Khamis, 28 Mei 2009

Aku Di Tagged

Aku telah di tag oleh 2 orang gadis MTSB, Zai dan Filah. 1st time siut!!

1. Apa perasaan sekarang?
Dah nak tgh malam ni, ngantuk siut...

2. Saya nak makan :-
Kenny Rogers, baru makan last week waktu En Shahrul belanja sempena pemergian Lau

3.Saya tak suka :-
Waktu time nak tido, time tu la selalunya idea datang pastuh ngantuk tadi boleh hilang kadang-kadang.

4.Impian saya :-
Nak bukak company virtual, office virtual, pekerja virtual dan segala-galanya virtually outsource bila ada duit. Duit jer real..haha..

5. Haiwan yang saya tidak suka :-
Lipas. Aku pernah ngigau time tido sebab nampak lipas terbang dlm bilik sebelum tido.

6.Saya harapkan :-
Dapat kawin secepat yang mungkin sebab umur tahun depan dah 29 tapi duit tak cukup lagi ni, ayam betul. Nak buat anak sebelum umur 30..muahaha..

7.Jika boleh diputarkan masa :-
Zaman menganggur. Best siut lepak jer time tuh.

8.Saya pada 10 tahun akan datang :-
Dah tercapai impian ada bisnes virtual aku sendiri

9. Handphone saya adalah sebuah :-
Alat untuk call pasangan aku menggunakan bluetooth headset time kebosanan waktu sejam drive pergi dan balik dari ofis

10. Saya pernah berchenta sebanyak :-
Banyak siut. Cinta dlm senyap, cinta monyet, cinta rahsia, cinta terjumpa dan akhir sekali cinta nak kahwin.

11.Saya suka pada :-
Internet, tak boleh la kalau terdisconnected. Terasa seperti ketandusan.

12. Kawan-kawan saya :-
Dah jarang jumpa sebab diorang semua ada family sendiri dgn anak beranak semua. Ada geng single pun tak guna jugak sebab lepak tgh2 mlm buta time aku dah ngantuk nak tido.

13.Pernah dikhianati?-
Banyak kali dah tapi ntahlah, aku ni cepat lupa kut.

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?-
Biarkan jer. Dunia ibarat roda, hidup umpama layan-layang.

15.Senaraikan 8 orang untuk di tag :-
Malaslah, nak tido..Good Night!

Rabu, 27 Mei 2009

Post Mortem Operation Lymphangioma Aku

Sedar tak sedar, dah dekat 2 bulan dah lepas aku operation kat Hospital Selayang hari tu. Punya lama aku tak tulis blog. Bukannya susah pun nak tulis blog ni, taip jer. Tapi dah aku duk buat keje lain. Duk sibuk main ada satu game ni, sampai hari tu sebelum operation pun aku still duk ingat pasal game tu..haha..

Citer sikit la pengalaman aku time selepas operation tu. Nanti korang tengok la gambar-gambar aku. Oh yer, sebelum ni aku ada buat blog kat Wordpress, tapi mcm tak best pulak guna Wordpress. Wordpress ni yg best kalau ada .com sendiri. Aku punya dot com orang putih aku dah berzaman tak update. Nanti la aku allocate sejam ke nak update balik semua perkara-perkara best. Okay, masuk balik topik aku selepas operation tu.

Orang sebelum operate ni 12 jam sebelum bedah, kena puasa. So aku tak makan apa2 sejak daripada tengah malam semlmnya. Bangun pagi, gosok gigi tunggu punya tunggu sampai dekat pukul 4 petang tak sampai lagi giliran operation aku. Aku dah lapar giler pastuh kepala pun dah naik ting tong, komplen la kat nurse. Nurse pulak boleh buat-buat "Eh, apsal diorang ni lama sangat biarkan patience ni?". Tak pasal-pasal tangan aku kena tebuk masuk air glucose yg gantung tu:

Misi tengah masukkan IV drip
Aku ni allergic sikit tengok mana-mana tempat kat badan aku kena cucuk dengan jarum. Mesti tak lama lepas tu aku akan pitam. Dulu time aku kena buat CAT Scan, tangan kene tebuk jugak, pitam sekejap. Tapi nasib baik kali ni tak pitam, sebab dah kena tebuk dah sebelum ni. Tapi aku tak berani sangat nak tengok la. Tu nurse tu tengah pasang plaster tu. Tak best betul la ada tiub2 melekat-lekat ni. Tak bebas nak bergerak. Tapi tak lama lepas tu, dekat pukul 6 petang, nurse datang bawak stretcher pastuh suruh tukar baju.

Waktu aku dah di prepare kan untuk masuk dewan bedah, aku kena pakai pakaian serba putih tanpa memakai apa-apa di dalam. Haha..malu..malu..Tapi buat selamberia. Tengok la aku posing ni:

Posing dengan baju hospital
Korang nampak tak bengkak kat leher sebelah kanan aku tu. Time aku pergi keje atau keluar, aku mesti pakai baju ada kolar sebab kalau aku pakai baju takde kolar, memang jelas ketara lah. Bengkak tu dah berlanjutan sejak akhir tahun lepas lagi sebenarnya. Sekejap jer, dalam masa kurang daripada 6 bulan dia bengkak besar giler macam. Aku kalau tido waktu malam kalau aku ngereng, memang kebas la lengan kanan aku sebab darah tersekat. Continue, dah siap pakai baju semua, kena minum ubat dulu:

Minum dulu sebelum naik stretcher
Ubat apa ntah, aku pun tak tahu. Mungkin nak kasi tahan sakit atau ngantuk terus kut. Pastuh baring la aku kat atas stretcher:

Bersedia untuk ke Operation Theater
Sejuk woi, tu kena selimut tu. Aku ni dah la kurang lemak sikit, memang menggigil kalau takde selimut. Lagi satu, takde seksi sangat kalau nurse-nurse comel tu tengok2 aku..auww!!..hahaha.. Kemudian, nurse2 tu tolak aku ke satu tempat yg aku pun tak tahu kat mana:

Aku sedang di hantar ke bilik operation
Laju siut nurse tu tolak aku, aku tak tahu kenapa. Tunang aku yg jadi kamerawoman tu tercungap-cungap kejar nurse tu. Pastuh kamerawoman aku dah tak sanggup kejar lagi dah. Time tu kalau tak salah aku dekat pukul 7 dah kut. Dalam tempat tunggu aku masuk dewan bedah tu, aku lepak jer la. Sampai la ada doktor anastatik bagi aku satu topeng pastuh aku tak ingat apa dah.

Aku sedar-sedar jer daripada pengsan, aku tengok kabur-kabur jer. Pastuh perut aku rasa lain macam sangat. Aku angkat tangan aku nak panggil nurse, tapi tangan aku tak naik pulak. Aku try lagi sekali, baru boleh. Nurse pun datang, aku pun terus muntah. Nurse tu amik vakum sedut semua muntah tu. Sangat tak best keadaan time tu, sikit-sikit muntah. Nasib baiklah Hospital Selayang ni okay sikit, kalau aku time kat Hospital Universiti dulu, aku sedar2 dari pengsan, aku kat tepi koridor dgn org sibuk lalu lalang. Boleh nurse biarkan aku kat kaki lima tu dekat setengah jam baru aku diusung ke wad aku. Teruk punya hospital. Anyway, tu citer lama la waktu 1st time aku dibedah atas kes yg sama. So, aku pun diusung sampai ke wad aku balik. BTW, aku lepak kat wad VIP atau 1st class. Walaupun VIP tapi murah jer beb, RM70 jer satu malam. Hotel lagi mahal..haha..Apa pun, aku dah tak larat sebab asyik muntah jer, aku pun tido:

Berehat
Ke mana saja aku pergi, memang laptop kesayangan aku takkan lari punya. Siap online lagi guna DiGi Internet walaupun sakit-sakit..haha..Nampak tak tiub tepi katil tu, dia sedut darah daripada leher aku yg bengkak tu, masuk dalam botol. Malam pertama lepas operation tu, memang aku muntah tak ingat lah. Nurse cakap tu side effect daripada full body bius tu. Tapi aku memang leher tu tak rasa sakit sangat pun, siap tak rasa apa-apa lagi kalau cubit kuat2..Mmm..So, aku pun berkampung la kat hospital tu selama 5 hari.

 

Tengok la tempat doktor tebuk pastuh dia taruk tiub masukkan dalam botol. Gambar ni aku amik guna laptop aku time aku boring-boring duduk kat hospital. Nasib baik la aku boleh online, kalau tak, bosan giler. Tapi online lama-lama pun, kebas badan pulak. Oh yer, makanan kat Hospital Selayang ni boleh tahan jugak sedap dia. Aku sehari lepas operation tu, lapar giler siut. Makan tu makan, tapi kemudian muntah. Buat rugi jer. Tapi nasib baik dah hari ke-2 dan seterusnya okay.

Nak tengok tempat stapler kat leher aku tak? Biasanya doktor jahit kalau operate, tapi kali ni tak pulak, diorang stapler. Aku sendiri pun terkujat:

Stapler di leher
Kalau korang nampak, yang kat atas tu tempat operate aku time aku 12 tahun lepas. Yg bawah tu yg baru punya. Time diorg nak cabut stapler tu, diorg guna pembuka stapler kertas biasa tu jer. Selamberia tak?

Sepanjang aku duk kat hospital tu, tak ramai pun pengunjung2 aku. Tapi aku tak kisah pun sebab aku kan boleh chatting guna Skype. Tapi terima kasih kepada Syawal dan Haji sebab datang jenguk jugak aku dan kasi hamper. Siap ada beruang kecik lagi dalam hamper tu. Tunang aku amik letak dalam kereta beruang tu...haha..

Hari ke-5 iaitu hari Sabtu pun tiba. Doktor check2, tengok aku dah boleh discharge. Tapi sebelum tu kena tanggalkan dulu tiub yg melekat kat bahu aku sejak dari lepas operation tu. Pastuh ada lagi jarum besar gedabak kat lengan aku tak tanggal2 sejak dari lepas operation tu. Memang gatal giler tangan aku dah 4 hari benda tu melekat. Ada jugak rasa macam nak cabut sendiri tapi takut la pulak. Time nurse nak cabut keluar tiub panjang kat bahu aku tu la sakit siut! Tapi aku tak berani nak tengok sebab takut pitam. 2 kali dah aku pitam dalam tempoh 5 ari kat hospital tu. 1st time aku gerak2 ganas sikit, darah terkeluar dari tiub tu, basah tilam aku. Aku terkejut terus aku lompat turun dari katil. Pastuh pening..haha..nurse pulak gelabah dah tengok aku pitam. Kali ke-2 time tengah malam, aku mimpi apa ntah, aku dah tido mengereng pastuh darah terkeluar lagi, habis tilam aku kena darah. Pitam lagi aku. Aduhai...

Dah la, duk teringat kisah ngeri ni. Baik aku main game aku balik. Boleh pulak bos call aku tadi tanya pasal presentation slide dia. Esok pagi jer la aku buat, nanti aku rajin aku tulis la lagi. Adios amigooss!!!

Update 20/1/2012: Setelah 3 tahun operation, baru aku tahu ejaan sebenar dan link rujukan untuk penyakit aku ni setelah aku men'google'. Rupanya benda ni birth defect ataupun kecacatan ketika dalam perut ibu lagi. Nama penyakit ni 'Cystic Hydroma' atau 'Lymphangioma'. Sekarang ni leher aku dah tak bengkak macam hari tu, tapi ada la sikit side effect macam leher aku dah tak selesa la tidur tak macam dulu lagi dah.

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...