Ahad, 22 November 2009

Tengok Tari Tirana Live di e@Curve

Wadduh..Dah lebih sebulan rupanya aku tak hapdate blog aku ni. Sungguh malas betul nak menulis rasanya. Mungkin sebab takde benda exciting nak tulis. Tapi semalam aku pergi ke e@Curve, aku ada la dengar Cineleisure Damansara dah tukar nama, tapi aku tak tahu pulak nama dia e@The Curve s'kang ni. Aku mmg suka tempat ni sebab parking dia tak semahal parking kat tempat lain. Kalau hari minggu, sekali masuk baru RM3. Kalau hari biasa, RM1 jer sekali masuk.

Aku sebenarnya takde cadangan pun nak pergi e@Curve ni, tapi dah tunang aku dengan bersungguh-sungguhnya ajak aku. Aku pun, okaylah, jom! Aku sebenarnya minat jugak tarian-tarian ni walaupun taklah minat giler macam tunang aku. Aku ingat lagi tahun 2007 dulu aku join membership Studio Tarian Linda Jasmin kat Ampang. Aku bayar RM50 tu untuk jadi member:



Waktu tu aku belajar tarian moden dengan lagu Fergilicious Black Eye Peas. Memang hancuss..Aku ingat lebih kurang dalam 8 step first jer, pastuh aku lost. Even ada satu step basic guru aku ajar (Time tu Pamela Chong adik Vince Chong AF1 yg ada join The Amazing Race sebulan selepas dia berenti dari Linda Jasmin Studio tu), setakat selang-selang kaki jer pun, tu pun aku fail. Datang kelas 2 kali jer, pastuh aku terus drop out. Memang badan dah keras aku ni..hahaha..Dah ler jarang giler bersukan, apa nak jadi dgn aku ni?..

Dah ler tuhh..ada ke pulak downkan diri sendiri. Patutnya aku kena motivasikan diri aku kearah kebaikan. Chewah..Berbalik kembali kepada cerita aku pergi tengok sesi bersama peminat Slot Lestary Tari Tirana TV3. Seingat aku la, aku rasa aku pernah tengok citer Tari Tirana ni 3 kali jer kut. Ada la aku tengok time nak makan semua tu, tapi aku tak follow sangat la citer ni. Aku duk follow citer aku download jer pun banyak, semua citer mat salleh yg tipu-tipu belaka. Selingan sikit la, aku tengok citer 2012 last week, aduhai..awal-awal lagi tgk dah ada tipu, dah ler aku duduk row depan sekali, sakit urat belikat aku duduk mendongak ngadap skrin wayang tuh. Dah ler lama nak mampus citer, ending pulak cam haram..Patut aku download jer citer tuh macam aku download citer Surrogates...

Mengomplen pulak aku, mana tadi? Oh, Tari Tirana. Patutnya aku follow citer Tari Tirana ni, pelakon dia kiut-miut dan gediksness terlebih. Memang Da Boom Boom Pow..Hahaha..Tapi nak jadi artis, mesti la kena gedik sikit, kang kalau malu-malu itik camner nak beraksi depan kamera, tul tak? Mari kita tengok gambar-gambar snapshot yang aku ada amik:



Punya la panjang orang beratur nak amik autograph pelakon-pelakon Tari Tirana ni. Aku tak amik pun autograph, kang diorg tanya soalan-soalan pasal Tari Tirana ni, aku bukannya tahu sangat, elok-elok boleh cakap okay, tetiba jadi cacat tergagap-gagap pulak...haha..



Ni Wan Sharmila, star utama Tari Tirana. Laki tu aku tak tahu sapa tapi yang aku tahu, dia cam hero no.2 la. Tunang aku boleh kata dia hensem? Walhal aku rasa aku lagilah terhemsem daripada mamat mata sepet tuh..Akaka..



Tengok la..punya ramai gadis-gadis mengerumuni stage tuh. Time aku kat depan amik gambar tu, gadis-gadis tu siap tertolak aku suruh kasi jalan kat diorang. Fanatik sungguh.



Yg kiri sekali tu Chika dalam cerita Tari Tirana ni. Tunang aku kata dia menari cantik. Liuk lentur badannya mmg da boom katanya. Mari kita lihat persembahan videonya:




Si Chika ni (Aku tak ingat la nama betul dia), boleh menyanyi jugak. Layan video ni:



Tapi yg paling aku suka, bukan suka macam Gay suka ok? Just minat cara dan kesungguhan Mamat pakai baju hitam dalam video kat bawah ni. Katanya dia ni choreographer untuk Tari Tirana ni. Tapi memang gempak la gaya dia (penuh emosi dan karakter).



Banyak tempat aku pergi letak video-video aku ni. Bukan apa, aku duk convert ke sana-sini, upload2 tengok2 fail. Bengkek jer. Nasib baik aku guna Streamyx, kalau aku guna P1 ke, Maxis ke, habis bandwitdh dan slowkan internet aku.

Time dah nak habis acara ni, aku punya kamera aku bawak full pulak memori dia. Terpaksa aku amik guna kamerafon aku. Tak berapa clear sangat la:



Penutup acara. Barisan pelakon-pelakon Tari Tirana.



Aku nak kena catch up tengok Tari Tirana kat TV3 online ni. Alamak, esok dah nak kerja balik dah. Pergi dulu..Cheerio!

Ahad, 18 Oktober 2009

Selamat Hari Raya & Selamat Hari Lahirku

Dah nak habis dah Raya tahun ni baru aku nak update blog aku ni. Sekarang ni ramai orang just update Facebook jer, jadi blog ni kureng sikit. Tapi Facebook tak boleh nak simpan cerita-cerita lama tak macam blog, tapi masing-masing ada kurang dan lebihnya. Kebetulan pulak besday aku jatuh pada hari Ahad, so aku lepak rumah jer lah pagi-pagi ni. Biasanya orang kalau hari Ahad bangun lewat, tapi aku hari Ahad aku bangun awal pastu layan semua benda yang aku sempat nak buat time hari biasa, selalunya catch up balik dengan benda-benda online aku la.

Sejak beberapa minggu ni, antara tugasan aku banyak melibatkan design2 pulak. Tiba-tiba di saat seorang artis digital diperlukan, time tu la jugak orang yang ada kemahiran tu berhenti. Memandangkan tiada siapa lagi yang mahir, terpaksalah orang yang ada pengetahuan sikit-sikit menjadi bidan terjun. Orang itu tak lain dan tak bukan, Aku Seorang Jay! Tugas artis digital ni nak kata senang pun tak, nak kata susah pun tak jugak. Asalkan tahu format dan software apa nak pakai, memang boleh buat. Satu jer la benda yg aku tak suka bila jadi artis digital ni, perlukan ilham dan perlukan masa. Bab ilham tu yg aku lemah sikit, aku ni bukannya jenis yang ada ilham sangat. Selalunya aku suka benda-benda short-cut, cedok sana sini sikit pastuh edit adjust lebih kurang, jadilah karya aku..haha..bagus tak?

Tapi ada jugaklah hikmah disebalik menjadi bidan terjun ni. Baru-baru ni aku nak kena tempah kad kahwin, nak buat peta jer pun orang kedai printing tu kata cas dia RM30 satu peta. Tu baru sebelah pihak jer, dua-dua belah pihak RM50. Macam biasalah, memandangkan aku pun artis digital eksiden, aku buat keputusan utk buat sendiri jer la. Seminggu kemudian baru siap sebab ilham aku tunggu tak sampai...haha...last-last bedal jer. Nanti aku tunjuk la karya aku.

Sebelum tu, aku nak ucapkan "Selamat Hari Lahir Yang ke-28" untuk diri aku sendiri. Tak sangka dah 28 tahun dah umur aku. Aku sebenarnya duk target umur 25 tahun aku sepatutnya dah kahwin, kononnya nak ikut sunnah nabi la. Last-last adik aku umur 24 tahun yang kahwin dulu, aku yang terlajak 3 tahun. Oh yer, ni kad hari lahir aku yang aku taram daripada template Microsoft Publisher pastuh tampal muka aku kat situ:



Jadi la tu kan? Walaupun takde la fancy sangat, aku buat tak sampai 5 minit. Malas nak spend masa lelama. Ni pun aku dah terlajak menulis dan mengadjust karya penulisan blog aku ni dah lebih setengah jam. Sementara masih di bulan Syawal ni, minggu lepas ada open house syarikat di rumah bos kat Sg. Merab. Disebabkan aku geram tengok hamper yang besar-besar kat ofis tu, kemudian diumumkan pulak ada pertandingan pakaian hari raya paling menarik. Aku pun dibantu oleh tunang tersayang, dress up habis-habis nak kasi bawak balik satu hamper. Bertuah jugak la aku walaupun dapat hamper yang paling kecik di antara 6 hamper-hamper yang ada display.


Aku memegang hamper yang dimenangi bersama bos dan jugak adik serta adik ipar aku.


Gambar-gambar aku yang lain:


Aku Seorang Jay & Aku Seorang Ajak


Woi Ajak! Update la blog ko dowh!


Aku dan Ajak di samping Safuan interframe kat belakang



Dari kiri: Aman, Iwan, Ajak, Pemenang hamper bagi kategori gadis paling bergaya dan pemenang hamper bagi kategori jejaka paling hemsem bergaya..haha..


Ingat tak aku cakap pasal peta yang kedai cas RM30 tu, letih jugaklah aku duk design sendiri. Sepatutnya software yang bagus buat kad ni Adobe Illustrator, aku dah try tapi aku sakit jiwa sebab tak reti nak guna. Aku try guna Adobe Photoshop tak jadi, guna Macromedia Fireworks (software image editing kegemaran aku buat website) pun tak jadi jugak. Last-last aku pakai Microsoft Visio, lagi sempoi. Ni lah hasilnya:



Amcam? Korang paham tak peta aku camner nak datang kenduri aku bulan Disember ni? 2 hari aku bikin ni. Penat otak aku.

Okaylah, aku nak bersiap pergi Konvokesyen tunang aku yang tersayang. Tunang aku dah ada degree dah pun, aku ni jer la belum ada plan nak sambung degree. Nantilah aku masukkan dalam plan objektif aku yang akan datang, kalau ada keperluan.


Happy birthday to JayHemSem!!

Isnin, 5 Oktober 2009

Makan-makan Buka Puasa di Flaming Steamboat

Dah seminggu lebih raya dah pun. Punyalah malas aku nak update blog aku ni. Walaupun bulan puasa dah habis, tapi bulan puasa adalah antara bulan kegemaran aku sebab ada banyak sebab. Salah satu sebabnya, MAKAN!! Bukanlah nak kata bulan Syawal tak makan, bulan Syawal lagi banyak makan sebenarnya. Tapi bulan puasa ni makan dia puas sikit, betul tak?

Tapi tahun ni punya puasa, aku takde rezeki pulak nak bukak puasa kat memana hotel. Tahun lepas, aku ada la jugak bukak puasa kat Marriot Putrajaya under company. Apa pun, tahun ni terima kasih kepada Cik Izzati yang telah merekomenkan satu tempat yang agak istimewa, aku dan rakan-rakan seofis berbuka puasa si Flaming Steamboat, Sunway.

Chocolate Marshmellow


Entri blog ni bukanlah bertujuan nak mempromosikan Flaming Steamboat ni, tapi just nak bercerita la pengalaman makan kat tempat ni. Memang sedap dan tak muat la perut nak kasi taram. Pelik jugak aku kenapa aku tak perasan tempat ni padahal aku memang dulu-dulu selalu duk makan kat kedai Tomyam sebelah kedai mamak sebelah Flaming ni. Apa pun, tengoklah gambar-gambar sebahagian geng MTSB makan dengan penuh semangat yang 'membara'..haha..


Ajak duk tengok jer seafood tu sebab dia alergik. (Dalam hati, terbang duit RM21.75 aku..) Jgn marah Ajak.. Syam pulak duk pulun makan biskut stick bercicahkan coklat.



Tak berenti si Syam ni pulun coklat. Gila coklat rupanya mamat ni..



Wah..seronok betul mereka-mereka ini.



Diorang ni walaupun kurus macam aku, tapi melantak tak hingat jugak..haha..



Tekun meratapi seafood yang terhidang..dari kanan, Raja Lobster, Raja Ketam dan Raja Ayam..wakaka..



E'eh..Cik QA kita pun join jugak? Amcam kualiti kontrol makanan sini maree?..hehe..



Sampai senget spek aku da..Nak kena tempah spek baru la aku. Flamingnya hebat sangat..


Kalau nak banding makan kat Kenny Rogers, makan kat Flaming ni lagi murah sebenarnya. Apa pun, pilihan di tangan anda.

Selamat menjamu selera kay!!

Ahad, 13 September 2009

Kerja, Tugas, Tugasan, Mana Satu Da?

Aku jarang bercerita tentang kerja aku. Mungkin pada sesetengah orang, kerja aku ni susah. Ada orang lain pulak nampak kerja aku ni senang dan rileks. Pada aku pulak, kerja aku kalau dah tahu tu senang la, tapi kalau tak tahu, sememangnya la susah. Inilah apa yang berlaku minggu lepas bila kerja aku (yang tak sepatutnya menjadi kerja aku pun, dah takde orang lain nak takeover) tiba-tiba datang satu kes yang melibatkan skill teknikal yang agak tinggi. Mana tak tingginya, nak kena gunakan bahasa komputer yang aku tersangat jarang guna iaitu SQL.

Aku bukannya tak nak belajar, kehendak tu ada malangnya keperluan tu takde. Tup-tup tiba-tiba keperluan ada pulak, tapi kes yang datang ni takdelah isu besar sangat aku rasa. Jenuh aku godek-godek balik segala dokumenlah, tengok balik scripting2 yang aku tak pernah guna, call dan e-mail screenshot orang lama yg dah berhenti tu, just nak setelkan satu kes. Tak setel lagi aku rasa, tapi biar jer la dulu. Bukannya aku tak nak kasi kerja yang komited dan berkualiti..Mmm..nanti la aku tengok (dalam erti kata lain, kita buat-buat tahu jer..haha..mkn gaji buta..tapi nak kata buta pun, kerja ni kalau kat tempat lain, gaji aku s'kang ni ciput kalau nak bandingkan..haha). Apa pun, aku ada luangkan sedikit masa la untuk belajar pasal pengkalan data ni.



Buku kat atas ni kalau beli kat Amazon, harga dia dalam USD25 (Lebih kurang RM90). Kalau ikutkan, nak bayar RM90 tu banyak jugak duit tu semata-mata untuk belajar asas mengenai pengkalan data. Tapi memandangkan aku boleh dapat free, aku download jer la. Cumanya bila benda yang boleh dapat free ni, kita jadi macam endah tak endah jer. Aku dah habis dah baca buku ni, tapi aku just 'glance through' dan tak 'go to detail' la. Sejam jer pun kalau tak silap aku, tapi ada la benda2 asas yang aku dapat. Tapi buku ni tak teknikal sangat. Mungkin aku ni jenis yang suka amik tahu dari segi luaran jer kut, bukan jenis CSI punya orang. Ada sapa-sapa yang lain nak baca ke buku ni?

Rasa macam takde point pulak aku tulis blog post ni kali ni. Kesimpulannya, buatlah kerja yang anda rasa serasi dengan diri anda. Kalau tak serasi tu, better carik jalan penyelesaian awal-awal atau lari cepat-cepat supaya diri anda tidak rasa terkongkong. Boleh pakai ke nasihat ni? ;-P

Isnin, 7 September 2009

Tempah Baju Melayu di Ajay Tailoring

Lebih kurang seminggu sebelum puasa bulan lepas, aku berkesempatan pergi ke Jalan Masjid India. Tujuan pertama time tu nak tengok kain untuk baju nak sewa time nak aku nak kahwin. Tujuan kedua, nak carik satu kedai jahit yang buat baju melayu yang direkomenkan oleh ramai orang. So dah lepas habis tengok kain kat Jakel Trading, pergi la ke Wisma Confident atau nama melayunya Wisma Yakin untuk carik kedai ni.

Mula-mula, aku duk ingatkan apa la nama kedai ni. Sekali dah sampai kedai tu, barulah aku tahu nama dan sebutan sebenar kedai tu. Tengok ni:


Ajay Tailoring Wisma Yakin Jln Masjid India

Tak sangka pulak nama tempat ni ada bunyi macam blog aku ni, Jay! Hahaha!. Dah sampai sana, aku pun buat la tempahan baju melayu aku. Kain dah beli dah. Upah untuk buat baju melayu kat kedai ni (orang kedai ni cakap) yang paling murah kat Wisma Yakin, RM175 untuk sepasang baju melayu (kain sendiri la). Kira okaylah kan, dulu ada kawan aku upah kat tailor yg terkenal kat situ (lupa la pulak nama dia, artis suka buat kat situ) harga RM300. Lagi mahal kan?


Kad Tempahan Ajay TailoringKad Tempahan Ajay Tailoring

Ha ni la kad Ajay Tailoring bila dah selesai buat tempahan. Nak tempah tak payah taruk deposit mahal-mahal. Aku letak RM30 jer. Tapi kena make sure datang amik balik dalam masa 3 bulan la kalau tak burn la baju korang. Dia dah siap letak tarikh siap dah pun, tak payah nak tepon call tanya dah siap ke belum. Macam aku, aku tempah 16/8/2009. Tarikh siap dia 11/9/2009. Lebih kurang dalam masa 3 minggu jer, sebelum raya pulak tu. Aku bukannya nak pakai baju ni untuk raya pun. Ni untuk acara nikah aku nanti bulan 12 ni.

Sebut pasal nikah, baju untuk orang nak kahwin ni rupanya special sikit. Kena tambah corak sikit kat hujung lengan kolar semua tu, lace kut nama dia. Bolehlah pilih mana yang suka:


Pilihan Lace

Pilihlah daripada no. 1 sampai no. 10. Mula-mula aku dengan tunang aku dah sepakat nak pilih corak no. 7 kalau tak salah aku. Tapi orang kedai tu kata corak tu macam terlalu crowded, dia rekomen amik corak yang simple jer baru menarik. Kitorang pun setel amik no. berapa ntah aku lupa. Ish, apsal otak aku ni cepat sangat lupa ni. Benda lain boleh pulak aku hingat. Haiyaa...


Ada banyak lagi benda lain kat dalam kedai tu yang boleh beli macam baju melayu dah siap, kain songket, butang tapi aku tengah kering time tu. Biasalah, nak budget untuk event penting nih. Kang lagi lambat susah aku. Tahun ni aku tak pergi pun gathering budak2 sekolah aku untuk bukak puasa. Tengok gambar diorang jerlah kat Facebook. Tengok semua bawak anak bini semua. Siap ada anak yang dah boleh jalan semua. Walaupun aku rasa diri aku ni macam umur 20 tahun, rupanya aku lagi 2 tahun dah nak umur 30 dah pun. Time bapak aku umur 30 tahun dulu, aku dah masuk tadika dah. Aduhai...

Apa pun. Selamat Berpuasa wahai pembaca-pembaca sekalian!

Sabtu, 29 Ogos 2009

Wedding Yang Grandis

Dah seminggu berpuasa dah pun. Cepat pulak rasanya. Time bulan puasa ni la pulak yang busy. Banyak pulak aktiviti kerja nak kena buat. Kalau selalu boleh curik masa sikit nak tido, sekarang ni kureng sikit..hehe..Sebut pasal puasa, kali ni aku nak tulis pasal makan. 2 minggu lepas aku telah dijemput datang ke majlis perkahwinan saudara sebelah mak aku. Ceritanya, dulu aku ada la main chatting pastuh berkenalan la dengan seorang Sharifah ni. Time tu minah ni sekolah lagi, form 5 kalau tak silap. Lepas dia habis sekolah baru aku jumpa dia, tu pun lepas aku dapat tahu yang dia punya family ada kaitan dengan family mak aku. Mak dia pulak seorang penulis novel terkenal, memang family diorang ni hebatlah kalau nak dibandingkan dengan aku yang kerja tak seberapa ni.

Balik semula kepada topik wedding tadi. Nak datang wedding tu, kena RSVP dulu baru boleh datang. Wedding tu start malam, bukan macam wedding biasa-biasa buffet tu. Aku pun pergilah dengan mak bapak aku sekali, lokasinya di Putrajaya Presint 10. Sampai-sampai sana, tengok dah ramai dah orang. Nak masuk dalam dewan tu kena sain pelawat dulu. Aku dgn famili aku pun di'ushered' ke tempat yang masih kosong di kawasan VIP famili. Duduk jer kat kerusi, ada waiter datang bentangkan kain napkin kat atas peha. Fuahh...Grandis..dah lama aku tak datang majlis macam ni.

Upacara pun bermula selepas dekat setengah jam jugaklah aku tunggu. Tengok ni:



Siap ada lagu lagi tu time nak hidangkan nasi jer tuh. Lauk semua dah siap dah atas meja tapi dia tutuplah. Perut dah lapar dah time tu sebab dah pukul berapa dah.

Sementara tu, ada jugaklah slideshow disusuli dengan ucapan oleh mak dan bapak pengantin lelaki.



Walaupun nama famili aku ni ada la famili 'arab-arab' sikit, tapi aku tak tahu menahu sangat pun pasal adat-adat orang arab ni. Baru malam tu la aku belajar pasal 'Tarian Samrah'. Aku tak pernah dengar pun Samrah sebelum ni. Tengok ni:



Takdelah susah mana pun tarian orang Arab ni. Tengok dia duk ulang-ulang benda yang lebih kurang sama jer. Susah lagi tarian aku pergi belajar kat Sekolah Tarian Linda Jasmin 2 tahun lepas.



Kalau korang ingat ada pompuan duk menari 'belly dancing', takde pun. Ni orang Arab Badwi ni aku rasa. Bukan Arab Jahiliyah..akakaka..Semua laki jer yang duk menari ni. Korang tengok ni:


Siap pengantin dengan bapak mertua pun menari jugak. Lauk time wedding ni memang cukup2 untuk 10 orang yg ada kat meja tu. Kalau habis, habislah. Nasi pun dia kasi seconet jer. Tapi aku tak kisahlah, janji perut mau isi dan rasa seperti orang kaya..hahaha..

Dah habis bersuka-ria semua tu, kebiasaannya famili-famili aku ni suka duk melepak lepas majlis dah habis. Yerlah, nak datang jumpa famili2 semua bukannya senang. Amik kesempatan la. So, aku pun terpaksalah tunggu mak bapak aku pergi berkenalan kembali dengan sanak saudara jauh yang dah lama tak jumpa dan jugak yang tak pernah kenal pun tapi rupa-rupanya bersaudara. Aku sementara tak tahu apa nak buat, pusing-pusinglah dalam tu tengok perkara-perkara menarik yang ada. Oh yer, gambar pengantin:



Ni jerlah shot terbaik yang boleh aku amik. Lepas tu aku lepak tepi tunggu mak bapak aku. Nak pergi berkenalan, sapa pun tak kenal. Eh, ada aku kenal adik pompuan pengantin lelaki (yang aku chatting tu). Tapi aku tengok dia duk berkepit dengan ada sorang laki tu, nampak mcm bf dia. Malas nak kacau, karang ada mata makcik-makcik kat situ duk tengok-tengok pastuh gosip..haha..Time wedding ni la kadang-kadang makcik2 duk mempromosi anak sendiri ke anak sedara yang masih single mingle. Tapi aku dah tunang dah so tak dapek la. Tapi kalau aku single pun, sekarang ni orang carik jodoh sendiri jer mana ada guna perkhidmatan telangkai2 ni kan?

Ntah berapa ribu la agaknya belanja wedding macam ni ye? Kalau aku, buat loan bank pun tak lepas nak buat macam ni melainkan ada orang sponsor lah. Apa pun, memang antara wedding grandis yang pernah aku pergi. Ada lagi yang lebih grandis daripada ni yang pernah aku pergi tapi yang pastinya, yang ini unik sikit sebab unsur Arab tu banyak.

Rasa macam blog aku ni penuh citer pasal nak kawin la pulak. Nak citer pasal benda lain la lepas ni. Adiostoss..

Isnin, 24 Ogos 2009

Zura's Akademik Kursus Kahwin Review

Pada 25 dan 26 Julai bulan lepas, aku dan tunang aku akhirnya telah menghadiri kursus pra-perkahwinan. Disebabkan ramai yang telah komen kata Zura's Akademik ni the best place untuk ambik kursus, kitorang pun pergi mendaftarlah 3 minggu awal. Hari yang ditunggu pun tiba, aku dan tunang aku pergi lah untuk berkursus.

Sampai-sampai jer dah pukul 3pm, dah start dah pun kelas. Aku pun duduklah kat depan sekali, semangat katanya..haha



Tu dia, siap 3 skrin kat depan aku ni. Memang detail habislah. Memandangkan aku duduk kat depan sekali, nak tengok orang-orang kat belakang aku? Nah..



Hari tu kawan aku cakap, kat Zura's ni selalu penuh. Tapi time aku pergi hari tu, tak berapa penuh pulak. Tapi memang tempat duduk kat belakang menjadi pilihan ramai. Mungkin diorang tak tahu kelebihan duduk kat depan terutamanya dia bahagian tepi depan sekali (tempat aku duduk), memang invisible kadang tu...haha..



Ni ustaz yang pertama bagi ceramah. Memang lawaklah Ustaz ni. Yang tak tahan tu gelak dia. Lawak dia cam mengarut jer lebih, tapi dia punya gelakkan lawak sendiri dia tu yg kelakar giler. Memang aku tak tahan siut gelak..Akakaka..




Ni Cikgu Mohd Noor. Owner Zura's Akademik ni. Memang orang yang sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam menguruskan segala ragam dan macam orang-orang nak kahwin. Kalau ada apa-apa masalah, sesiapa yang pernah dtg kursus dengan dia boleh contact dia bila-bila masa. Dia siap call ada sorang anak murid dia yang pergi kahwin kat Bandung Indon 'live' depan kelas tanya apa citer. Selalunya masalah banyak pada paperwork la kalau sapa2 nak kahwin dgn org2 luar negara.




Yang ni Ustaz seterusnya. Ni baru hari 1st, hari ke-2 ada lagi. Ustaz ni rileks sikit la, tapi tetap lawak jugak. Lawak dia sungguh puitis dan penuh dengan teka-teki, perumpamaan dan pantun.




Ni aku nak tunjuk suasana kat luar kelas. Kat Zura's Akademik ni, memang penuh dgn gambar2 terutamanya gambar artis-artis yang pernah berkursus kat sini. Aku tak nak la senaraikan semua artis yang datang. Korang pergi jer situ (belakang Dataran Maybank Bangsar), tengoklah sendiri.

Menariknya pasal Zura's Akademik ni, dia kasi cam amali la camner nak isi borang nikah dan macam-macam lagi la borang yang nak kena isi sekali dengan flow dan step apa nak buat tanpa kita perlu bersusah payah nak alami masalah2 tu nanti. Rupanya, setiap negeri ada syarat-syarat dia masing-masing. Aku bagi contoh sikit la, borang nikah negeri Kedah dia tulis semuanya dalam jawi, tapi jangan nak mengada-ada la tulis nama dalam jawi jugak sebab karang lain jadinya sebutan dan ejaan nama kita. Memang setiap negeri tak sama cara dia dan kalau ada sapa-sapa yg nak jadi pemastautin negeri pilihan masing-masing pun boleh (ni kes kalau malas nak balik kampung la), isi jer borang dia kasi tu pastuh mintak sign org2 berkenaan. Settle masalah, tapi ada trick sikit la.

Dah lama tak berkursus ni, letih jugak la duduk dengar ceramah. Tapi yang bestnya, hari last day nak balik, ada sketsa, cuba tengok video ni:




Nasib baik aku tak kena jadi pelakon time tu. Diorang carik orang2 yang duduk belakang jadi pelakon sketsa ni. Kan aku dah cakap, duduk depan kat tepi sekali ada kelebihannya..hehe..

Akhirnya, mereka selamat diijabkabulkan dan upacara menyarungkan cincin pun selesai.




Seminggu kemudian, sijil pra-perkahwinan aku pun siap. Sekarang ni tinggal tunggu lepas raya jer nak start isi borang semua tu. Banyak jugak kerja nak kahwin ni..

Hampir terlupa, sebenarnya RM80 untuk kursus kahwin tu cuma harga asas. Ada lagi benda nak kena bayar bila dah masuk kursus ni. Ada RM30 duit fotografi, ada RM10 untuk akuan surat sumpah bujang (Tips di sini, kalau company korang keje ada HR department, gunakan perkhidmatan HR department, FOC), ada jual buku agama RM80++, ada jual pen kalau tak bawak pen dan lain-lain lagilah. So, kalau tak bawak duit lebih tu, semua tambahan-tambahan tu jangan ambiklah. Tapi biasanya orang nak kahwin ni, dia mesti ada bawak duit punyalah kan? Hutang pun hutanglah..tul tak?

Apa pun, di sini aku nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Bersahur. Nak tido dulu ni..Zzzzz...

Sabtu, 15 Ogos 2009

Di Kala Tengah Bulan

Aku baru perasan yang ramai orang meng'komen' kat blog aku. Patut ler, aku tak set e-mail notification aku. Aku yang pandai menge 'set-set' ni pun terlupa jugak benda alah blog ni. Sebenarnya aku malas nak tulis ni, tapi dah alang-alang duk setting balik blog aku, aku pun tulis jer la update sikit. Aku sebenarnya ingat nak tulis pasal kursus kahwin yang aku pergi bulan lepas, tapi kang berjela pulak aku taram. So, aku tulis sikit pasal kisah kat ofis lah.

BTW, aku ni bukan kaki gosip ye? Mmmm...ada la jugak aku duk dengar gosip-gosip ni tapi sebagai seorang Jay, aku hanyalah seorang pendengar yang bagus dan bukannya pemberita..haha..4 bulan lepas, aku duduk kat tingkat 2 ofis aku. Setelah bertapuk selama lebih setahun kat situ, aku pun berpindah balik ke tempat/floor time aku mula-mula masuk kerja dulu. Oh yer..Ni aku nak tunjuk gambar time mula-mula tempat aku siap (New Wing):



Gambar ni diambil 12 Januari 2008. Time tu Wing baru ni baru siap di renovate semua. Memang aman sungguh tempat lama aku ni, tido memang best. Air-Cond pun sejuk jer sampai aku bawak jaket mat despatch aku la sebab sejuk sangat. Ahhh...

Banyak jugak la suka duka kat tempat department aku tu. Ni aku tunjuk gambar lagi



Gambar ni bertarikh 29 Januari 2008. Time tu kitorang semua menyambut besday ketua jabatan CFMS, Encik L. Time tu ramai lagi gadis dan juga mak orang yang sporting dan cantik manis dalam jabatan ni. Yang ada dalam gambar kat atas tu semua dah challuss. Aku tak ingat pulak tahun ni ada ke kitorang sambut besday En. L tu. Ajak, ada ke kita mkn kek awal tahun hari tu hah??

Setelah lebih setahun kat New Wing Tingkat 2, semakin ramai staf yang pergi meninggalkan syarikat, akhirnya aku terpaksa menjadi 'bidan terjun' dan ganti seorang staf untuk satu sistem sokongan kepada satu syarikat besar dalam industri air. Aku pun terpaksalah menerima tugasan berat tu memandangkan tiada lagi orang lain yang tinggal dan mampu menjalankan tanggungjawab (Chewah..bangga diri pulak aku..muahaha). Aku akhirnya terpaksa berpindah kembali ke tempat di kala aku mula join syarikat. Masalahnya satu jer la, kalau dulu air-cond dia sejuk sampai aku tak habis-habis nak pergi bilik air jer. Kali ni, aku berpeluh pulak. Laptop aku yang sememangnya dah panas (Aku ingat nak tukar laptop AMD aku ni kepada Intel..tapi modal takde lagi), jadi lagi panas la sampai aku terpaksa beli cooler yang lebih sejuk.

So pada suatu hari, tukang repair air-cond datang. Habis dia godek siling atas kepala aku tu. Tengok ni:



Siap bawak torch tu lagi. Lepas jer diorang dah repair, terasa la sikit sejuknya, tapi tak sejuk sangat pun. Seminggu lepas tu, lebih kurang sama jer air-cond macam sebelum ni tapi ada la sikit sejuk. Diorang tukang repair ni datang lagi. Ntah hapa ntah diorang buat, aku still tak rasa perbezaan pun. Mungkin tempat aku duduk tu tempat 'blind-spot' air-cond kut.

Sebenarnya aku takde poin pun tulis entri ni. Bukannya aku nak komplen ke apa. Saja jer la bercerita-ceriti untuk makluman rakan taulan sekalian. Kalau nak komen apa-apa, dipersilakanlah. Nanti aku kaunter-komen la komen-komen anda sekelian, Ok? Selamat berhujung minggu!

Khamis, 6 Ogos 2009

Romantis atau Bertuah?

Sedar tak sedar, dah bulan Ogos dah rupanya. Tak sempat aku nak update kisah-kisah terkini, dah bulan lain dah pun. Ni aku nak citer kisah akhir bulan 6, akhir bulan ni dah nak bulan puasa pulak. Okaylah, kisahnya macam ni. Pada 30hb Jun 2009, aku macam biasa la datang ke ofis. Aku rasa aku tersampai lambat kut hari tu, biasalah jalan jem kat KL. Sekali tu dah touch-in semua, sekali tu terserempak dengan Abg Ujang kat bawah, dia kata suruh bawak barang naik atas kasi kat Irwan (Pakar GIS kiter di MTSB).

Aku pun tengoklah, amekebendernya ni? Tapi ada coklat, Ferrero Roche pulak tuh..Mmmm..



Tak kisahlah, aku pun bawak la naik ke atas tunjuk kat bebudak lain termasuk si HR. Jeles pulak diorang. Si HR pun dengan penuh bersemangat pergi la kacau Irwan yg tengah meeting tuh. Terkujat la mamat Irwan ni terus dengan lajunya dtg nak amik:



Tengoklah muka gembira mamat ni:



Dia punya seronok, terus dia lupa pasal meeting dia:



Haha..tanya punya tanya, rupanya anniversary 1st tunang. Bagus betul bini mamat Irwan ni.

So pembaca sekalian, adakah ini romantis atau bertuah?

Ahad, 19 Julai 2009

Daftar Kursus Kahwin di Zura's Akademik Bangsar

Akhir bulan lepas, setelah mendapat konsultasi percuma daripada beberapa orang tentang kat mana tempat kursus kahwin yang 'Da Bom' di area Kuala Lumpur ni, akhirnya aku dan tunang aku membuat keputusan untuk mendapatkan kursus Pra Perkahwinan di Zura's Akademik Bangsar.

Aku dah lama dengar pasal tempat ni, tapi bila Kak Doly pun cerita dia amik kursus kat situ, kawan sekolah aku pun cerita kata tempat tu okay dan kawan satu universiti aku pun rekomen tempat tu jugak, aku pun nak tahu jugak la apa sebenarnya yg menarik sangat dengan tempat tu. Aku pun pergi la ke Bangsar untuk daftar. Aku time tu datang petang so ofis dah tutup, so aku pun datang la lagi esoknya. Time aku sampai kat tempat tu, ustaz tengah bagi ceramah, diorang pasang loud speaker kat luar ruang legar tempat makan tingkat 2.

Ni tempat nak daftar di Zura's Akademik:


Kat area situ, memang penuh dgn gambar-gambar peserta terutamanya artis-artis yang pernah berkursus kat situ. Antaranya, Lan Pet-Pet, Darling Ngasri dan ramai lagi la yg aku malas nak ingat. Ni kat area tempat makan minum pulak:


Aku tak tengok lagi la harga-harga pakej kad kahwin dengan semua benda-benda lain pasal kahwin ni tapi yang aku jamin, memang sakit la aku punya poket. Aku nak kahwin ni pun sebenarnya bukannya ada duit sangat ni. Duduk kat KL ni mana nak cukup duit kalau tak ikat perut. Berhutang lagi banyak ada la. Tengah pening nak cekau duit kat mana ni. Ada la tengah duk buat deal lagi ni tapi tak tahu la boleh berjaya ke tak. Tapi aku kena pikir positif, masalah kewangan ni masalah kecik jer (walaupun sebenarnya yg paling besar..haha).

Apa pun, ni jadual kursus kat Zura's Akademik:


Boleh nampak ke? Kursus aku ni Sabtu dan Ahad ni dan aku dan tunang aku punya nombor giliran 1 & 2 sebab daftar awal. Aku pun tak tahu apa nak prepare weekend ni karang. Dengar jer la apa Ustaz nak ajar semua kan?

Sabtu, 4 Julai 2009

Jacobs Walk of Life 2009 Tmn Metropolitan Kepong

Pada bulan Jun yg lepas, aku register la nama aku kat website Jacobs setelah melihat iklan Jacobs Walk of Life 2009 nak buat kat Taman Metropolitan Kepong. Dekat jer dgn rumah aku, ada la dalam 5 minit drive. Aku pun beria la ajak tunang aku ikut sekali, kononnya nak beriadah dan dapat barang-barang free.

So, hari yg ditunggu pun tiba. Konon nak pergi awal, last-last keluar rumah pukul 8.30am. Hari Ahad korang tahu la, bukannya boleh bangun awal sangat. So pergi la kat Taman Metropolitan Kepong. Singgah kat Shell sebelum taman tu, tengok2 kereta kat situ pun dah ada orang parking. Isi minyak siap2, baru keluar jalan highway MRR2 tu tengok, bersusun kereta parking tepi highway tu. Siap ada yg double parking lagi. Memang ramai giler manusia yg pergi.

Kalau masuk dalam parking taman tu, memang takde parking la, tu aku tahu. So aku pun pergi la depan sikit, nasib baik la jumpa tempat parking ke-2 taman tu tapi jauh sikit la nak menapak ke tempat acara. Parking kat situ selamat sikit la, ada la lagi tempat kosong, tu yg penting. Dah siap2 pakai baju sukan semua, bermulalah acara berjalan kaki di Taman Metropolitan Kepong. Tengah duk berjln tu, nampak la org bawak t-shirt kuning Jacobs tu. Dah berangan la nak dapat satu sebab dah register kan.

Sekali tu, tengah duk jalan tu, nampak la segerombolan orang berjalan berlawanan arah dgn arah yg aku tengah jalan. Tengok ni:



Giler ramai manusia. Terpaksa aku berlabuh kejap kat tepi time tu dan menyaksikan manusia-manusia berbaju kuning berjalan.



Ni baru suku perjalanan, tasik taman ni sikit punya besar wa cakap lu..Ni tak sampai lagi tempat nak mula acara. Memang aku dah terlambat la ni.

Sampai jer kat tempat acara tu, ada pulak manusia kotak biskut. Tengok ni:



Meneruskan lagi perjalanan, sampai la kat registration kaunter sebab ingatkan boleh register lagi.



Rupa-rupanya registration dah tutup. Tapi ramai lagi orang yg duk datang siap ada drama lagi. Time aku lepak kat situ, ada la dalam 10 orang duk tak puas hati sebab kenapa registration dah ditutup. Berbuih mulut organizer duk explain. So, bertekaklah orang yg tak puas hati tu dgn organizer.



Patutnya organizer just letak jer signboard kata acara dah mula so registration dah ditutup, ni tak. Organizer duk sibuk guna pembesar suara diorg duk cakap sapa yg ada wristband dan t-shirt jer boleh beratur amik hadiah free. Macam tak berapa cerdik la organizer ni. Tapi aku time tu baru dapat tahu ada orang dah tunggu sejak daripada pukul 4 pagi just nak register event ni. Mmm..kalau aku join lagi event ni tahun depan, kena gerak awal la kalau tak, tak dapat la t-shirt dgn segala benda-benda free yg diorg nak kasi.

Memandangkan t-shirt pun tak boleh nak dapat, jalan-jalan la area kat sekitar acara penuh kesukanan berjalan kaki ni:



Takde apa sangat pun kat sini kecuali kalau nak check kesihatan free ataupun nak check tulang free tajaan klinik kesihatan Gombak dan syarikat susu Anlene.

Dah takde apa aku tengok, aku pun ajak la tunang aku jom la pergi sarapan dah tak sarapan lagi. Time nak balik tu, tunang aku ternampak seseorang yg sangat dikenalinya. Oh tidak...Farah Fauzana!!



Tengah berpeluh-peluh Farah Fauzana time tu. Baguslah, boleh bakar sikit lemak-lemak berlebihan..Jangan marah ek? hehe..

Tengoklah kalau aku rajin join event Jacobs Walk of Life 2010 tahun depan. Adiostoss..

Entri Sebelum-sebelum Ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...