengok dia pun update blog, aku pun nak update jugak la..haha..pukul 5 pagi duk update blog dah takleh nak tido balik terjaga kul 4 pagi. Anyway, sebut pasal kerja ni, semakin ramai aku tgk kengkawan opis dah mula mengorak langkah bertukar bidang dan sebagainya.

Kalau dari perspektif bos, teruk jugak la keadaan sekarang ni, yerlah kan, pekerja ni di kira sebagai aset syarikat la. Malangnya aset pekerja ni dah bukan mcm dulu, pekerja zaman s'kang ni dah terer berfikir jadinya aset pekerja dah tak berharga seperti dahulu. Tapi kalau dari perspektif pekerja pulak, ni satu peluang yang seharusnya tidak dilepaskan. Yerlah, kalau dah bosan kerja tempat yang sama dgn keadaan yg tak best, mesti la nak rasa perubahan positif, betul tak?

16 Mei bulan lepas bersamaan dgn hari Guru (Selamat Hari Guru Cikgu2!), aku pergi ke PWTC ada pameran kerjaya dan keusahawanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE). Memang besar betul event dia. Dah register online, dia suruhnya register lagi sekali. Patutnya aku tulis pasal event ni sebelum aku tulis yg blog post lepas. Tak kisahlah kan, janji tulis. Tengok ni:



Punyalah ramai. Awek-awek toksah cakap la, sememangnya lagi ramai. Tapi aku datang dengan tunang aku so just tengok jer lah (Opss..sayang jgn marah tau..haha). So, dah amik tag barkod, pergi la masuk tempat yg macam pasar malam. Dah pening2 lalat dalam tu, naik la tingkat 2. Tengok ni pulak:



Tu dia..punya besar dan banyak booth.



Ni area Education, kalau nak carik keje jadi cikgu kat pusat tusyen (gaji/upah cikgu tusyen boleh tahan beb..aku tahun lps sejam ngajar part time boleh dpt RM35/jam..haha..ajar budak sekolah rendah jer pun), pergi kat area situ.



Area ni pulak untuk sapa2 yg berhati waja nak jadi insurans/mutual fund consultant. Ckp jer nama konsultan, tapi keje macam salesman jugak nak dapatkan komisyen. Aku dulu pernah jugak nak jadi, tapi tak jadi2 pun sebab malas nak pergi carik appointment..haha..lagipun ada kena pergi kelas pastuh exam kena bayar semua baru layak nak jual brg2 financial ni. Ekonomi s'kang ni tak berapa stabil jadi better jual barang lain dulu kan?

Setelah puas meronda dalam tempat yg penuh sesak tu. Aku sebenarnya nak tolong tunang aku carikkan keje, tapi daripada 5 resume yg dia bawak, 3 jer yg betul2 dapat hantar. Yg barkod dia kasi awal2 tu mulanya dia cerita kata kalau nak apply keje, booth yg kiter pergi tu akan scan pastuh nama kiter akan automatik jadi applicant. Rupanya byk booth contohnya mcm KTM Bhd lebih prefer hantar resume kertas jugak. Oh yer, KTM ada byk jugak kekosongan terutamanya engineer. Aku tak nak la jadi engineer keretapi ni, aku dah jadi engineer lain dah..haha..

Time2 nak penat, terasa nak balik. Aku terserempak dgn booth ni:



Tahun 2005 dulu aku pernah pergi satu event eBay Live kat KLCC Convention Centre. Ada dulu aku blog, korang carik la kat blog2 omputih lama aku dulu. Aku dulu duk tengok jer org duk buat duit guna eBay ni, tapi setakat tengok jer la. Terasa rugi pulak aku tak start buat, harap belajar jer la. S'kang ni baru tengah pelan-pelan kayuh (Kayuhan tak cukup kuat la, kena kuatkan lagi kayuhan nak carik duit nak kawin nih..hihi). Sememangnya boleh buat duit guna eBay ni. Aku baru start buat 3 bulan, dah balik modal dah pun duit aku belanja (ada la dlm brp ratus jer pun) pergi kursus sebelum ni. Kerja pun tak sesusah mana, cuma kena layan e-mail customer jer pun. Tapi takleh la citer benda tu kat sini, super secret project..haha..

Pergi event ni best jugak walaupun penat. Tapi aku rasa carik keje kat event camni agak rendah peratusan nak dapat. Tapi kalau nak carik contact ke, pendedahan awal, memang bagus datang event ni. Dah banyak dah event kerjaya ni aku pergi, takde pun aku dapat keje. Nak carik keje ni, pada pendapat aku la, perlukan kesungguhan jer. Kalau sambil lewa carik keje (yg jarang org carik keje buat), mesti susah punyalah. Malangnya ramai jugak org yg masih menganggur, tu yg aku pelik jugak sebenarnya (walaupun aku tahu best menganggur menghabiskan boras mak bapak ni..haha).

Okaylah, aku dah semakin merapu dah ni. Kepada kgkawan yg nak tukar kerja tu, selamat berjaya aku ucapkan. Yg dah hantar surat resign tu, berbaik-baiklah dgn org yg akan di hand over kerja tu. Yg tengah berfikir nak tukar kerja tu, susun strategi betul2 baru implement. Yg tgh buat keje dlm diam2 tu, cover2 line sikit weh!! Adios!!

2 ulasan:

  1. jay, hepy belated besday utk haku laa...16.mei

    BalasPadam
  2. Ler..besday ko ke? Aisey..

    BalasPadam

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...