Jumaat, 20 Mac 2009

Post Pertama Aku

Memandangkan aku dah pernah buat blog yang pertama aku dulu guna Blogspot, jadi aku teruskan je la guna Blogspot lagi. Tapi tu la kat ofis aku Blogspot ni kena block dgn orang network aku. Tapi boleh pulak budak2 ofis aku yang lain buat blog guna Blogspot. Mungkin diorang update kat rumah dan bukan mencuri masa waktu kerja nak update blog diorang. Tapi budak-budak kat site ofis boleh access Blogspot dan kat rumah diorang bukannya ada internet. Tapi aku ni pun bukannya mulia sangat tak buat kerja sendiri kat ofis. Apa pun, pandai-pandai cover la kalau buat kerja sendiri time office hour kan? Even bos pun bukannya seratus peratus buat kerja time office hour, tapi dia kes lain la sebab dia bos, kiter ni kuli jer.


Ke situ pulak aku bercerita. Apa pun, aku nak citer pengalaman aku semalam time aku amik leave. Kepada mereka yang belum tahu, aku akhir bulan ni akan berkampung di Hospital Selayang. Aku belum tahu lagi la aku akan masuk 1st class, 2nd class atau 3rd class untuk bilik penginapan tapi memang aku kena lepak sana seminggu bermula 31hb sampai habis minggu pertama bulan April. Nak kata aku takut atau nervous nak menghadapi pisau bedah doktor surgeon tu karang, aku tak rasa pulak tapi nanti camner pun time tu nanti aku pengsan. Bukannya aku rasa apa pun. 12 tahun lepas aku operate kat tempat yang sama, aku tak rasa sakit apa pun. Cumanya aku demam 3 hari la mungkin sebab badan aku terkejut kena potong dengan doktor. Kita bukannya boleh kontrol badan kita ni, aku hari tu amik CT Scan kena cucuk dgn jarum panjang sebab nak masukkan air pewarna kasi mesin besar CT Scan tu nampak pun boleh aku pitam sekejap. Memang selalu pun kalau doktor cucuk aku jer, aku mesti pitam. Aku takde la takut sangat dgn jarum tu, tapi aku takut menghadapi saat-saat pitam tu jer. Memang nanti semua benda yang aku makan akan terkeluar balik pastuh berpeluh tak ingat di samping badan rasa lain macam, memang tersangatlah tak bestnya.


Apa benda aku dah cerita ni? Aku nak citer pasal semalam sebenarnya. Aku sampai kat Hospital Selayang semalam nak amik nombor, sekali aku tengok nombor aku 1185. Time tu aku tengok, nombor yang ada 1070. Gilerlah!!! 115 orang lagi aku kena tunggu sebelum giliran aku?? Kalau sorang punya urusan amik masa 2 minit purata, 100 orang dah 200 min atau 3 jam 20min. Nak buat camner, terpaksalah aku tunggu.


Hospital Selayang Queue Bapak Punya Panjang


Korang tengok la gambar kat atas ni, giler ramai orang. Aku dah pernah pergi 2-3 kali lepas tapi takde la seramai ni. Nasib baik la aku bawak PDA HTC aku dgn sebuah buku. Takde la aku kebosanan sangat. Agaknya staf hospital tu tengok ramai sangat orang (Ni baru registeration, belum jumpa doktor lagi, nak jumpa doktor kena bayar dulu) diorang pun tambah la kaunter. Dalam sejam jer tengok aku punya giliran sampai. Awek yang jaga kaunter tu aku tengok mcm letih jer, aku tanya soalan berapa deposit kena kalau aku nak duduk yang okay punya wad, dia jawab "ada 3 jenis kelas wad, yang mana satu?", aku pun tanya la "kalau wad yg ok?". Dia pun tengok ada schedule dia tampal kat sebelah dia, pastuh dia jawab "RM1,100 untuk 1st class". Aku malas nak tanya yang kelas 2nd dgn 3rd sebab yang paling tinggi tu 1st class. Aduhh..mana aku nak cekau duit nak bayar ni? Insurans company aku tak cover, kena mintak mak bapak aku la sponsor kut. Tu belum charge operation lagi..sedih aku..ni baru hospital kerajaan, kalau hospital swasta, aku kena amik loan 20 tahun la nak bayar.


Eh, panjang pulak aku tulis untuk blog entry pertama aku ni. Okaylah, aku banyak benda lain yang lebih penting sepatutnya aku buat daripada meluahkan perasaan kat sini. Chiawsin!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...